Pencarian adik Sharlinie vs Demam Pilihanraya

Ketika ini, pencarian adik Sharlinie masih terus dijalankan. Sudah lebih sebulan adik ini dibawa lari. Masih tiada petunjuk yang kuat untuk membantu pihak berkuasa mencarinya. Ganjaran terus ditawarkan. Ada yang berusaha mencari kerana keikhlasan hati atau mungkin ada yang mencari kerana wang. Allah Maha Mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati manusia. Begitulah juga Dia Maha Mengetahui di mana lokasi adik Sharlinie ini disembunyikan.
Pasti ada petunjukNya untuk menjawab teka-teki ini. Sejauh mana kita yakin kepadaNya, sejauh itulah kita akan mendapat jawapan. Sudah tentu Allah yang mengizinkan plot kehilangan ini akan menyediakan jawapan bagi segala persoalannya. Untuk mengecam pentunjuk Allah ini, sudah pasti kita memerlukan ketajaman minda.
Terfikir juga setelah lebih sebulan ini, adakah adik Sharlinie masih berada di Malaysia? Adakah dia telah dilarikan keluar negara? Melepasi sempadan atau lautan? Sedangkan barang-barangan terkawal pun boleh diseludup keluar negara?
Dan sebagai insan, kita tetap berdoa agar mangsa masih selamat dan dilembutkan hati orang yang ‘menculik’nya untuk memulangkan kembali. Sesungguhnya apa yang terjadi ini adalah tanda-tanda peringatan Allah agar kita kembali dekat kepadaNya. Mungkin kita sudah jadi generasi Islam yang lembab fikiran sehingga tidak mampu membaca petunjuk-petunjuk Allah. Dekatilah Allah dengan mengerakkan akal fikiran bukannya menanam kebencian dan kemarahan. Pada amarah adanya syaitan. Pada hasad dengki ada permusuhan.
Deman pilihanraya mula menjelma. Diharapkan juga demam ini tidak menyebabkan kita lupa dengan nasib adik Sharlinie dengan menyebarkan kebencian akibat taksub kepada parti. Lakukanlah segala usaha agar Allah memberikan petunjuk sehingga penantian ibubapa mangsa dapat ditamatkan. Sesungguhnya, penantian itu suatu penyeksaan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Itulah bidalan bagi manusia yang mahu memikirkan.

























Posted
on
Monday, February 11th, 2008 at 5:21 pm under

