Ulil Absar vs Golongan cakap besar
Ulil Absar adalah gelaran yang disebut bagi manusia yang berfikiran jauh lagi berwawasan. Rasulullah adalah contoh orang yang berwawasan jauh. Kalau baginda tidak yakin dengan diri baginda sendiri boleh mencapai apa yang dicita-citakan, tidaklah Islam tersebar luas.
Alhamdulillah, negara kita dikurniakan pemimpin yang berwawasan. Ketika di zaman Dr. Mahathir, kita diperkenalkan dengan Wawasan 2020. Kenapa beliau meletakkan sasaran pada tahun 2020 untuk kita keluar sebagai negara yang cemerlang? Tentu ada perkiraan berdasar kajian beliau.
Oleh itu Ulil Absar sudah semestinya dari kalangan Ulul Albab juga. Orang yang berpemikiran jauh akan nampak hala tuju hidupnya di dunia ini untuk beberapa puluh tahun akan datang. Jika pada hari ini dia melakukan begini, pasti akan datang dia akan mencapai begitu jika diizinkan Allah. Macam kita main chess atau dam. Kita kena fikir ke depan beberapa langkah untuk menjadi pemenangnya. Jika kita berfikiran pendek, maka kita mudah masuk perangkap.
Golongan cakap besar pula ada golongan yang rendah keupayaan diri, tetapi berangan-angan tinggi. Rasa dia boleh buat itu ini tetapi bila diuji, habuk pun tarak. Sebabnya golongan cakap besar ini malas berfikir, tetapi mahu mencapai apa yang dihajati dengan mudah. Tidak berstrategi dan berperancangan dalam melaksanakan apa yang ingin dicapainya.
Ulil Absar bercakap atas keupayaan diri sendiri, tetapi golongan cakap besar bercakap ikut nafsu. Golongan cakap besar hanya tahu menabur janji sampai perkara tidak masuk akal pun dijadikan sokongan. Begitulah perbezaan dua golongan manusia. Manusia yang berwawasan pasti dikasihi Tuhan manakala manusia yang cakap besar, pasti dimurkai Tuhan.

























Posted
on
Thursday, February 7th, 2008 at 10:10 am under

