Bermulalah sebuah pertarungan merebut kerusi
Akhirnya khabar angin menjadi kenyataan. Parlimen telah dibubarkan tengah hari tadi. Bermulalah segala kempen memenangai hati rakyat. Banyaklah kibaran bendera yang mewarnai alam. Ceramah-ceramah mula digiatkan. Media massa mula memainkan peranannya. Itulah warna-warna kehidupan di dunia ini. Kehidupan di akhirat yang lebih bernilai di sisi Allah.
Untuk mendapat kehidupan di akhirat, janganlah dibuang nilai-nilai murni ketika di dunia atas sebab merebut kerusi. Berpolitiklah secara bijak tanpa rasa benci. Menanam kebencian akan menyebabkan kita rasa kecewa dan marah bila dikalahkan. Bila marah, nanti jantung juga yang mendapat azabnya.
Dengarlah segala pendapat yang mana ada kelogikkan. Ketika berkempen, macam-macam janji atau manifesto akan ditaburkan. Pilihlah yang mana manifesto yang mampu membawa kesejahteraan bersama. Jangan hanya pandang pada zahir tanpa menyelidik dan menilai dengan lebih mendalam.
Gunakan kematangan dalam membuat pemilihan. Bukan kerana taksub atas mana-mana parti. Kalau pada perkiraan kita parti A lebih bagus dari parti B, atas diri kita sendirilah yang memilih siapa yang kita undi. Jadilah pengundi yang bijak tanpa dipengaruhi emosi yang membawa kepada permusuhan. Berlapang dadalah jika saudara kita tidak mengundi parti yang kita sokong. Itu hak dia. Kita hanya dipertanggungjawab atas apa yang kita pilih, bukan apa yang orang lain pilih.
Tanggungjawab kita kepada orang lain adalah menghubungkan rasa kasih-sayang kerana asal kita semua dari Adam dan Hawa. Mungkin kerana itu Quran sendiri selalu peringatkan kita kisah Adam dan Hawa supaya manusia tidak bermusuhan sesama manusia. Musuh kita bersama adalah iblis sahaja. Berapa ramai manusia yang telah tertipu dengan iblis? Segala dalam pengetahuan Yang Maha Esa.

























Posted
on
Wednesday, February 13th, 2008 at 4:51 pm under


Betul tu…undi anda akan negara, bangsa dan agama kita untuk jangka masa akan datang. Undilah calon yang benar2 bertanggungjawab. Saya ada buat posting tentang Kewajipan Mengundi Mengikut Hukum Syarak.
February 14th, 2008 at 3:58 pm