Manusia, rohani dan jasmani
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. (Al ‘Alaq)
Melihat kemunduran pemikiran umat Islam sekarang, sudah tiba masanya kita kembali mengenali siapa diri kita sebenarnya. Bak kata orang dulu2, sesat jalan, kembalilah ke pangkal jalan. Oleh itu kita kena selalu berfikir untuk melihat asas kejadian kita sebagai manusia.
Manusia terdiri daripada rohani dan jasmani. Perumpamaan manusia ini kita boleh lihat pada komputer umpamanya. Zahir komputer yang kita nampak itu adalah jasmani dan tenaga elektrik serta perisian yang menghidupkan fungsi komputer tersebut adalah rohani.
Bagi Allah, pada rohani inilah yang dinilai. Biarpun zahir manusia itu miskin atau tidak hensem/lawa mana, rohani atau biasa kita panggil hati inilah yang dibalasiNya.
Kelemahan dan kemunduran umat Islam sekarang adalah akibat lemahnya menjaga unsur rohani ini. Mungkin sebab perihal rohani ini tidak nampak kalau guna mata jasmani, sebab itu ramai manusia mengabaikannya.
Hendak melihat unsur2 rohani dalam diri kita, kita kena guna mata rohani (mata hati) kita. Samalah macam hendak tengok elektrik dalam komputer, kita kena guna peralatan khas seperti oscilloscope. Baru kita nampak waveform elektrik yang menghidupkan litar-litar komputer tersebut.
Dengan menggunakan mata hati, kita boleh nampak apa sebenarnya yang tersembunyi dalam diri kita. Kita akan nampak apa peranan akal fikiran dan apa tugas nafsu yang melemahkan. Seperti mata jasmani yang memerlukan cahaya matahari umpamanya untuk kita melihat alam zahir, mata rohani juga memerlukan cahaya (hidayah) untuk kita melihat alam batin kita sendiri.
Manusia yang buta mata hatinya adalah manusia yang kegelapan rohaninya. Mungkin zahirnya Islam, hakikatnya masih tidak beriman lagi. Pandangannya hanya guna mata zahir semata-mata. Mudah tertipu dengan berita-berita fitnah yang dia tidak tahu sesuatu bukti. Hanya guna khabar angin untuk menghukum manusia lain yang dia benci. Dia lupa perasaan benci itulah tipu-daya syaitan yang mahu manusia hidup berpecah-belah.
Inilah Dajjal yang diperingatkan oleh semua Nabi. Manusia yang tertutup mata hati dan hanya guna mata zahir. Mata hati akan tertutup jika hati itu kotor. Hati yang berpenyakit hasad dengki itulah punca mata rohani tertutup. Seperti cermin mata yang ditutupi habuk yang tebal akan menyebabkan kita tidak boleh nampak apa di hadapan kita, begitulah perumpamaan orang yang tertutup mata hati ini.
Untuk mencelikkan mata rohani ini, kita kena sucikan hati kita dengan kembali kepada Allah. Sunnah kembali kepada Allah adalah dengan berfikir mengenali diri kita sendiri. Kita kena tajamkan pemikiran bukan hanya menilai mengikit zahir yang mata nampak, tetapi menilai mengikut akal fikiran yang waras.
Selagi kita suka melihat keburukan orang lain, selagi itulah hati kita tidak mampu disucikan. Terus-menerus hidup dalam budaya fitnah dan benci-membenci. Tambahan lagi pilihanraya dah dekat ini. Apakah modal politik kita hanya guna dendam dan kebencian atau mengajak manusia berfikir?
Jadi kemunduran umat Islam sekarang adalah kerana ramainya umat yang buta mata hatinya. Dajjal telah berkembang-biak di kalangan kita. Jadikanlah kempen politik kita dengan memperingatkan manusia tentang budaya malas berfikir yang menyebabkan kita berpecah-belah. Umat Islam sudah jauh dari semangat berfikiran jauh seperti zaman kegemilangan yang menghasilkan cendikiawan-cendikiawan Islam yang unggul. Sampai bila kita hendak hasilkan buih-buih?

























Posted
on
Friday, February 15th, 2008 at 9:22 am under

