05 Feb

Ulul Albab vs pemikiran lembab

Untuk Direnung Dan Difikirkan…

Dalam Quran, ulul albab adalah manusia yang menggunakan akal fikiran. Manusia yang suka menggunakan akal fikiran akan menghadapi cabaran hidup dengan lebih tenang berbanding manusia yang berfikiran lembab. Masyarakat Barat adalah contoh yang boleh kita nampak bagaimana mereka mencontohi seruan Quran mengajak manusia menjadi golongan pemikir.

Selalu kita dengar suara-suara luar mengatakan umat Islam sekarang sudah jauh daripada menuruti seruan Quran yang asas ini. Umat Islam sekarang sudah tidak seperti umat Islam terdahulu yang menghasilkan cedikiawan terbilang. Umat Islam sekarang umpama cendawan sahaja. Mudah dicabut imannya. Kita mungkin ramai bilangannya tetapi kualiti sebagai umat terbaik jauh sekali.

Ini semua kerana kita sudah menolak seruan Quran yang mengajak manusia menggunakan akal. Quran sekarang bukan lagi untuk dikaji. Seolah-olah segala rahsia Quran telah dihuraikan oleh golongan terdahulu. Kerja umat Islam sekarang hanya menadah sahaja apa yang golongan terdahulu telah huraikan. Sedangkan Quran adalah kitab sepanjang zaman, maka proses menghuraikan rahsianya tetap kena berlangsung mengikut kehendak zaman.

Sepatutnya umat Islamlah yang menguasai segala teknologi moden, tetapi apa yang realitinya, umat Islam yang menjadi pengguna kepada segala teknologi moden yang dicipta oleh bangsa asing. Apakah dunia kini sudah terbalik? Yang dikatakan Islam, tetapi berperangai munafik? Hidup sekadar berpecah-belah dan hanya tahu melepas amarah kepada pemerintah? Bukankah marah itu mainan syaitan?

Maka hasilnya, ramailah umat Islam sekarang diserang penyakit jantung kerana kuat berdusta atas nama agama. Kenapa para ambiya’ terdahulu hidup dengan tenang dan tidak dikhabarkan mendapat penyakit jantung? Penyakit jantung berkaitan dengan tabiat kuat marah, hasad dengki dan dendam-mendendami. Inilah azab yang Allah sediakan di dunia, kerana manusia lalai menjaga jiwa atau hati mereka. Hidup hanya tahu hendak mencari kesalahan orang lain, tanpa berfikir untuk menilai keburukan sendiri. Atas nama mengikut Quran dan Sunnah, habis golongan yang tidak mengikut cara mereka dikafir dan disesatkan.

Ulul albab bukan berpemikiran lembab. Ulul albab bukan golongan yang hanya tahu melenting melihat keburukan orang lain. Ulul albab adalah golongan yang sering menggunakan akal fikiran utk menyelesaikan segala permasalahan hidup dengan sifat penuh ketenangan. Ulul albab mempunyai rasa keyakinan diri untuk mengeluarkan potensi diri. Ulul albab bukan golongan taksub pemikiran terdahulu.

Jika harga minyak petrol naik, ulul albab tidak naik minyak dan marah. Tetapi menggunakan akal fikiran untuk mengawal perbelanjaan. Mana-mana pembaziran dan pemborosan akan dikawal. Beli barangan keperluan bukan untuk bermegah-megah dan berlumba-lumba sesama jiran atau masyarakat, tetapi untuk kegunaan yang berpatutan. Jadi kenaikan harga barang bukan menjadi suatu masalah kepada ulul albab.

Bagi manusia berfikiran lembab, segala kenaikan barang dirasakan satu kezaliman pemerintah terhadap rakyat. Tetapi jika mereka berfikiran jauh, kebanyakan barangan yang naik harga itu adalah barangan yang mendatangkan mudarat kepada kesihatan jika digunakan berlebihan umpamanya gula, minyak masak, ayam daging dan pelbagai makanan fast-food. Mereka tidak nampak pemerintah sebenarnya ingin mengawal cara hidup rakyat agar menjadi penguna barang yang bijak. Tetapi bagaimana manusia hendak bijak jika hanya tahu menanam perasaan hasad dengki?

Petrol walaupun baik untuk kegunaan pengangkutan, tetapi jika digunakan secara berlebihan akan mencemarkan udara. Maka manusia mudah kena pelbagai penyakit. Sepatutnya dengan kenaikan harga petrol, umat Islam menjadi semakin mengkaji Quran untuk mencipta enjin yang mesra alam seperti menggunakan air atau oksigen. Pada petrol, ada karbon. Karbon-karbon yang banyak terbebas akan merosakan kesihatan manusia. Sudahlah pokok-pokok yang berguna untuk menyerap karbon ditebang, maka kualiti udara semakin terjejas.

Semua kerosakan alam ini atas perbuatan manusia yang berfikiran lembab. Kalau majoriti manusia adalah ulul albab, insya Allah, kita mampu membaik pulih alam semesta ini. Atas usaha kita sendirilah untuk merawat alam ini. Kalau kita lalai, makin cepatlah alam ini menemui Kiamat.

Seperti diri manusia, kita boleh berusaha menjaga kesihatan agar umur kita panjang seperti masyarakat Jepun lakukan, begitulah kita boleh panjangkan umur alam ini. Petua hendak umur panjang dan hidup sihat adalah mencerdaskan akal fikiran supaya boleh mengharungi hidup ini tanpa rasa tekanan. Itulah yang dicapai oleh ulul albab.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

Leave a Reply