14 Feb

Komputer dan logik

Dan Dia-lah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. (Ar Ra’d: 3)

Kenapa segala yang ada di alam semesta ini diciptakan berpasang-pasangan? Malam pasangannya siang. Terang pasangannya gelap. Langit pasangannya bumi. Tinggi pasangannya rendah. Sejuk pasangannya panas. Dan macam2 lagi yg boleh kita fikirkan jika kita termasuk dalam kaum yg memikirkan.

Dengan mengenali dua keadaan berbeza, otak kita mudah untuk mengimbang. Seorang hakim tidak akan boleh berlaku adil jika dia tidak memahami kedua-dua pihak yang menuntut keadilan daripadanya. Adalah suatu yang zalim jika kita menghukum tanpa memahami kedua-dua pihak.

Begitulah juga bila kita mengundi umpamanya. Pastikan kita mengundi setelah kita berfikir segala kelogikan kedua-dua pihak yang bertanding tanpa prejudis. Adakah manifesto yang dijanji, logik untuk dilaksanakan atau sekadar menabur janji kosong? Di sinilah pentingnya calon-calon yang bertanding memastikan kempen mereka adalah untuk menjelaskan kelogikan setiap janji-janji mereka dalam manifesto mereka.

Kita boleh buat 1001 janji dalam manifesto, tetapi sejauh mana kita nampak kelogikannya? Jika kita tiada bukti-bukti yang nyata untuk memberikan harapan kepada rakyat bukankah suatu dusta jika sekadar memberi janji kosong? Oleh itu setiap calon, berhati-hatilah bila berkempen. Jangan kerana ghairah memancing undi, nilai moral ditolak tepi. Setiap jiwa akan dipertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya. Azab orang yang kuat berdusta di atas dunia pun Allah sudah tunjukkan. Perasaan berdebar akan mengikut manusia yang berdusta ini sehingga dia bertaubat.

Tekanan perasaan ini menyebabkan hidup tidak tenteram dan kemungkinan besar diserang penyakit jantung. Kita hidup kerana adanya jantung. Sama-sama kita pelihara jantung jantung kita. Jantung inilah mutiara kita. Lakukanlah segala urusan hidup kita yang membantu jantung kita bekerja dengan tenang. Syaitan tahu pusat nadi manusia ini sebab itu ia bersembunyi di sebalik jantung kita. Ia akan membisik kata-kata yang menyebabkan jantung kita tidak stabil. Ragu-ragu, hasad dengki, marah, dendam dan segala bisikan jahat ini hanya untuk merosakkan jantung kita.

Berpegang kepada logik adalah berpegang pada kebenaran. Jika berdusta menyebabkan degupan jantung kita jadi kuat, mengatakan yang benar akan menenangkan degupan jantung. Kerana itulah kita kena mengkaji Quran dengan logik akal supaya kita tidak berpegang kepada yang ragu-ragu. Berpegang kepada yang ragu-ragu akan menyebabkan kita tidak yakin pada diri sendiri. Kita tidak nampak potensi diri kita sendiri.

Logik juga selalu dikaitkan dengan masuk akal. Maknanya mudah jiwa kita menerimanya. Tanda-tanda ia mudah diterima, jantung kita tenang sahaja degupannya. Kerana itu jantung itu ada degupannya. Ada 2 pasangan logik iaitu berdegup dan tidak berdegup. Allah gilir-gilirkan degupan jantung ini seperti pengiliran malam dan siang. Begitu juga pengiliran jatuh bangun sesuatu umat.

Umat Islam boleh dibangunkan semula jika kita mengenal logik ini. Bila kita kenal apa itu buruk dan apa itu baik, secara fitrahnya kita akan memilih baik. Jadi, kajilah Quran dengan melihat kepada logik. Komputer boleh dibangunkan secemerlang yang kita lihat sekarang kerana penciptanya kenal beza logik 0 dan 1. Dari beza logik 0 dan 1, komputer dibangunkan sebagai peralatan canggih yang mencabar minda kita. Dengan menjadikan minda kita berfikir secara logik, maka kita akan dapat menjadikan otak kita sebagai sebuah super komputer.

Para ambiya’ bukan di kalangan orang yang tuli otaknya. Mereka adalah golongan ulul albab yang genius kerana nampak kelogikan dalam setiap perkara yang ada di sekelilingnya. Bila kenal perbezaan dua perkara yang berlainan nilai, maka hidup kita menjadi mudah seperti mudahnya komputer melaksanakan tugas-tugas yang sukar manusia hendak buat, kerana komputer itu kenal beza logik 0 dan logik 1.

Begitulah kebenaran Quran kerana dalam Quran sendiri ada logik. Komputer sebagai bukti tanda-tanda Kekuasaan Allah hasil manusia yg mengikut logik Quran, bagi orang yang yakin. Berfikiran logik menajamkan minda.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

Leave a Reply