Asyik (Damasutra)
Asyik (Damastura)
Dengan bahasa kalimah yang sama
Puji dan memuja
Dilindung dan dibuka
Rahsiakan tetap rahsia
Indah bukan rupa
Harum bukan bunga
Manis bukan gula
Panas bukannya bara
Cintakan tetap cinta
Sejak aku kenali
CintaMu yang suci
Aku telah berjanji
Tak berpaling lagi
Akan aku genggam api
Hingga jadi besi
Dan nyata sebati
Gelap bukan malam
Terang bukan siang
Satu tak terbilang
Hanyut tak terenang
Waktu tak terasa
Rindu tak terkata
Asyiknya cinta
Dan hanya kepadaMu
Kuserah jiwa ragaku
Walau berjuta seteru
Tak kuragu
Lagu ini mengisahkan perasaan hambaNya yang baru menikmati cinta Allah Yang Maha Suci. Cinta kepada Allah cinta yang kekal abadi. Terasa hidup di dunia ini lebih bermakna. Tidak cepat berputus asa dengan cabaran dan tekanan yang Allah uji, kerana dia tahu semua itu untuk Allah mantapkan jiwanya agar terus tetap mencintaiNya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati.
Apakah bahasa yang kita guna untuk berkomunikasi dengan Allah? Ya, kita kena guna bahasa logik akal. Bahasa logik inilah yang akan mencemerlangkan diri seseorang manusia. Buktinya, komputer adalah contoh alat yang cemerlang kerana beroperasi dengan kenal asas logik 1 dan 0 sahaja. Kerana itu Allah ciptakan semua yang ada pada alam semesta berpasang-pasangan. Kita kenal erti baik dan erti buruk, mudahlah kita memilih apa yang terbaik untuk hidup kita. Kelemahan umat Islam berfikir secara logik menyebabkan kita menjadi mundur bagaikan di zaman batu.
Apabila kita berfikir secara logik, hati kita mudah menerimanya. Ketika hati terasa nikmat bila Allah bukakan mata hati kita melihat kelogikan sesuatu perkara, luahkan rasa puji-pujian itu kepada Allah. Itulah puji-pujian yang bernilai yang lahir dari hati yang tulus ikhlas. Tetapi jika kita rasa kelogikan itu kita nampak sebab kehebatan otak kita tanpa rasa Allah ada bersama kita dalam mengizinkan kita memahaminya, itu tandanya kita orang yang sombong dan bongkak. Betapa ramai yang Allah telah beri secebis pengetahuan Quran dan mereka menjadi ria’ dan bongkak seolah-olah mereka sahajalah kekasih Allah dan berjuang atas nama Islam. Jauhi diri dari golongan bongkak yang tidak tahu memuji Allah apalagi hendak bersyukur kepadaNya.
Ilmu Allah ini (Quran) adalah luas. Jika pada zaman dahulu ada hamba-hambaNya berjaya memahami kelogikan yang nampak pada zaman dahulu, ia tidak bermakna Quran sudah lengkap dan tidak perlu dikaji. Kelogikan yang dibuka pada zaman dahulu tidak bermakna ia logik pada zaman sekarang. Ia dilindung dan dibuka seperti mana logik binari komputer 1010101…Dan tetap Quran itu adalah rahsia dan tetap rahsia. Oleh itu, untuk kaji rahsia pada zaman sekarang, kita-kita yang hidup di zaman sekarang inilah yang bertanggungjawab menghuraikan rahsia Quran berdasarkan logik yang kita nampak masa kini.
Cinta Allah ini tidak tergambar indah rupanya, harum tetapi bukannya bunga, manis iman mengalahkan gula, dan panas tetapi bukanya bara. Panas ini adalah semangat untuk mengajak manusia lain merasai naikmat cinta Allah ini. Cinta yang hakiki mengalahkan segala cinta-cinta yang wujud di atas muka bumi ini. Hanya insan-insan yang merasai nikmat cinta Allah ini akan faham erti keasyikannya. Ilham-ilham akan menjadi melimpah ruah. Hidup hanya mahu berfikir dan berfikir agar setiap kelogikan dapat difahami. Dia akan bereksperimen supaya mantap keimanannya.
Dan setiap jiwa yang mengenali cinta Allah ini, ia akan berdoa dan berusaha agar dia tidak dipalingkan dari cinta yang suci ini. Secara logiknya, bila hati kita merasa nikmat pada sesuatu perkara, kita tidak mahu kehilangannya lagi. Orang yang merasa nikmat dengan kekayaan, tentu dia tidak mahu berpaling dari kekayaan. Begitulah Allah membuat sesuatu dalam hidup ini agar manusia itu berfikir. Untuk mengelakkan insan itu kehilangan cinta Ilahi, genggamlah segala rasa panas hati bagaikan api itu sehingga jadi besi, seperti Raja Zulkarnain membina tembok besi yang tidak boleh dilubangi oleh Ya’juj dan Ma’juj. Hati kita akan dibentengi dengan tembok besi dari bisikan iblis dan hasutan syaitan yang merosakkan. Hati yang sebati dengan semangat waja inilah berguna untuk menaikkan kegemilangan umat Islam.
Hati yang merasai cinta Allah ini akan menggunakan kegelapan malam untuk bertahajud supaya ilham laduni terus menitis menyuburkan diri. Cahaya mentari tidak digunakan untuk menunjukkan kesombongan diri tetapi untuk mengkaji, memerhati tanda-tanda Kekuasaan Allah, dan bereksperimen pada diri sendiri agar terasa nikmat cinta suci ini. Biarpun Allah itu Maha Esa, namun tanda-tanda KekuasaanNya tidak terbilang, ilmuNya luas tak terenang hingga akal selalu kehanyutan memikirkan KehebatanNya, waktu berlalu pergi tidak terasa kerana ilhamNya mencurah-curah untuk mencoretkan apa yang dirasai, rindu memikirkan kenikmatan di taman syurga. Itulah antara keasyikan yang dirasai oleh jiwa yang mengenali cintaNya.
Untuk merasai cinta ini, serahkanlah jiwa kita kepada Allah. Biarkan Allah yang memberi tunjuk ajar kepada kita untuk mendalami, memahami dan mengkaji Quran, kerana Dia-lah Tuhan yang layak mengajar kita, bukannya hanya bergantung kepada riwayat-riwayat hadis. Sesungguhnya syaitan itu adalah seteru manusia. Mereka hanya mahu manusia ragu-ragu untuk mengkaji Quran. Bila manusia itu ragu-ragu untuk mengkaji Quran, manusia itu terpaksa bergantung kepada orang lain kononnya boleh mengajarnya memahami Quran, walhal cara itulah menyebabkan umat lslam semakin malas berfikir dan mengkaji menikut keupayaan sendiri. Hilangnya roh Quran dan tiada lagi nama-nama cendikiawan Islam seperti di zaman silam.

























Posted
on
Tuesday, February 26th, 2008 at 12:08 pm under


Bila jatuh cinta, hati dan perasaan hanya teringat si dia. Setiap perbuatan, hanya dia dalam ingatan dan fikiran.
Begitu juga dengan cinta padaNya. Bila hati sudah suci, akal fikiran sudah mendahului nafsu, kita akan sentiasa dan mencuba menjadi hamba yang terbaik. Berusaha mencari redhaNya…bermula dengan mensucikan hati, buang segala rasa tidak enak yang menapak, susuli dengan solat malam…mohon dikurniakan cinta yang mendalam….dan bila rasa cinta itu kita kecapi…hidup ini seindah pelangi…
Sama-sama kita mencubanya….
February 26th, 2008 at 5:26 pmKerana cinta kepadaNya, kukirimkan surat-surat sebagai pelepas rindu. Siapa lagi yang layak dicintai kalau bukan Pencipta kita sendiri. Mengagungkan cintaNya, cinta kita pada makhlukNYa juga terasa indah.
February 26th, 2008 at 6:50 pmSubhanAllah. Akak ku kelihatan berseri-seri wajahnya yang penuh dengan basahan air wudhu’. Sungguh tenang bagi sesiapa yang memandangnya. Dari hati ke wajah melahirkan budi pekerti seorang muslimah mukminah. Beruntunglah suami akak yang memperisterikan seorang wanita solehah sepertimu… Abeen berharap dan berdoa agar dirinya tidak pernah mempersia-siakan diri akak itu. InsyaAllah. Aamiin.
March 3rd, 2008 at 4:21 pmWudhuk yg sempurna akan dicapai oleh hati yang suci dari segala keraguan syaitan. Allah akan menguji setiap hati apa yang katakannya. Dia Maha Mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati.
Suami bukan untuk ditaksubi, tetapi untuk ditaati.
March 4th, 2008 at 5:25 amIsteri bukan untuk dihamba-abdi, tetapi untuk disayangi.
Terima kasih atas doa Abeen. Bertuah ada adik cyber yang sentiasa mendoakan kakak cybernya…
Kita sebagai isteri sentiasa berusaha jadi yang terbaik untuk suami, mentaatinya selagi dia tidakk menuruh kita melakukan kemungkaran.
Akak dah kehilangan ayah. Allah lebih sayang padanya, dan suamilah sebagai pengganti, tempat menumpang kasih, tempat bersenda gurau dan segalanya. Bila kami dakadkan oleh arwah abah akak, bermakna seluruh kehidupan ini hanya pada dia selagi tidak melanggar perintahNya.
March 4th, 2008 at 7:21 am