Archive for February, 2008

18 Feb

Iman dan Amal

Iman dan amal adalah dua perkataan yang biasa digabungkan bila kita bercakap berkenaan agama kita. Tetapi sejauh mana mutu iman dan amal kita di sisi Allah? Melihat nasib umat yang sudah semakin mundur pemikiran, apa kerana nilai iman dan amal kita sudah tiada?
Asas keimanan kita adalah percaya dan yakin bahawa hanya ada Satu Pencipta alam […]

18 Feb

Langkah orang muda

Sejauh mana golongan muda peka dengan perkembangan politik semasa? Adakah kita pemerintah mula mengambil kira pemikiran golongan muda? Rata-rata golongan muda membesar di zaman perkembangan teknologi komputer. Golongan ini dekat dengan internet walaupun atas faktor kewangan, tidak ramai mampu memiliki sambungan internet atau memiliki blog sendiri.
Walau bagaimana pun ada juga yang berkemampuan, tetapi tiada kesedaran […]

18 Feb

Bahasa jiwa bangsa

Setelah bereksperimen di mana Matematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris, Pak Lah menyuarakan bahawa kerajaan akan menimbang untuk mengubahkan semula bentuk pengajaran kedua-dua mata pelajaran ini kepada bahasa ibunda. Begitulah kerajaan yang bijak, setelah ada data untuk dijadikan perbandingan yang mana satu kaedah yang lebih baik, kita akan dapat buat suatu kesimpulan yang lebih […]

16 Feb

Allah menyatukan hati golongan beriman

 

Alhamdulillah, sejak mula meningkatkan pemikiran sendiri, banyak ilham-ilham yang sampai menyamai apa yang diilhamkan oleh golongan beriman yang lain. Malah khutbah jumaat di masjid yang biasa dihadiri juga mempunyai nada yang sama dengan pemikiran ini. Semuanya menyebut tentang kebangkitan umat. Umat akan bangkit bila pemikiran kita bangkit. Ketika taksub menyalahkan pemimpin sendiri, hanya fikir Islam […]

15 Feb

Manusia, rohani dan jasmani

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. (Al ‘Alaq)
Melihat kemunduran pemikiran umat Islam sekarang, sudah tiba masanya kita kembali mengenali siapa diri kita sebenarnya. Bak kata orang dulu2, sesat jalan, kembalilah ke pangkal jalan. Oleh itu kita kena selalu berfikir untuk melihat asas kejadian kita sebagai manusia.
Manusia terdiri […]

14 Feb

Komputer dan logik

Dan Dia-lah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. (Ar Ra’d: 3)
Kenapa segala yang ada di alam semesta ini diciptakan berpasang-pasangan? Malam pasangannya siang. Terang pasangannya gelap. Langit […]

14 Feb

Kenapa air dan minyak tidak bercampur?

Terbaca blog Cabai Burung berkenaan air dan minyak. Memang kita nampak air dan minyak tidak boleh bercampur. Seolah-olah air dan minyak adalah seteru. Dalam jasad kita juga ada molekul air dan juga minyak seperti mana pada jiwa kita ada akal dan nafsu.
Dalam kimia, molekul air adalah gabungan hidrogen dan oksigen (H2O). Minyak yang biasa digunakan […]

13 Feb

Bermulalah sebuah pertarungan merebut kerusi

Akhirnya khabar angin menjadi kenyataan. Parlimen telah dibubarkan tengah hari tadi. Bermulalah segala kempen memenangai hati rakyat. Banyaklah kibaran bendera yang mewarnai alam. Ceramah-ceramah mula digiatkan. Media massa mula memainkan peranannya. Itulah warna-warna kehidupan di dunia ini. Kehidupan di akhirat yang lebih bernilai di sisi Allah.
Untuk mendapat kehidupan di akhirat, janganlah dibuang nilai-nilai murni ketika […]

13 Feb

Mencari cahaya yang hakiki

 

Al Quran telah disempurnakan penurunannya lebih 1400 tahun dahulu. Namun, sebagai generasi yang terkemudian dari zaman Rasulullah, kita selalu melihat pengajaran Quran dari sudut masyarakat yang sempurna. Bila kita melihat Quran sempurna penurunannya tanpa memikirkan pengajarannya, kita selalu mengharapkan masyarakat kita seperti masyarakat zaman Rasulullah ketika di Madinah. Kita harapkan negara kita ada hukum hudud, […]

13 Feb

Keraguan melemahkan manusia untuk mencipta kejayaan

Ada sebabnya mengapa Allah seksa kita dengan kemerosotan bolasepak negara. Jika kita fikirkan, kesakitan kita menerima kekalahan pasukan bolasepak negara hanya sedikit sahaja berbanding dengan azab yang pernah ditimpa kepada kaum Aad, Tsamud, Luth atau Firaun. Namun setiap kesakitan itu berguna bagi golongan yang beriman.
Kesakitan ini akan membawa kita berfikir dan merenung diri […]