Archive for February, 2008

13 Feb

Bahaya percaya kepada khabar angin. Sayangilah jantung anda.

Bila bahang pilihanraya sudah semakin terasa, macam-macamlah berita keluar. Tidak lupa juga khabar angin turut meniup sama. Untuk melatih diri menjadi ulul albab, bila kita dengar sesuatu berita, janganlah terus percaya bulat-bulat. Selidikinya terlebih dahulu. Allah sudah kurnia kepada kita akal yang waras untuk menimbang dan menilai. Tetapi jika dalam hati ada prejudis, tentu sesuatu […]

12 Feb

Memelihara jantung kita

Berkaitan dengan seruan PM kita
Perasaan prejudis adalah termasuk dalam kategori perasaan buruk. Oleh kerana Allah cipta alam ini berpasang-pasangan, begitu juga dengan perasaan kita, ada perasaan baik dan perasaan buruk. Perasaan buruk dikawal oleh hawa nafsu (bisikan syaitan) manakala perasaan baik dikawal oleh pertimbangan akal yang waras (logik). Manusia yang menolak akalnya sendiri akan […]

11 Feb

Pencarian adik Sharlinie vs Demam Pilihanraya

Ketika ini, pencarian adik Sharlinie masih terus dijalankan. Sudah lebih sebulan adik ini dibawa lari. Masih tiada petunjuk yang kuat untuk membantu pihak berkuasa mencarinya. Ganjaran terus ditawarkan. Ada yang berusaha mencari kerana keikhlasan hati atau mungkin ada yang mencari kerana wang. Allah Maha Mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati manusia. Begitulah juga Dia Maha […]

11 Feb

Enjin dalam diri manusia

Melihat konsep asas enjin berkuasa petrol yang biasa digunakan untuk menggerakkan kenderaan, bila kita renungkan dengan mendalam, konsep inilah yang ada dalam diri manusia untuk mengerakkan diri. Menggerakkan diri yang dimaksudkan di sini adalah menggerakkan diri untuk berfikir.
Manusia dinilai dari kekuatan berfikir. Dalam Quran sendiri mengumpamakan golongan yang lemahnya daya berfikir setaraf binatang ternak malah […]

11 Feb

Mampukah bolasepak negara dicemerlangkan?

Malam ahad yang lalu, keluar berita berkenaan bagaimana FAM ingin menaikkan martabat bolasepak negara. Kemerosotan mutu bolasepak negara yang suatu ketika dahulu di hadapan pasukan seperti Korea dan Jepun banyak berpunca dari sikap rakyat Malaysia sendiri.
Kita sudah tidak mengenali diri sendiri. Sejak negara memasuki era perindustrian yang dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir, melimpahnya kemewahan dan […]

07 Feb

Ulil Absar vs Golongan cakap besar

Ulil Absar adalah gelaran yang disebut bagi manusia yang berfikiran jauh lagi berwawasan. Rasulullah adalah contoh orang yang berwawasan jauh. Kalau baginda tidak yakin dengan diri baginda sendiri boleh mencapai apa yang dicita-citakan, tidaklah Islam tersebar luas.
Alhamdulillah, negara kita dikurniakan pemimpin yang berwawasan. Ketika di zaman Dr. Mahathir, kita diperkenalkan dengan Wawasan 2020. Kenapa beliau […]

06 Feb

Jauhnya hati untuk menghayati Quran

Benarkah umat Islam sekarang umpama buih? Harapkan kuantiti sahaja ramai tetapi kualitinya tiada? Kenapa fenomena ini berlaku sedangkan umat Islam dibekalkan dengan Quran yang dijamin terjaga sehingga akhir zaman? Apakah ini kerana umat sudah jauh daripada menghayati Quran?
Apakah kita menganggap Quran sekadar membaca dalam nahu Arab tanpa perlu dikaji dan difahami? Mampukah kita memahami […]

05 Feb

Ulul Albab vs pemikiran lembab

Untuk Direnung Dan Difikirkan…
Dalam Quran, ulul albab adalah manusia yang menggunakan akal fikiran. Manusia yang suka menggunakan akal fikiran akan menghadapi cabaran hidup dengan lebih tenang berbanding manusia yang berfikiran lembab. Masyarakat Barat adalah contoh yang boleh kita nampak bagaimana mereka mencontohi seruan Quran mengajak manusia menjadi golongan pemikir.
Selalu kita dengar suara-suara luar mengatakan umat […]