18 Feb

Bahasa jiwa bangsa

Setelah bereksperimen di mana Matematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris, Pak Lah menyuarakan bahawa kerajaan akan menimbang untuk mengubahkan semula bentuk pengajaran kedua-dua mata pelajaran ini kepada bahasa ibunda. Begitulah kerajaan yang bijak, setelah ada data untuk dijadikan perbandingan yang mana satu kaedah yang lebih baik, kita akan dapat buat suatu kesimpulan yang lebih kukuh.

Seperti dalam ilmu sains, kita kena hidup dalam bereksperimen. Lemahnya umat Islam zaman ini kerana budaya takut bereksperimen dalam beragama. Taksub sahaja pemikiran mengikut pendapat ulamak terdahulu. Seolah-olah kita zaman sekarang tiada akal fikiran. Menumpang sahaja yang pernah dihuraikan oleh ulama.

Kerajaan harus peka dan menilai kemajuan sesuatu negara. Ketika Eropah keluar dari zaman gelapnya, mereka belajar dari tamadun Islam yang gemilang ketika itu. Tetapi mereka tidak menjadikan bahasa Arab pun sebagai bahasa untuk ilmu sains dan teknologi mereka. Kemudian Jepun pula mengikut jejak langkah Barat, dan Jepun tidak segan-silu mengekalkan bahasa ibunda mereka. Ketika ini China sudah masuk ke era kemajuan penciptaan teknologi moden, mereka juga tetap berbangga dengan bahasa ibunda mereka. Jadi, jika kita ingin bangunkan tamadun Malaysia yang gemilang, kita kena berbangga jika bahasa Malaysia yang mudah diterima pelbagai kaum sebagai bahasa sains dan teknologi kita.

Kelebihan kita adalah mempunyai pelbagai kaum dan budaya. Seperti masakan, bila banyak rencahnya, makin sedap rasanya. Tidak mustahil kita mampu membina tamadun yang lebih agung berbanding Barat, Jepun dan China kerana kelebihan kita ini. Setiap kaum yang berlainan di negara kita memiliki kelebihan dan kelemahan masing-masing. Sama-sama kita bersatu-padu dalam keharmonian untuk memperbaiki kelemahan dengan mencontohi kelebihan yang ada pada kaum lain. Secara tidak langsung kita akan membentuk semangat yang lebih muhibbah dan bertoleransi.

Diharap kerajaan yang bakal dibentuk selepas pilihanraya nanti akan merealisasi suara Pak Lah ini. Rakyat semakin matang. Dengan adanya internet, kita mudah meneroka maklumat-maklumat untuk kita jadikan ilmu yang bermanafaat untuk kehidupan kita bersama. Jauhilah segala perasaan permusuhan tapi tanamkanlah semangat memajukan diri seterusnya negara. Islam bukan hanya terletak pada hukum-hukum, tetapi pada akal fikiran yang tinggi dan bebas bagaikan camar-camar berterbangan. Bukannya seperti lembu yang dicucuk hidungnya.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

4 Responses to “Bahasa jiwa bangsa”

  1. mrozaidi Says:

    Betul Tu..Tu La Kerja Dua Kali..Kalau Tak Ubah Kan Senang..Ramai Yang Tak Kantoi Dalam Pelajaran Tu..

  2. Azhar Ahmad Says:

    Aduh, memang betultu…

    Maaf lama tak komen, peti komen puan, ada masalah lah dengan browser saya…

  3. Kerasma Says:

    Macam kita belajar Quranlah. Sekarang dah banyak terjemahan dalam bahasa ibunda kita. Kalau kita belajar dlm bahasa yang kita sendiri tak faham, macam mana pengajaran Quran hendak meresap dalam hati?

    Jadilah Quran sekadar dibaca dan dikenal tajwidnya.

    Ada pula yang kata belajar Quran kena guna bahasa Arab aje. Betapa sempitnya pemikiran umat. :)

  4. halyda_6 Says:

    Pasal ni, mesti ramai yang mengomen dan mengutuk…hehe…biasala kita. Persepsi saya yang pertama pun macam tu jugak…

Leave a Reply