18 Feb

Langkah orang muda

Sejauh mana golongan muda peka dengan perkembangan politik semasa? Adakah kita pemerintah mula mengambil kira pemikiran golongan muda? Rata-rata golongan muda membesar di zaman perkembangan teknologi komputer. Golongan ini dekat dengan internet walaupun atas faktor kewangan, tidak ramai mampu memiliki sambungan internet atau memiliki blog sendiri.

Walau bagaimana pun ada juga yang berkemampuan, tetapi tiada kesedaran melihat betapa pentingnya teknologi maklumat bagi manusia yang suka berfikir. Mungkin kerana corak hidup masyarakat yang malas berfikir, maka manafaat internet tidak mereka nampak lagi. Ramai yang lebih suka dengan budaya menonton tv sehingga syarikat seperti Astro mampu mengautkan keuntungan berjuta-juta. Semuanya atas kelemahan masyarakat itu sendiri. Sudahlah lemah pemikiran, hidup hanya melepaskan amarah pada pemerintah atas sebab tekanan hidup mereka sendiri. Jika sendiri hidup dengan malas berfikir dan hanya tahu hendak seronok-seronok, macam mana jiwa hendak kuat mengharungi cabaran hidup?

Jika internet mampu dimanafaatkan penggunaannya, tidak mustahil masyarakat mampu dibebaskan dari belenggu kemunduran otak. Di internet kita boleh menerokai maklumat dengan mudah. Wujudnya forum-forum untuk kita menyuarakan pandangan bertukar-tukar pendapat. Ini dapat memberikan kita semangat untuk berfikir dan mencari idea yang baru. Hendak menulis, idea diperlukan. Banyak idea yang sampai, banyaklah mampu ditulis.

Menulislah dengan mengajak manusia sama-sama berfikir. Bukan hanya menulis hendak melepaskan perasaan amarah. Kelak jantung kita sendiri yang menjadi mangsa. Tetapi masyarakat kita masih kurang membudayakan penulisan ini. Jika kita kaji sejarah kegemilangan Islam dahulu pun kerana masyarakat ketika itu rajin menulis. Buku-buku ilmu amat banyak sampai dikhabarkan ketika Baghdad diserang Monggol, sungai Tigris menjadi kehitaman dakwat akibat buku2 penulisan umat dicampakkan ke dalamnya.

Jadilah kita sebagai pemuda yang rajin berfikir dan menulis pendapat kita untuk dikongsikan bersama. Jika sekarang generasi muda hanya ada dalam 5% yang memiliki blog sendiri, kita pakat2 ajak rakan2 yang lain menulis idea-idea mereka dalam blog. Tulislah sesuatu yang boleh menyedar masyarakat tentang kepentingan berfikir jika benar kita mahu membina tamadum yang gemilang.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

One Response to “Langkah orang muda”

  1. halyda_6 Says:

    Sebab itu saya andaikan Kerasma adalah seorang pemuda yang berjiwa berani dan penuh dengan semangat berfikir yang berkobar-kobar. Kalau dikumpulkan pemikiran yang sebegini, mungkin dapat lahirkan satu generasi yang baru…

Leave a Reply