Manusia Dan Logik
Assalamualaikum dan salam sayang kepada semua…semoga kehadiran cahaya dan sinaran mentari yang inah di pagi ini seindah dan seceria semangat kita untuk meneruskan hidup. Semakin bersemanagt untuk menunaikan tanggung jawab sebagai seorang hamba merangkap khalifah di bumi Allah ini.
Demam pilihanraya semakin hangat. Kalau demam panas tu, mungkin suhu yang sepanas ini akan mengundang kebimbangan dan kerisauan di hati ibu bapa. Dan deman pilihanraya pula menghidangkan fenomena yang meriah. Di mana-mana jua, kat pokok, kat tiang lampu, kat rumah-rumah, bangunan, semuanya terbentang bendera dan sepanduk parti. Dan tak sah kalau hanya ada bendera satu puak sahaja di satu kawasan. Pasti ada terselit bendera parti lain. Situasi ini di mana-mana
Perang mulut, perang poster…menjadi kebiasaan. Belum ambil kira usaha kempen bergerak, ada yang dengan lori. van dan kereta. Bukan bergerak dan berarak semata-mata, bendera dan sepanduk diusung sama. Mana boleh tinggal
Poster yang berlatarbelakangkan warna biru, merah putih, biru muda dan hijau, mewakili parti-parti politik utama yang bertanding dalam pilihan raya. Poster calon bebas tidak banyak kelihatan hari ini.
Tetapi di kawasan yang menyaksikan calon Bebas bertanding, poster mewakili mereka juga akan menarik perhatian penyokong mereka khususnya di Sabah dan Sarawak.
Semua parti berperang dan berancangan sebaik dan sehabis mungkin. Barisan Nasional, PAS, DAP, Parti Keadilan semuanya berusaha memperjuangkan parti masing-masing. Berusaha dan bertarung untuk mencapai kemenangan. Dalam bertanding, tiada yang mengharapkan kekalahan, lain la kalau dah kena sogok tu
.Tu hanya sikit jer…banyak lagi parti lain.
Dan tak ketinggalan, blog dan website yang lahir bagai cendawan lepas hujan semata-mata untuk pilihanraya. Mereka banyak guna blogspot dan beberpa lagi yang free. Lagipun untuk musim ni jer…
Dan situasi ini juga turut memaparkan mayarakat kita yang terlalu taksub dengan parti mula berpaling antara satu sama lain. Kat bandar-bandar ia tak berapa kelihatan. Tapi di kampung…masa ni lah masyarakat mula berbalah dan bertelingkah. Masing-masing nak menangkan parti sokongan mereka. Ada suami isteri bergaduh, saudara mara bermasam muka, Masjid dan surau mula terbahagi dua.
Dan sepatutnya ini semua tidak berlaku kalau kita menggunakan logik akal yang dianugerahkan Ilahi. Kalau nak berparti, tak salah. Tapi dalam masa yang sama jagalah ikatan kekeluargaan dan persaudaraan sesama Islam. Kalau masyarakat berpecah, bagaimana sesebuah parti tu nak memerintah dan mentadbir dengan aman.
Dan Agama Islam sendiri tidak pernah menyuruh kita semua berpecah belah. Jangan pula agama dan Quran ditolak ke tepi kerana parti. Malah kita disuruh menyayangi dan menghormati sesama kita. Maki-memaki, cela mencela dan saling menghentam, semuanya membawa kepada penyakit hati yang parah.
Itulah sedikit sebanyak…tak berapa pandai pasal ni.
Saya lihat dan ini adalah kenyataan, masyarakat kita sekarang sudah menggunakan logik akal dalam mengadili dan mimikirkan sesuatu. Saya pernah terbaca pasal Logik Vs Al-Quran dalam satu forum. Apa yang dia utarakan memang betul dan berketepatan dengan logik komputer dan seiring dengan Al-Quran. Selepas baca artikel Logik Vs Al-Quran tu, saya pun terangguk-angguk mengakui kebenaran dan kehebatan Al-Quran. Kalau sebelum ni, kita memang tau dan sentiasa diwar-warkan Al-Quran adalah kitab yang syumul. sesuai sepanjang zaman. Namun, artikel yang saya sebutkan dapat menguatkan lagi. Lebih-lebih lagi dia banyak mengutarakan konsep binarry dan perkaitannya dengan komputer.
Kalau dulu kita lihat para sahabat dan para pendakwah merantau ke pelosok dunia untuk mengembangkan ajaran Islam. Dan sekarang pun masih ada tabligh yang menyambung perjuangan itu. Dan Allah telah memudahkan lagi jalan dakwah ini dengan meningkatkan kemahiran berfikir manusia sehinggalah terciptanya komputer. Hanya dengan klik, kita dapat cari apa yang kita mahu. Segala persoalan dan permasalahan dapat diatasi. Apalagi dengan adanya orang yang berpengetahuan agama yang celik IT. Ini adalah satu kelebihan untuk kita umat Islam. Dalam pada itu, gunakanlah akal kita untuk memilih dan menggunakan segala kecanggaihan teknologi yang Allah kurniakan ini ke jalan yang betul. Hanya akal yang yang dapat mengimbangi nafsu kita.
Nanti kalau ada sesiapa yang berminat nak baca pasal Logik Vs Al-Quran tu, boleh la emelkan pada saya.
Ops…dah pukul 10 pagi rupanya. Patutla perut ni semacam jer. Minta diisi rupanya. Abang Yie pun dok asyik dengan game Bob The Builder dia. Sofea pula tadi dah bangun, makan, mandi dan dah sambung tidur lagi.

























Posted
on
Monday, February 25th, 2008 at 10:41 am under


cakap pasal politik, nak tgk berita pun malas sekarang… asyik cerita politik jerr… politik pulak siarannya kurang adil….
February 25th, 2008 at 3:28 pmA`kum wbt dan terima kasih kerana sudi komen di blog saya.
February 25th, 2008 at 11:34 pmMemandangkan kat sini ada kepakaran dlm buat blog, nak tanya la sikit, mcmana nak paparkan mybloglog reader tu? Widget dah saya taruk, cuma username saya yg tak pasti. Ukuran plak bagaimana?
Harap dapat membantu.
Salam,
Nak paparkan mybloglog tu, copy script yg diberi dr website dia, kemudian guna theme editor, paste script tu pada bahagian mana kita nak dia dipaparkan…macam kes blog ni, kami taruk kat sidebar.php tu…
Pasal saiz dia, try and error la…beresksperimen mengikut kesesuaian blog kita… harap2 berjaya
February 26th, 2008 at 7:48 amsalam Hayat…
February 26th, 2008 at 9:21 amsekarang siapa yang berkuasa dia la yang konker. Tambahan pula stesyen TV tu milik pemerintah…
Pada mata kita memang nampak tak adil. Tetapi pada sisi Allah, siapa tahu? Yang nyatanya, siapa yang membangunkan minda, mereka itulah Allah berikan kekuasaan. Selagi hidup dengan minda tertutup, sampai bila umat tidak berubah dan asyik kata orang lain tidak adil, sedangkan kita sendiri tidak adil kepada Allah.
Allah bagi akal, kita biarkan begitu. Lihat kemajuan akal bangsa-bangsa lain dan bandingkan dengan rata-rata umat Islam, semoga kita akan terbuka mata.
February 26th, 2008 at 1:35 pmapa2 pun…manusia menggunakan akal semata2 untuk memutuskan sesuatu..namun al quran adalah terbaik rujukan…
February 26th, 2008 at 9:15 pmMungkin tidak ramai yg perasan bahawa Quran sendiri datang melalui akal. Tetapi akibat kita telah dididik dengan belajar Quran cara menurut dan Quran sampai kepada kita dalam bentuk naskah/buku, kita tidak memahami perkaitan Quran dan akal.
February 26th, 2008 at 9:37 pm