Tempat melepas perasaan amarah?
Adat manusia biasa, bila tertekan, ia mahu melepaskan perasaannya. Adakah di jalanan sebagai tempat yang terbaik melepaskan perasaan kita? Apakah ada cara lain yang sesuai dengan imej negara yang sebuah negara Islam? Mungkin kerana itu ada seorang menteri ini mengatakan budaya demontrasi jalanan ini tidak sesuai dengan adat Ketimuran kita.
Apakah penyelesaian ke arah suatu yang lebih positif? Mungkinkah kerana sikap kerajaan yang dirasakan terlalu menekan rakyat untuk menyuarakan pandangan menyebab keadaan ini berlaku? Jika kita benar-benar mahu menyelesaikan keadaan ini dari berterusan sehingga menjadi satu budaya “amukan” rakyat, adalah wajar kita mempertimbangkannya.
Perlunya ada pertengahan di antara keinginan rakyat dan harapan kerajaan. Mungkin kerajaan boleh mempertimbangkan untuk menyediakan satu tempat umpama sebuah dataran untuk “pemidato-pemidato” di kalangan rakyat menyuarakan pendapat. Tetapi dengan syarat pemidato-pemidato ini lebih kepada memberi pandangan yang membina untuk menyelesaikan sesuatu isu bukannya hanya dengan mengutuk, mencemuh dan membawa isu-isu peribadi seseorang untuk diburuk-burukkan.
Dengan ada tempat yang disediakan, rakyat secara bijak akan tahu di mana tempat mereka dibenarkan berkumpul tanpa mengganggu ketenteraman awam. Walau bagaimana pun, idea ini hanya boleh direalisasikan jika rakyat dan kerajaan sama-sama bijak dalam mengawal diri masing-masing.
Sebab itu kita diajak membangunkan minda supaya kita menjadi manusia yang matang berfikir dan mampu mengawal emosi. Kita hidup di dunia ini hanya seketika. Gunakan masa yang terhad ini untuk hidup dengan hati yang tenang dan damai. Baru kita boleh mengurangkan kadar kematian akibat penyakit jantung. Jika rakyat bermentaliti tinggi, kerajaan akan senang hati. Masing-masing tahu tanggungjawab masing-masing.

























Posted
on
Wednesday, February 20th, 2008 at 5:32 am under

