13 Feb

Keraguan melemahkan manusia untuk mencipta kejayaan

Ada sebabnya mengapa Allah seksa kita dengan kemerosotan bolasepak negara. Jika kita fikirkan, kesakitan kita menerima kekalahan pasukan bolasepak negara hanya sedikit sahaja berbanding dengan azab yang pernah ditimpa kepada kaum Aad, Tsamud, Luth atau Firaun. Namun setiap kesakitan itu berguna bagi golongan yang beriman.

Kesakitan ini akan membawa kita berfikir dan merenung diri bagaimana kita sudah jauh dari landasan sebenar sehingga pasukan bolesepak kita terus merudum. Ia sebenarnya berbalik kepada diri kita sendiri yang meminati sukan yang paling popular di dunia ini. Segala kerosakan di atas muka bumi itu adalah hasil perbuatan manusia itu sendiri. Jadi kita kena insafi diri bahawa diri kitalah yang bersalah dalam masalah ini. Jangan hanya tahu menyalahkan pihak lain semata-mata untuk melepaskan amarah kita. Hidup dalam keadaan marah akan menyebabkan degupan jantung tidak stabil.

Adalah lebih baik kita sama-sama bantu membantu untuk memberi idea dan pendapat yang bernas bagi memajukan sukan ini. Setiap masalah bukan untuk dijadikan bahan kutukan dan celaan, tetapi untuk kita bersatu padu dan berganding bahu mencari jalan penyelesaiannya. Ketika inilah kita boleh mengeluarkan idea masing-masing. Ketika inilah kita boleh serlahkan potensi diri.

Timbalan presiden FAM telah mengingatkan pasukan negara supaya buktikan kejayaan dalam Kejohanan AFF Ke-7 pada penghujung tahun ini. Masa yang diberi adalah panjang. Rasanya cukup untuk melakukan sesuatu. Kerana itu beliau tidak mahu mendengar alasan atas kegagalan nanti. Diharapkan pasukan negara tidak merasakan ia sebagai suatu tekanan untuk menyahut kata-kata orang muda dalam FAM ini. Memang darah muda, kata-katanya penuh semangat dan mungkin akan membawa tekanan kepada sesiapa yang tidak memahaminya. Tapi kalau kita kaji sejarah dakwah Islam sendiri, Nabi Muhammad di kelilingi oleh beliawan-beliawan yang bersemangat tinggi. Itulah antara kunci kejayaan Nabi Muhammad. Kenapa kita tidak tidak boleh contohi cara baginda walaupun dalam sukan bolasepak? Bukankah Islam itu syumul?

Rata-rata pemain bolasepak negara dibarisi pemain-pemain muda. Semangat pun tinggi berbanding pemain senior. Mereka mempunyai masa hadapan yang jauh. Banyak perkara mereka boleh belajar. Yang paling utama, mereka kena belajar mengenali diri sendiri. Setiap diri ada potensi tersendiri. Seperti cap jari kita berbeza-beza dan tiada yang sama, begitu juga potensi diri kita juga berbeza-beza. Cuma sama ada kita sedar atau tidak sedar sahaja. Manusia yang mencapai kejayaan dalam hidup mereka kerana ada kesedaran keupayaan diri sendiri. Setiap pemain bolasepak negara kena bereksperimen untuk mengeluarkan potensi ini. Kita umpama lampu, cuma mungkin kita tidak jumpa lagi di mana suis untuk menyalakan lampu ini.

 

 

Yang menyebabkan manusia gagal menemui suis untuk menyalakan lampu yang mengandungi potensi diri ini adalah kerana was-was atau ragu-ragu. Perasaan syaitan inilah yang Allah telah peringatkan kita dalam surah An-Naas:

Katakanlah: “Aku berlidung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari was-was (bisikan syaitan) yang biasa bersembunyi, yang mewas-was ke dalam dada manusia, dari (golongan) jin dan manusia.”

Rasulullah telah tinggalkan pedoman berguna untuk kita mengeluarkan diri daripada permasalahan hidup. Tetapi jika Quran tidak digunakan untuk dikaji dan diaplikasikan dalam segenap bentuk kehidupan, bagaimana kita mahu keluar dari tekanan? Peliharalah diri dari penyakit jantung akibat hidup dalam tertekan. Quranlah ubatnya. Mencegah lebih baik daripada merawat. Sebelum kita diserang penyakit ini, jadikan Quran sebagai penenang diri. Bukan sahaja pahala berganda-ganda kita dapat, malah kita tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi berbanding bil perubatan akibat penyakit jantung. Mungkin bil yang tinggi ini akan menyebabkan kita kembali mendapat sakit jantung akibat tertekan hendak membayarnya nanti :)

Jadi, jika pemain-pemain pasukan negara merasa suatu tekanan bila TP FAM menyatakan harapannya yang juga sebagai mewakili harapan peminat sukan ini, kembalilah dengan merenung keupayaan diri. Jadikan Quran sebagai pendorong semangat berpasukan. Sebab dalam Quran juga ada silaturrahim. Think positive toward positive things.

Semangat muda jangan dipersia-siakan seolah-olah berada di atas padang dengan usia 60 tahun. Keluarkan kesungguhan, semangat, jati diri, potensi dan segala yang Allah telah bekalkan dalam diri bila memikul tanggungjawab mewakili negara. Jangan hanya pandang pada kemegahan nama dapat mewakili negara, akibatnya nanti kutukan peminat yang akan diberi.

Menang atau kalah itu adat pertandingan, tetapi biarlah kalah dengan cara melawan, bukan selepas 15 minit permainan sudah rasa macam 90 minit di dalam gelanggang. Bagi peminat pula, sama-sama kita berkongsi idea-idea membina untuk memeriahkan sukan ini. Hentikan mengutuk dan mencela kerana itu hanya menyebabkan degupan jantung kita tidak stabil. Perasaan marah hanya mengundang syaitan merajai diri.

Kalau boleh kita kena lahirkan pelapis-pelapis insan seperti Allahyarham Mokhtar Dahari yang low-profile dan jujur dalam kerjaya bolasepaknya. Beliau umpama lampu yang menyinar sukan bolasepak negara. Pemergian beliau telah memadamkan sinar ini. Atas diri kita masing-masinglah bertanggungjawab menyalakan lampu-lampu yang menerangi padang bolasepak kita. Bukan harapkan lampu limpah stadium semata-mata :)

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

Leave a Reply