11 Feb

Mampukah bolasepak negara dicemerlangkan?

Malam ahad yang lalu, keluar berita berkenaan bagaimana FAM ingin menaikkan martabat bolasepak negara. Kemerosotan mutu bolasepak negara yang suatu ketika dahulu di hadapan pasukan seperti Korea dan Jepun banyak berpunca dari sikap rakyat Malaysia sendiri.

Kita sudah tidak mengenali diri sendiri. Sejak negara memasuki era perindustrian yang dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir, melimpahnya kemewahan dan kekayaan negara menyebabkan kita jadi alpa dan leka. Sepatutnya daripada kekayaan yang menyediakan prasarana sukan yang lebih canggih berbanding negara-negara Afrika, melonjakkan negara kita setaraf dengan pasukan Jepun dan Korea, tetapi kita jauh ketinggalan hatta dengan negara-negara Afrika. Suatu senario yang memalukan jika kita fikir2kan dengan mendalam.

Apakah jalan keluar daripada kemerosotan ini?

Bak kata orang-orang terdahulu makan garam dari kita, “sesat jalan, kembalilah ke pangkal jalan. Kemerosotan sukan bolasepak negara kita menunjukkan kita telah tersesat dari landasan yang sebenar. Sebagai rakyat, kita gagal menyediakan pemain bolasepak yang kenal jati diri dan potensi diri. Bila kita was-was dengan keupayaan sendiri, kita gagal bersaing dengan pasukan-pasukan lain walaupun di peringkat Asean.

Cara untuk kenali diri ada diajar dalam Quran. Mulakan dengan surah yang asas yang kita belajar masa kecil2 dahulu (Muqaddam). Dalam Quran ada jawapan bagaimana kita ingin menyuntik semangat pemain-pemain kita. Ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi. Perasan kita sudah ada pemain yang bagus sedangkan jauh dari standard pemain antarabangsa akan memerosotkan mutu bolasepak kita.

Quran adalah panduan untuk kita keluar daripada belenggu pemikiran dan ketaksuban. Pemain yang terbelenggu pemikiran akan kaku di atas padang. Hanya tahu ikut telunjuk jurulatih. Takut untuk bereksperimen sendiri untuk mengeluarkan potensi diri. Kita kena latih pemain bolasepak yang cerdas akal fikiran dan rajin mengkaji teknik-teknik tersendiri. Bukan hanya import teknik-teknik dari Barat atau Latin.

Mari kita kaji surah Al Fiil umpamanya untuk melihat jawapan untuk kita bangkitkan semangat bolasepak negara:

Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentara bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka’bah) itu sia-sia? dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).

Sikap kita yang malas mengkaji Quran menyebabkan kita tidak nampak banyak jawapan yang Allah sediakan dalam Quran untuk kita keluarkan dari segenap permasalahan. Allah Maha Hebat lagi Maha Bijaksana.

Ok, surah Al Fiil memberi pengajaran bahawa segala tipu daya mudah sahaja dikekang. Permainan bolasepak adalah permainan yang taktikal. Melibatkan tipu-daya untuk menjaringkan gol. Seperti berperang juga, ada taktik dan strategi selain semangat berpasukan. Sekadar harap semangat berpasukan, tetapi mentaliti lembab dan kaku di atas padang, semangat ini akan mudah tercabut.

Kenapa burung yang sekecil itu boleh mengalahkan gajah yang besar dan berat? Begitulah cantiknya ilmu Allah ini. Surah ini mengajar kita untuk jadikan pemikiran kita bebas seperti burung. Boleh terbang mengikut arah mana kita suka. Mengkaji dan bereksperimen mengikut keupayaan sendiri. Tidak taksub dan terikat dengan tunjuk ajar jurulatih semata-mata. Kalau kita taksub, pemikiran kita umpama gajah yang dikawal dan berat untuk bergerak. Pemikiran yang berat untuk bergerak adalah pemikiran yang lembab. Sebaliknya kalau kita ingin menjadikan bolasepak negara yang gemilang, pemain bolasepak dan mereka yang terlibat kena menjadi ulul albab iaitu orang yang rajin berfikir dan mengkaji seperti masyarakat Barat sekarang.

Inilah kelemahan orang kita terutama orang Melayu Islam. Kerana dalam belajar Quran pun kita telah dididik berfikiran taksub. Kita takut mengkaji Quran, kononnya kalau salah nanti berdosa. Kalau kita kaji Quran dengan niat belajar kerana Allah, apa nak berdosanya? Kan Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang? Lainlah kita belajar Quran untuk sesatkan manusia lain atau nak jadi macam Ayah Pin, iatu barulah berdosa besar.

Kembali kepada bolasepak balik (sebenarnya bukan bolasepak sahaja), segala kelemahan kita sekarang ada jawapan untuk kita perbaiki bila kita merujuk kepada Quran dan Sunnah. Merujuk Quran dan Sunnah bukan bermaksud untuk menghukum orang lain, tetapi mencari ilham atau idea menurut Quran, untuk mengeluarkan kita dari segala permasalahan semasa.

Apa sunnah paling utama bila nak kembali kepada Quran? Guna logik akal fikiran untuk mengkaji dan menghayati Quran adalah sunnah yang digunakan oleh para Nabi. Para Nabi bukan golongan taksub pemikiran yang lembab seperti gajah. Mereka terdiri dari kalangan manusia yang rajin mengguna akal fikiran untuk menyelesaikan permasalahan semasa seolah-olah akal fikiran mereka terbang seperti burung. Hujah-hujah mereka keras seperti batu yang terbakar, bukannya hanya tahu melenting, memaki-hamun dan berdemontrasi jalanan.

Bagi para Nabi, setiap kesukaran hidup ada jawapanannya kerana mereka yakin kepada Allah, yang menganugerahkan akal fikiran. Setiap dugaan hidup ada jawapannya. Dengan rajin berfikir dan mengkaji, hidup jadi tenang kerana yakin dengan keupayaan sendiri. Tidak kenal erti mengeluh menghadapi kesukaran hidup. Adakah Allah cipta akal fikiran ini untuk main-main?

Kesimpulannya: Untuk kita memajukan bolasepak negara, kita kena kembali kepada Quran. Quran ada jawapannya kerana Quran sebenarnya menyediakan generasi ulul albab bukannya manusia berpemikiran lembab.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

Leave a Reply