25 Mar

Kerajaan Vs Rakyat…

Lama bercuti…Khamis-Isnin

Kebetulan Khamis lepas, husband cuti sampai Ahad, kitorang balik Kelantan. Seronok sangat. Bawa ma dan anak buah gi meronda di Pengkalan Kubur. Sempatla Abang Yie sambar lori version yang ada kren kat tengah tu…Tanya harga RM13. Bila minta kurang dia bagi RM8.

Nak dijadikan cerita, lepas tu Abang Yie nak match lori dia dengan lori sampah. Then gi la cari rubbish collector tu kat Pasir Mas pulak. Lori yang sama, jenis sama, plastik yang sama…boleh dibeli dengan harga RM5 jer kat Pasir Mas. Kitorang pun berlalu dengan senyuman yang paling manis…huhu :)

Pagi ni, dalam kepala ni dok terfikir je pasal kerajaan dan hati. Artikel dalam paper minggu lepas membawa saya ke satu alam pemikiran yang tiada hujungnya.

Umpama dalam satu negara ada satu Perdana Menteri dan satu negeri ada satu raja, begitulah juga hati kita. Diri kita umpama sebuah kerajaan dan tampuk pemerintahannya adalah hati. Hati adalah raja bagi diri kita. Dan siapa pula rakyatnya? Sudah pasti segala anggota kita yang Allah pinjamkan ini.

Sudah adat rakyat patuh pada pemerintah. Apa saja kata raja, rakyat kena ikut. Begitu juga dengan hati. Hati dan anggota sentiasa seiring. Jika hati terlintas dan ingin berjalan, kaki akan patuh dan mula bekerja untuk rajanya. Begitulah juga dengan anggota yang lain. Jika hati dan anggita tak sepakat…tak terhasil satu perbuatan.

Dan, hati ini ada dua saudara baik. Iaitu nafsu dan akal. Pilihlah mana yang berkenan.

Bila hati berkerabatkan akal, segala perbuatan dan perlakuan adalah mengikut pertimbangan waras. Kerana akal itu laksana langit yang terbentang luas. Tinggi di atas. Bila akal dipertingkatkan, kerajaan yang berajakan hati dan berkerabatkan akal akan gemilang dan terbilang. Segala perlakuan dan tindakan dikaji baik dan buruknya terlebih dahulu…setiap keputusan adalah yang terbaik. Kerajaan itu akan berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari semalam.

Tapi sebaliknya yang berlaku jika hati bersaudarakan nafsu. Raja yang bersaudarakan nafsu biasanya menpunyi kerajaan yang agak kucar kacir. Segala perlakuan dan tindakannya hanya mengikut hawa nafsu. Apa akan jadi jika kita hanya diperkudakan nafsu? Apa kaitannya nafsu dengan syaitan?

Hati yang dikuasai nafsu adalah jauh dari pertimbangan akal. Sebagai contohnya, adakah seseorang yang sedang dikuasai nafsu amarah yang membara sempat berfikir? Kalau dia sempat berfikir dan menggunakan pertimbanga yang waras, tak akan berlaku lah pergaduhan dan pertengkaran. Suami yang sedang marah, tak akan dengan lantangnya melafazkan perkataan yang akan memisahkan dia dan isterinya, kemudian menyesali kata-katanya setelah amarahnya reda. Tiada gunanya.

Nampakkah siapa yang berselindung di sebalik ini? Amarah umpama api yang panas mambakar. Dan makhluk apakah yang Allah ciptakan daripada unsur panas ini?

Mendahulukan akal dalam setiap perkara. Kalau kita perhatikan fizikal kita. Di mana letaknya akal? Kedudukannya sudah menggambarkan yang ianya sesuatu yang bernilai. Diletakkan di tempat teratas. Tinggi umpama langit yang meluas.

Dan perhatikan semasa solat kita, anggota manakah yang bergerak terlebih dahulu semasa sujud dan solat? Dan kenapa sampai satu satu ketika kita rendahkan kepala dalam sujud semasa solat?

Akal juga tiada gunanya andai fungsi untuk berfikir itu tidak digunakan dengan sebaik mungkin. Akal yang tiada peningkatan umpama pokok yang tidak berbaja dan tidak bersiram. Lama-kelamaan kepintaran akal akan menurun dan semakin tumpul.

Tapi akal yang sentiasa dipertingkatkan dengan berfikir akan melahirkan satu masyarakat berkonsepkan modal insan. Bila ditingkatkan pemikiran akal, masyarakat dengan mudah akan dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Dan hanya ada satu garis panduan atau manual yang terbaik untuk akal iaitu Al-Quran.

Modal insan yang berteraskan Al-Quran akan melahirkan masyarakat yang penuh dengan harmoni dan suci jiwanya. Setiap perlakuan akan dikaji baik dan buruk. Sentiasa mahukan yang terbaik dalam hidupnya. Sentiasa meletakkan akal fikiran di hadapan. Sebab hanya insan yang berjiwa suci yang layak mendampingi Al-Quran iaitu kitab suci kita. Logik, sesuatu yang suci hanya untuk yang suci.

Kerajaan yang mempunyai raja yang hanya mahukan yang terbaik untuk rakyatnya adalah kerajaan idaman semua. Semua rakyat mengidamkan raja yang dapat membawa meraka ke mercu jaya. Raja yang tidak pernah lupakan kepentingan dan keperluan rakyatnya. Kombinasi raja dan rakyat yang bijak akan menghasilkan satu kerajaan yang hebat.

Semua orang mampu untuk mempunyai kerajaan yang damai harmoni andai sentiasa berusaha untuk mendepankan akal dalam semua benda dan meletakkan Al-Quran sebagai manual yang terhebat.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

Leave a Reply