The Secrets Of 5
Tetiba jer di malam yang syahdu ini fikiran ini terfikirkan angka 5. Segalanya bermula bila saya perhatikan kelima-lima jari yang tersusun indah ini.
Ibu jari, jari telunjuk, jari tengah, jari manis dan jari kelingking. Masing-masing mempunyai fungsi tersendiri. Tanpa salah satu, terasa tak lengkap, nak makan dengan tangan pun susah. Kelima-lima perlu untuk membawa nasi ke dalam mulut. Betapa pentingnya permuafakatan kelima-lima jari jemari ini kan…
Ibu jari lambang pemerintahan. Pemimpin perlu terdiri dari kalangan mereka yang kuat untuk memimpin. Bukan sahaja kuat dari segi perkasa, tapi kuat berfikir, kuat berusaha, kuat hati, dan kuat segalanya. Ibu jari jari berfungsi untuk menunjuk, memerintah, memberi arahan. Selain itu ia juga berupaya mendisiplinkan empat jari lain. Buktinya? Ibu jari boleh menekan ke semua jari lain dengan serentak. Pemimpin yang bijak dapat mendisiplinkan rakyatnya. Tetapi bila pemimpin mempunyai mentaliti yang lebih rendah dari rakyat, dengan senang ke empat-empat jari lain dapat menundukkan ibu jari. Logik kan?
Then saya ada juga terfikirkan pasal poligami. Suami berupaya berkahwin empat. Empat orang isteri dan bila dicampur dengan suaminya menghasilkan angka 5 juga. Tapi masalahnya sekarang ni, masyarakat kita terlalu memandang serong pada poligami sehinggakan ia seperti sesuatu yang haram. Sedangkan ia adalah halal di sisi Islam. Untuk para suami yang teringin nak tambah isteri tu, kajilah diri sendiri. Mampu dan layakkah anda? Kalau nak cakap kat isteri pun tak berani…baik tak payah. Sebab kalau diketahui selepas berkahwin, lagi parah. Ada baiknya anda depankan isteri dalam bab poligami ni kan..Jangan belakangkan dia. Sure isteri tu terharu dan kagum dengan kejujuran dan keikhlasan anda…baru seronok kan…
Kita diwajibkan solat 5 waktu.
- Solat subuh - bermula daripada fajar menyinsing hinggalah terbit matahari. Masa yang diperuntukkan kira-kira 2 jam. - 2 rakaat
- Solat zohor - bermula selepas matahari mulai condong daripada puncaknya sehingga bayang melebihi separuh panjangnya. 4 rakaat/ solat Jumaat (bagi orang lelaki) - 2 rakaat
- Solat asar - bermula selepas berakhirnya waktu solat Zuhur sehinggalah matahari terbenam. - 4 rakaat
- Solat maghrib - bermula selepas matahari terbenam sehingga hilang mega merah di ufuk barat. - 3 rakaat
- Solat isyak - bermula selepas mega merah di ufuk timur hilang dan berterusan sehingga terbit fajar pada hari keesokannya. - 4 rakaat
Lepas tu, saya teringatkan Rukun Islam pun ada lima perkara kan…
- Mengucap dua kalimah syahadah dan menerima bahawa Allah itu tunggal dan nabi Muhammad s.a.w itu rasulNya.
- Menunaikan solat lima waktu sehari semalam
- Membayar zakat - iaitu biasanya 2.5% jumlah simpanan untuk seorang kaya bekerja dalam perdagangan atau industri, dan 10% atau 20% hasilan tahunan untuk para petani. Wang atau hasilan ini dibahagikan di kalangan fakir miskin.
- Berpuasa pada bulan Ramadan.
- Mengerjakan Haji bagi mereka yang mampu.
Mungkin ada banyak lagi rahsia 5 yang saya tak terfikirkan…kalau ada idea baru, kongsikan bersama yer…sharing is loving…
Indahnya hidup ini bila kita selalu hiasi dengan berfikir. Banyak kelebihan berfikir ni, selain dari mempertingkatkan pemikiran, ia juga membantu menguruskan badan. Dan berfikir yang paling indah sekali ialah, memikirkan kebesaran Allah dan kekuasaanNya. Dari situ akan terbit pelbagai idea yang memungkinkan kita untuk mencipta dan menghasilkan sesuatu yang indah dan berguna untuk masyarakat.
Tempatmu di atas sana
bangga dipuja andai geliga
herdik keji bila di bawah
Bak langit luas terbentang
Bagai burung lepas terbang
Lapang, bebas dan berarah
Pengawalmu Yang Satu
Peganganmu mukjizat terindah
Ikutanmu kecintaanNya
Terus aman di sana
Bertemankan kesucian hati
Berbekalkan keindahan budi…

























Posted
on
Wednesday, March 26th, 2008 at 12:34 am under


Ai.. Macam Sedih Lagi.. Suami Mintak Kahwin Lagi Ke.. Hehe..Usik Je..
March 27th, 2008 at 1:33 amRaihan jugak menyanyikan lagi 5 perkara.. Huhu..
Hehe…isteriku tak sedih lagi…
March 27th, 2008 at 4:51 amBila dengar cerita poligami…
Kerana dia sudah memahami…
Rahmat kasih sayang anugerah Ilahi
kalau suamiku minta kawin lain…
silakanlah. Asalkan dirinya berakhlak Al-Quran dan sentiasa mendepankan diriku dan anak-anak dalam segenap hal. Asal semuanya kerana Allah dan bukan kerana nafsu.
Asalkan dia sentasa bersamaku dan anak-anak, dan tak meninggalkanku walau satu hari pun, walau satu malam pun…aku ingin bersamanya tanpa ada hari yang tanpa kehadirannya…
Kalau ada yang sudi menjadi calonnya…dan sanggup bersama-sama mencapai redha Ilahi…sanggup dengan caraku ini…
March 27th, 2008 at 10:42 amPerindahkanlah Islam, kelak akan mencapai keredhaan Tuhan…kita redha dgn ketentuanNya, Allah akan lipat gandakan ganjaran. Sesungguhnya Dia adalah Tuhan Yang Menguasai hari pembalasan.
March 27th, 2008 at 1:17 pmmacamana cik abang adila nak kawin len..pasai cik adila nak bersamanya setiap ari…setiap malam .apa akan jadi kat isteri baru dia…kesian kat dier..
tapi boleh kalau kedua2nya berada dibawah satu bumbung…sanggup ker…huhu..mana ada pompuan sanggup nak jadi calon kalau cam tue..
Tapi kalau kita berpegang pada ajaran Islam yang betul tak mustahil benda nie akan jadi realiti bukan fantasi.
March 27th, 2008 at 3:47 pminfo yg berguna dan wajib tau…
March 27th, 2008 at 5:38 pmthanks…
yeah…u got it lela…
kalau ada yang macam tu…hatinya sama dengan hatiku..
March 27th, 2008 at 10:01 pmperasaannya sekata denganku…anakku anak dia…keluargaku keluarga dia dan sebaliknya…
barulah…suamiku suami dia
kan indah Islam…gemilang dan terbilang
Syaitanlah yang menyebabkan keindahan Islam selama ini menjadi pudar. Tidak mahukah kita berjihad menentang syaitan agar keindahan Islam dapat direalisasi kembali?
Buktikah keyakinan kita kepada Allah.
March 28th, 2008 at 1:50 amDan syaitan itu adalah makhluk ciptaan Allah yang tak pernah putus asa. Bekerja sampai terlebih jam. Hanya menunggu kita lalai dan leka.
Semoga hati kita semua bersatu dengan akal untuk menilai setiap bisikan hati…
Mari kita bangunkan semangat orang muda, mari kita gemilangkan Islam. Kitalah pemegang amanah itu. Moga Islam gemilang dan terbilang.
Segalanya bermula dari diri kita sendiri, antara nak dan tak nak. Pilihlah mana satu idaman kalbu.
March 28th, 2008 at 7:41 am[…] tajuk tu teringat posting saya pasal Secret Of 5 yang pernah saya post kat sini sebelum […]
April 16th, 2008 at 11:00 am