29 Mar

Menentang Arus (XPDC - Rockunion)

Telah kukejar menentang arus
Semakin jauh semakin hampir
Telah kurentas liku yang tebal
Jurangnya dalam dan hitam

Semasa semakin merasai
Mengenangkan seluruh jiwa
Sesudah terpahat di dalam segala
Menjadi wajah setia

Setelah kau sentuhi
Seribu macam rasa

Segera mencapai asal di hati
Selagi teguh selagi daya
Semakin hampir semakin terasa
bahangnya hangat membakar di jiwa

Sesekali terubat jugalah luka
Penawar jiwa ada di dalam dada
Serpihan hidup yang masih tertinggal
Adakalanya mengubat parah oh ho…

Umat Islam sekarang semakin menuju kemunduran dan kesesatan, maka untuk berubah, kita kena menentang arus. Tidak boleh lagi beragama secara taksub dan pak turut, tetapi dengan cara membangunkan akal fikiran. Hendak bangunkan pemikiran, kajilah Quran dengan logik akal sendiri. Semakin jauh kita mengkaji Quran, semakin hampir kita kepada Tuhan. Semakin kita bijak, semakin kita dekat dengan Allah Maha Bijaksana.

Untuk menuju kepada Tuhan, kita kena rentasi liku-liku hidup yang tebal. Allah akan uji kita agar kita nampak jurang tersembunyi dalam hati yang hitam kegelapan. Hati manusia menjadi gelap kerana hidup dalam keraguan. Tidak kenal keupayaan diri sendiri. Agama hanya dipelajari dgn cara menurut, bukannya dengan cara bereksperimen sampai memahami apa yang tersembunyi dalam hati sendiri.

Dengan bereksperimen sendiri, kita semakin merasai Kehebatan Ilahi. Kerana Dia sahaja memahami apa yang secocok dalam hati kita. Rasa Keagungan ini mengingatkan kita kepada diri sendiri. Kita mula mengenali diri dan apa yang telah terpahat dalam jiwa kita. Akan terpancarkan akhlak mulia yang menjadi wajah kepada jiwa kita, iaitu jiwa insan yang setia kepada Tuhannya dengan setiap masa berfikir dan mengkaji semesta ini.

Setelah kita menyentuhi kesucian ilmu Quran, seribu satu macam rasa ada di jiwa. Terbitlah bermacam-macam cita-cita untuk menyerlahkan kebenaran yang dilihat dengan mewujudkan kehidupan yang harmoni. Bersemangat mengajak insan lain turut merasa apa yang dirasa.

Oleh itu bersegeralah kita mencapai fitrah diri iaitu hati yang suci dan tunduk kepada Pencipta. Ketika Allah mengajar kita berbicara dan berjalan ketika waktu kecil, tiada pun kita membantahNya. Namun bila sudah dewasa dan mengenal erti kenikmatan duniawi yang fana ini, kita mula lupa diri. Lupa Kekuasaan Tuhan yang menjalar dalam diri. Lupa untuk membangunkan akal fikiran sehingga umat dibuli di sana-sini. Teguhkanlah pendirian kita dengan meningkatkan daya akal kita. Manusia yang tinggi akalnya akan yakin pada diri sendiri. Hendak tinggikan akal, kenali api syaitan yang suka membakar jiwa kita. Gunakan api ini untuk menghasilkan daya tujahan menuju ufuk fikiran, seperti mana roket berlepas ke langit nan tinggi.

Akal yang tinggi memudahkan kita memahami Quran. Quran adalah penawar segala penyakit, baik yang zahir (jasad) mahupun yang batin (jiwa di dalam dada). Gunakan sisa-sisa hidup yang tinggal untuk mensucikan dosa kelalaian kita kepadaNya selama ini kerana rumah kata pergi, kubur kata mari.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

Leave a Reply