Archive for March, 2008

13 Mar

Di Hentian Ini…

Di hentian kali ini
Aku terpana dan terpaku
Menyaksi terlalu banyak keindahan
Yang sebelumnya seakan terselindung
Tertanya sendiri
Kenapa semua tak disedari
Lantas kesyukuran terus kupanjatkan
Kugapai sinar yang tiba
Kuhayati suara yang berbisik
Kudakapi rindu yang bertandang
Dan…
Semangat yang berkubur kian membara
Menghalau segala keegoan
Mengherdik segala kemalasan
Menambat segala kemanisan
Sekian kalinya aku masih di sini
Menghayati penuh keindahan…..
Tuhan…
Terima kasih…
Kerana menciptakan aku sesempurna ini…

12 Mar

Aztec Vs TM

Kali ni dah masuk kali ke 4 orang Steramyx datang umah.
Dalam minggu ni, connection kat rumah worst sangat. Kekadang tak sampai 5 minit dah disconnect. Huhu…sungguh kurang selesa…
Dan kali ni, katanya pasal modem lak. Modem ni dapat masa daftar, starter kit dua tahun lepas. katanya modem ni tak sesuai untuk pc. Untuk laptop ok la…
Saya […]

10 Mar

Menang Vs Kalah

Keputusan Pilihan Raya ke 12 (PRU12) dan diketahui umum. Ada yang tersenyum bangga kerana calon pilihan mereka mendapat kemenangan dan tak kurang yang menarik muka masan kerana berasa kecundang. Adat…menang dan kalah. Pasangan alam yang tidak dapat ditolak. Kan Allah ciptakan kita berpasang-pasangan. Malam dan siang, Adam dan Hawa, Suka dan duka….
Mari kita gerakkan dan […]

07 Mar

Shining In The Early Morning

Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua…
Debaran menanti PRU 12… kami sekeluarga akan balik kampung petang ni, dalam pukul 6 petang. Kalau pagi esok mungkin jalan jem tak ingat…hari ni pun, masa hantar husband gi kerja tadi, keadaan kat taman ni sunyi jer tak macam pagi sebelum ni. Mungkin budak sekolah sedang lena…dalam hati seronoknya kalau […]

05 Mar

I Need It

Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua…
Pertama sekali terima kasih kepada semua rakan blog yang begitu perihatin dengan tulisan saya…Terharu dengan keikhlasan kalian, walaupun kita hanya kenal melalui penulisan, rupanya ikatan yang terjalin bukan setakat itu sahaja….
Sekarang saya dah sedikit tenang. Dengan bantuan suami. Terima kasih untuk abang kerana tetap membantu dan membimbing cayang di masa […]

04 Mar

Takdir Ilahi…

Terharu dan seronok, sedih semuanya bercampur bila baca kisah Sayang, Abang Harris dan Faizah…
Air mata ini turut berlinangan malah menjadi persoalan bagi Abang Yie putera sulungku yang sememangnya petah butir bicaranya…Dia membayangkan tangisan dan linangan air mata ini keana perbuatannya yang nakal atau hati ibu terusik dengan tingkah lakunya.
Tidak anakku…air mata ibu ini mengalir […]

03 Mar

Kesatlah air matamu, wahai wanita…

 
“Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia - si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.”
Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah […]

02 Mar

Hak terjamin jika yakin dengan Allah

Kita hidup di bawah Kekuasaan Allah. Segala hak yang Allah berikan sebagai pinjaman untuk kita sementara hidup di dunia akan terjamin jika kita menjaminkan keimanan yang mantap kepada Allah. Selagi kita ragu-ragu dengan KekuasaanNya, selagi itu kita akan dibayangi ketakutan dan rasa lemah semangat.
Hak orang-orang Melayu dan bumiputera akan terjamin selagi pemimpinnya di kalangan Melayu […]