05 Mar

I Need It

Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua…

Pertama sekali terima kasih kepada semua rakan blog yang begitu perihatin dengan tulisan saya…Terharu dengan keikhlasan kalian, walaupun kita hanya kenal melalui penulisan, rupanya ikatan yang terjalin bukan setakat itu sahaja….

Sekarang saya dah sedikit tenang. Dengan bantuan suami. Terima kasih untuk abang kerana tetap membantu dan membimbing cayang di masa susah dan senang…Cinta dari abang menguatkan kembali jiwa yang hampir luluh. Mengentalkan kembali semangat yang hampir pudar. Menyinarkan kembali harapan yang kian malap…

Dan kesyukuran ini hanyalah PadaNYA. Membuatkan aku menilai dan menghitung setiap amalan. Mengintai di celahan hati andai ada syaitan yang bertenggek. Kerana rahmatMu yang melata dan meluas, aku masih boleh berdiri, menggapai kembali keceriaan yang hilang, meraih kembali kemesraan yang hilang dan mencari semula ketenangan yang kian menyusut…Kerana, Hanya Engkau tempat aku mengadu…

Hm…udah-udahle Adila…

sebanarnya sedih ni buat kita penat. Letih, lesu dan hilang selera makan. Hm, tak elok untuk kesihatan. Lagipun saya makin sedar yang tiap kesedihan yang membawa kepada kegelisahan dan tidak tenangnya hati adalah hasil daripada pujukan dan bisikan syaitan.

Pagi ni Sofea bangun awal sangat. 6.30 pagi dah meniarap sambil main-main atas katil dah…huhu…bisa kepincangan agendaku :)

Puas dipujuk tidur, matanya tetap segar bugar. Mungkin dah puas tidur. Sekarang ni dah tukar masa tidur. kalau dulu kami sekeluarga tidur lambat. Tapi sejak kebelakangan ni, pukul 10.30 tu rumah dah bergelap. Kalau berjaga pun, anak bertuah saya yang sulung tu. Dia akan stay dalam bilik dia main game Dora, Danny Phantom, SpongeBob. Huh, tak terlayan. Seronok tengok dia happy. Pembesaran yang sihat. Bila dia dah penat, dia akan shut down sendiri dan kejutkan saya untuk tutup lampu dan kipas kat bilik tu…

Selepas hantar husband gi kerja, saya masukkan Sofea dalam walker dan bagi biskut. Mak Oi…semangat makannya tak kenal masa. Dua keping habis. Ada yang masuk mulut, ada yang bertaburan kat lantai dan dalam walker dia….

Dah basuh mulut, bagi minum air masak dan susu, akhirnya dia terkulai dalam buai. Abang dia pun masih berjiwang dalam buai.

Ni saya ada satu puisi. Ini bukan on d spot. Terbikin dari kerahan pemikiran. Rupanya, agak sukar nak menghasilkan puisi ni kalau bukan ilham tu datang sendiri…

Buat seorang teman saya dedikasikan puisi ini…

Untuk seorang teman…

Ikatan yang bersemi adalah Rahmatnya
Membantu aku menilai hati
Membantu aku menyelami diri

Masihkan ada dendam
Masihkah ada benci
Masihkah ada prasangka

Aku ingin bebas
Bebas dari hati yang berbolak itu

Teman,
Ikatan yang terbina Rahmat untukku
Darimu ku pelajari erti hidup
Darimu ku kenali hati ini
Agar ku temui damai yang menjalar

Teman,
Ingin keselami hatimu
Ingin ku redahi semangatmu
Ingin ku selidiki ketabahanmu

Darimana dan bagaimana
Ketenangan itu hadir
Dengan cara apa kau mengawal setiap hasutan

Berbicaralah denganku…
Aku ingin dekat padamu…
Berbicara tentang hati
Berbicara tentang cinta
Meluahkan rasa yang terpendam

Teman,
Ikatan ini,
Biarlah ke syurga
Biarpun hanya pada nama…
Andai ada jodoh kita kan bersama…

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

4 Responses to “I Need It”

  1. lela Says:

    Hi Adila…
    Long time we never e-mail.
    Adalah normal bagi kita,kadang2 akan rasa kecewa,sedih,ketenangan diganggu….tapi kita kenalah bijak mengawalnya supaya perasaaan2 tersebut tidak mempengaruhi emosi kita.

  2. Adila Says:

    Hai lela…
    sihat?
    Macam mana dengan kehidupan sekarang? Lama gak tak nampak lela kat sini… :)
    Dah memang lumrah…jatuh naik kita dalam kehidupan. Hanya akal yang seimbang dapat mengawal segala keputusan yang kekaadang banyak dipengaruhi emosi…Bila kita bijak membuat keputusan, itu adalah yang terbaik untuk kita. Kerana keputusan dari akal dan pertimbangan yang waras akan membawa kematangan untuk kita

  3. lela Says:

    Lela sihat jer…rasanya kehidupan sekarang lebih baik dari dulu…
    betoi tue apa2 pun kita kena bijak membuat keputusan…mcm ari sabtu nie kita kena bijak memilih..jgn memilih yg salah…sebab kalau salah memilih susah la..kena tunggu lagi 4 thn…hehe berkempen plak…

    b ngundi tak?

  4. Adila Says:

    huhu…kawan kita dah pandai yer…bagus…
    Dalam segenap hal dan perkara yang kita lakukan pendahuluan akal amatlah satu tindakan yang paling bijak. Allah kan Maha Bijaksana. Sudah tentulah dia mahu hambaNya ada sifat bijaksana dan bijaksini…

    lela ngundi ke?
    huhu tahun ni tak dapat ngundi lagi…ikut hubby balik ngundi di rembau jer. Lepas ni memang dah kena tukar la tempat ngundi…rugi lak rasanya…

Leave a Reply