13 Mar

Di Hentian Ini…

Di hentian kali ini
Aku terpana dan terpaku
Menyaksi terlalu banyak keindahan
Yang sebelumnya seakan terselindung

Tertanya sendiri
Kenapa semua tak disedari
Lantas kesyukuran terus kupanjatkan

Kugapai sinar yang tiba
Kuhayati suara yang berbisik
Kudakapi rindu yang bertandang

Dan…
Semangat yang berkubur kian membara
Menghalau segala keegoan
Mengherdik segala kemalasan
Menambat segala kemanisan

Sekian kalinya aku masih di sini
Menghayati penuh keindahan…..

Tuhan…
Terima kasih…
Kerana menciptakan aku sesempurna ini…

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

8 Responses to “Di Hentian Ini…”

  1. lela Says:

    pandai sungguh cik adila kita nie dok bermadah….

  2. Adila Says:

    ha tu la pasal lela…

    saya pun baru sedar bakat terpendam nih…

    husband pun dok suh buat puisi dan sajak banyak-banyak nanti dia nak buat lagu…cewah…jadi pencipta lirik la pulak :)

  3. mrozaidi Says:

    Haha.. Ingat Lagu XPDC.. Tgk Tajuk..

    Lain Pulak Baca Isinya.. Huhu..

  4. Adila Says:

    Haha…macam isi dan kulit kan Rozaidi…

    Saya pun minat layan XPDC.esp husband…memang fevret la tu…esp lagu-lagu yang JS Kevin create…wow memang power

  5. Muslimah Says:

    Alhamdulillah Abeen sihat wal’afiat. Janganlah asyik dijeling rupaku yang tidak seberapa itu. Segala pujian hanya bagi Allah. Rupamu pun apa kurangnya. Sungguh ayu. Seorang wanita yang solehah penuh dengan ketabahan di hati. Manusia memang merancang, Allah jua yang menentukan. Takdir itu harus diterima dengan hati yang redha. Sedap puisi di atas tu. Ciptaan akak ku yang tersayang ni ker? I miss u so much! Stay istiqamah always and do keep in touch ya. ;)

  6. Ujang Says:

    Tahniah Yang. Tulislah lagi puisi2 macam ni. Kalo bleh tulis yg ke arah kesedaran utk kita bangunkan ummah. Nanti leh abg buat lagu2 yg keras dan bermakna macam arwah JS Kevin buat tu…rock bebeh!!

    Jangan pandang pada zahir,
    Hang Tuah bukan macam hang pembelit….

  7. Adila Says:

    Terima kasih banyak-banyak atas nasihat dan sokongan abang selama ini…

    Semua ni lahir sejak abang dok push suruh buat something :)

    Tak sangka lak abang nampak bakat yang terpendam selama ni…dah nak berkarat pun…kena digilap semula..

    Yang penting kita usaha kan abang…

  8. Adila Says:

    Untuk adikku Abeen yang cute

    Ha’ah…syair tu sendiri punya. Sedar tak sedar dah tercipta satu rangkap, then sepenuhnya. Anugerah Allah.

    Betul katamu dik…kita merancang. Tapi Allah lah the best planner. Sebab hanya Dialah yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, hambaNya.

Leave a Reply