17 Mar
Jambu dan Belimbing
Kamu adalah makhluk
Kamu juga penakhluk
Suburkan kebunmu itu
Agar buahnya beribu-ribu
Buah jambu banyak bijinya
Umpama diri yang banyak citanya
Semua itu tidak mampu direalisasi
Jika pemikiranmu telah dibatasi
Buah belimbing uniknya bentuk
Bagaikan bintang menjadi petunjuk
Tapi itu tidak mungkin difahami
Jika akalmu ditolak ke tepi
Setiap kejadian ada kiasan
Agar memerhati yang terang hati
Tiadalah hidup itu menjadi bosan
Kehebatan Ilahi insan memuji

























Posted
on
Monday, March 17th, 2008 at 9:58 pm under


Buah jambu tu boleh diibaratkan buah tin Malaysia.
Perasan tak…bijinya banyak…
Dalam Quran pun ada Surah At-Tin.
Kalau kita fikir dalam sikit…apa agaknya ye keistimewaan buah tin ni sampai di sebut dalam Al-Quran? Mari fikir bersama…
March 18th, 2008 at 5:41 amSalam
Setiap kejadian mempunyai keistimewaan dan peranannya sebagai kiasan bagi yang mahu memahami dan mahu berfikir akan kebesarannya.
March 19th, 2008 at 4:03 pmSetiap Buah Ada Manisnya
March 19th, 2008 at 10:21 pmSetiap Makhluk Ada Gelagatnya
Kehebatan Illahi Tiada Tandingannya
Buah dan Makhluk Adalah Miliknya
Buah yang masam ada sebabnya
March 20th, 2008 at 7:42 amHati yang suram ada puncanya
Kerana jauhnya hidup dari Ilahi
Hingga manusia tak kenali diri