Menang Vs Kalah
Keputusan Pilihan Raya ke 12 (PRU12) dan diketahui umum. Ada yang tersenyum bangga kerana calon pilihan mereka mendapat kemenangan dan tak kurang yang menarik muka masan kerana berasa kecundang. Adat…menang dan kalah. Pasangan alam yang tidak dapat ditolak. Kan Allah ciptakan kita berpasang-pasangan. Malam dan siang, Adam dan Hawa, Suka dan duka….
Mari kita gerakkan dan kerah minda kita dengan berfikir dengan penuh pertimbangan akal, bukan berteraskan nafsu. Lihat segala kemenangan dan kekalahan dari semua sudut. Negatif dan positif.
Keputusan yang agak diluar jangkaan ini menyaksikan beberpa negeri jatuh kepada pembangkang. Dengan kata lain, calon kerajaan pula yang bertukar menjadi calon pembangkang di dalam negeri tersebut. Hebat percaturan Allah. Ada naik ada turun. Pasangan alam. Seperti Allah memasukkan malam ke dalam siang dan begitulah sebaliknya. Ini jugalah yang terjadi kepada pilihan raya kali ini. Umpama roda…dan situasi ini adalah sesuatu yang bukan merugikan malah mengundang kepada sesuatu yang indah bila kita fikirkan. Semuanya mengundang kita kepada berfikir dan mengkaji. Bukankah proses berfikir itu tak pernah mati…
Kemenangan dan kekalahan ini membawa kita semua kepada berfikir. Yang kalah mencari sebab kenapa kalah dan yang menang akan mendabik dada dengan kemenangan dan penuh yakin bahawa manusia semakin pandai memilih…memilih untuk bebas daripada tekanan hidup…sedangkan tekanan hidup itulah ujian dari Allah untuk menilai di mana layaknya hambaNya itu berada..
Bila yang tak pernah menang merasai kemenangan, umpama anugerah yang tiada ternilai…syukurlah kepada Allah dan penuhilah janji yang ditaburi. Peganga amanah dan kepercayaan yang diberikan . Bukan hanya bercakap, berjanji dan terus melupai bila peluang ada di depan mata. Sebelum dapat, macam-macam janji, jangan pula selepas dapat lagaknya seperti kacang lupakan kulit…
Allah dah bagi peluang bersuara, berdebat dan berhujjah di parlimen. Bukan lagi di tepian jalan. Berdemonstrasi melaungkan dan menuntut keadilan. Gunakan peluang ini untuk menunjukkan kehebatan anda. Gunakan peluang ini untuk menunjukkan keterampilan anda. lantang bersuara, semangat membara kerana berjuang menuju kebenaran bukannya mengata dan mengutuk sesama insan.
Hebat kuasa Allah. Allah menganugerahkan negeri yang kaya lagi membangun untuk mereka. Selangor, Pulau Pinang, Perak…tiada alasan untuk terus beralasan tiada peruntukan untuk membuat sesuatu pembaharuan atau perubahan. Gunakan peluang memerintah negeri-negeri ini sebelum anda menghajati yang lebih besar. Teliti dan kaji cara pemerintahan yang betul dan praktikkan kalau sebelum ini anda sentiasa mengkritik pemerintah yang ada.
Peluang yang ada jangan disiakan. Jangan pula sibuk berebut jawatan, sedangkan pihak lawan sudah bersedia dengan hujjah dan idea-idea yang bernas. Jangan pula sibuk mencari kroni dan membahagiakn harta kekayaan kalau ini yang anda benci pada pemerintah terdahulu, sehinggakan penggal-penggal terakhir baru anda sedari kealpaan diri. Semuanya menuntut satu perancangan yang rapi dan aman.
Bagi yang kalah dan kecundangan, inilah masanya untuk perbaiki diri. Selidiki apa yang kurang. Terokai di mana kelemahan diri sehingga kecundang. Adakah semangat juang semakin luntur? Atau adakah terleka kerana rahmat yang sentiasa meluas dan melangit tinggi sehingga kekadang lupa rumput yang dipijak. Lantaran terlalu asyik memandang bintang di langit…terpesona dengan keindahan…
Semangat orang muda. Walaupun berusia, teruskan semangat seperti orang muda. Sentiasa penuh dengan idea-idea yang segar dan bersemangat. Bagi peluang kepada belia yang berkemampuan untuk naik, bagi sokongan dan galakan. Jangan terlalu tamak sehingga berasa terlalu sayang untuk melepaskan jawatan. Bila merasakan masa anda dah berlalu…berilah peluang pada orang baru…
Sesekali kecundang, akan membawa kita kepada lautan persoalan yang luas…mengapa, kenapa, bagaimana, dan apa??? Semunya kita ambil berat. Kalau sebelum ni kita pandang ringan…sekarang, semua perkara adalah agenda utama. Kalau dahulu yakin dengan kemenangan, selepas ini mereka takkan berdiam diri dan senrtiasa berusaha kerana nasib dalam perlawanan hanya ada menang dan kalah. Kalau pun seri, jalan untuk mencapai kata putus menang dan kalah akan tetap dicari.
Yang menang, buktikanlah perjuangan anda dengan peluang yang ada ni…jangan dipersiakan amanah rakyat. dan bagi yang kecundang…hayat anda tak berakhir di sini. Pandang dari sudut positif…mesti ada yang kurang pada diri anda…kaji dan selami…anda akan tau jawapannya sendiri….anda masih berpeluang…ada rezaki, lagi empat tahun ambil calon lagi…

























Posted
on
Monday, March 10th, 2008 at 9:15 am under


Semoga ianya menjadi pengajaran kepada semua….
March 10th, 2008 at 2:30 pmOrang tak mengundi 4 tahun nanti mesti mengundi ye..
Ye…
Rugi jugak rasanya tak ngundi ni…4 tahun lepas terlepas sebab baru kawin dan kenduri belah husband dekat dengan tarikh ngundi…
Balik kampung hujung bulan ni kena tukar alamat ngundi…untuk 4 tahun akan datang…
March 12th, 2008 at 7:20 am