Archive for April, 2008

30 Apr

Setelah setahun Shahdila.com beroperasi

Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Kerana atas keizinanNya, Shahdila.com terus beroperasi di alam siber. Setelah setahun blog ini dilahirkan, pelbagai perubahan telah dilakukan baik dari segi theme dan isi kandungannya. Bermula dengan keazaman untuk mencari pendapatan sampingan secara online, kini blog ini telah beralih kepada mencari sinar cintaNya.
Syukur juga dalam perjalanan mendekatiNya ini, […]

30 Apr

Bila Kita Lupakan Allah…

Tadi semasa klik sana sini, fokus saya tertumpu pada kisah Kaum Aad dan Nabi Nuh. Bila saya go through, ternyata ada banyak perkaitan dengan hidup kita sekarang. Bila kita semakin lupa padaNYA, balasan Allah tidak kenal darjat.
Sudah menjadi Sunnatullah, jika ada yang tidak tahu, terlupa, terpesong; pasti akan ada yang sudi menunjukkan jalan untuk kembali […]

29 Apr

Semangat Dan Cinta Yang Membara

Di antara garis pemisah ini
Ku lepaskan pandangan mata
Ku iringkan pandangan hati
Agar perhitunganku tidak kesasaran
Aku diberi dua mata
Aku dikurnia lidah dan dua bibir
Dan Aku dibentangkan dua jalan
Kiri dan kanan untukku susur
Akal nikmatku moga tak kufur

Setelah lama di jalan mudah ini
Kini aku lalui jalan yang mendaki
Lurah dituruni,, hutan diredahi
Aku berperang seorang diri

Peperangan yang terhebat tiap insan
Pertarungan […]

26 Apr

Tag Oh Tag…

Hari ni saya berkesempatan untuk meluangkan masa untuk balas tag dari Rozaidi.
Sorry ye Rozaidi lambat sikit…Tapi selalu jer ingat nak balas tag ni…dan di waktu yang terluang dan penuh ketenangan, inilah masa yang terbaik.
Hm…8 fakta rambang berkenaan diri sendiri. Hm, kena fikir jugak ni, apa ye…
Ok, saya mulakan dengan…
1-Sejak akhir-akhir ni suka […]

26 Apr

Bila Bumi Berkata-kata…

Semasa ke sana ke mari tadi, saya terjumpa dengan satu artikel yang menarik pasal bumi ni. Saya nak kongsi dengan semua…sharing is loving.
Mari kita lihat renung bersama…
Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.
1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
2. Engkau melakukan maksiat di […]

25 Apr

Kalau Balqis Masih Ingat…

Kalau Balqis masih ingat
Dia pernah bercerita mesra dengan hud-hud
Berkongsi segala rasa yang indah
Menerbitkan rasa kasih dan sayang di hati
Kalau Balqis masih ingat
Tiap katanya luahan tanpa fikiran
Memuja indahnya istana miliknya
Hud-hud mendengar dalam perhatian
Kalau Balqis masih ingat ini
Kata-kata bicaramu semalam
Amat berbeza dengan hari ini
Tanda istanamu mula suram
Wahai Ratu Balqis
Aku datang merisik khabarmu
Aku mendekati kau jauhi
Aku menjauhi kau […]

24 Apr

Antara Debu Dan Pasir

Semakin ditolak semakin kudekati
Semakin dihambat semakin ku mengikat
Tiap masa aku dekati, tiap saat aku ikati
Tiada putus asa, dalam kusemat
Biar hud-hud terbang menjelajah awan
Membawa berita kerajaan hebat
Menjadi sanjungan tiap memandang
Menjadi gapaian tiap yang mendekat
Dari kejauhan hud-hud memandang
Biarpun dilepas bebas Balqis masih terikat
Biarpun dalam istana indah Balqis bagai tiada arah
Memandang kemewahan penuh kekosongan
Biarpun disanjung tiada pesona di […]

24 Apr

Semangat Juang Panji Hitam

Umpama hud-hud di atas sana
Terbang bebas merisik cerita untuk pemiliknya
Meredah awan membelah saujana
Mengintai Balqis di atas singgahsana
Panji hitam disarung bersama

Hud-hud perlu pandangan tajam
Hud-hud perlu toleh kiri dan kanan
Mengintai mencari rahsia terpendam
Kerana Balqis pintu perjuangan
Menerewang bebas di angkasa
Segala amanah disampai sudah
Bermula perang melawan tipu daya
Kerana yang indah bukannya mudah
Sekali lagi hud-hud terpana
Apakah ada cela dalam risikannya
Apakah […]

21 Apr

Menongkah Arus…Jangan Bilang Tidak…

 Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Al-Imran, 139)
 
Sekali lagi ayat ini jadi pilihan saya…
Dalam hidup ini, pelbagai cara ujian yang harus kita tempuhi selagi hayat dikandung badan. Dan ujian Allah ini tidak akan berhenti sampai kita pergi mengadapNYA.
Allah akan […]

18 Apr

Redahi Zalzalah Bersama…

138. (Al Quran) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa (Al-Imran)

Sekali lagi ayat yang penuh makna tersirat ini jadi pilihan hatiku. Semakin kubaca, semakin kuselami dan dalami, ia benar-benar membawa aku ke satu destinasi.
Dalam menghadapi zalzalah yang sebegini hebat, aku berusaha tukarkan segala bayangan tidak enak kepada […]