26 Apr

Bila Bumi Berkata-kata…

Semasa ke sana ke mari tadi, saya terjumpa dengan satu artikel yang menarik pasal bumi ni. Saya nak kongsi dengan semua…sharing is loving.

Mari kita lihat renung bersama…

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Semoga kita semua mendapat sesutu daripada bicara bumi ini…

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

3 Responses to “Bila Bumi Berkata-kata…”

  1. zailan Says:

    salam…,satu blog yang menarik..,roh yang sihat kerana diberi makan ilmu kerohanian…bahkan manusia alpa..hanya memberi makan jasad yang hanya menggemukkan nafsu dan memberatkan rasa ibadah.Syabas..teruskan blog anda ini.
    “Khairunnassi maiyanfaunnas “..sebaik baik manusia adalah manusia yang memberi manafaat kepada manusia yang lain.

  2. Adila Says:

    Terima kasih Zailan kerana sudi datang ke sini :)

    Ye, makanan roh adalah lautan Al-Quran. Semakin direnangi semakin terasa kerdilnya diri di sisiNYA. Semakin dihayati semakin terasa kehebatanNYA.

    Jika hanya mengikut nafsu yang diperkudakan syaitan, badan semakin lesu, syaitan semakin beraja dan keupayaan akal semakin berkurang kerana tidak digunakan. Dan hidup terasa jauh dari kasih sayangNYA.

    Allah telah memberikan kita dua jalan untuk dipilih. Gunakanlah nikmat akal anugerahNYA untuk membuat piihan yang terbaik untuk hidup kita di dunia dan di alam sana.

  3. Kerasma Says:

    Kita adalah hamba yang diamanahkan. Amanah utama kita adalah akal yang boleh berkembang, seperti mana berkembangnya alam semesta ini yang berasal dari sesuatu yang padu.

    Namun bila amanah ini ditolak, jiwa manusia jadi gejolak. Bila manusia menjauhi Tuhan, jiwa jadi tidak keruan.

    Bukankah urat jantung kita dalam genggamanNya? Kenapa begitu sekali kita menolak tawaranNya? Adakah kita mahu berbangga diri di atas bumiNya?

    Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong lagi berbangga diri.

    Marilah kita bergandingan untuk tunduk berserah diri kepadaNya dengan kedepankan imbangan akal, bukannya taksub kata-kata orang lain yang tidak kita fikirkan buruk baiknya lagi?

Leave a Reply