Bila datang peluang terbaik…
Sering terjadi dalam hidup kita, peluang terbaik itu hanya datang sekali sahaja. Selepas itu peluang yang sama tidak akan berulang kembali. Ketika itu barulah terasa menyesal jika kita mengabaikannya. Namun bak kata perpatah, nasi sudah menjadi bubur. Bubur itu tidak boleh dijadikan nasi kembali.
Bagaimana kita hendak mengetahui sesuatu peluang yang Allah beri itu yang terbaik atau tidak? Senang sahaja iaitu dengan menggunakan pertimbangan akal yang waras. Berfikirlah dengan tenang dan waras sehingga hati kita nampak logik bahawa peluang tersebut adalah yang terbaik dalam hidup kita. Bila kita nampak logik, hati kita akan rasa tenang dan damai. Itulah saatnya.
Walaupun peluang yang berikan itu pada zahirnya macam nampak mencabar dan meragu-ragukan, tetapi keraguan itu semua adalah tipu daya syaitan yang mahu manusia hidup dalam debaran dan tertekan. Apabila manusia hidup dalam keadaan begitu, ia mudah ditipu kerana dalam keadaan tertekan, manusia susah hendak berfikir secara waras. Semakin tertekan hidup manusia itu, semakin mudah syaitan menyesatkannya.
Kerana itu apabila sesuatu peluang terbaik sengaja dilepaskan atas mengikut bisikan syaitan, manusia akan terasa menyesal. Jiwa hilang ketenangan dan ketenteraman. Hidup terasa suram. Hari-hari mendatang tiada keceriaan bagai mendung kegelapan. Seolah-olah Tuhan sudah tidak sudi melihatnya lagi.
Oleh itu janganlah kita sombong dengan peluang terbaik yang Allah janjikan. Kelak badan sendiri yang terasa merana. Ada sebab Allah tentukan itu adalah peluang terbaik untuk kita walaupun pada pandangan zahir kita, itu bukan seperti yang kita mahu. Sesungguhnya Allah Maha Terbaik perancanganNya. Janganlah meragui apa yang Allah kurniakan untuk kita. Jika kita tunduk berserah diri dengan mengambil peluang yang diberikan, insyaAllah kita akan mencapai kedamaian dan ketenangan jiwa. Bukankah itu yang diidam-idamkan oleh setiap manusia yang mempunyai akal?

























Posted
on
Thursday, April 24th, 2008 at 5:32 pm under


Perluang terbaik…
Terkadang amat susah untuk kita memastikan apa yang terjidang di depan mata adalah yang terbaik atau sebaliknya untuk kita.
Namun Allah anugerahkan akal. Gunakan pertimbangan yang waras untuk menilai peluang yang datang. Buang segala keraguan dan bisikan syaitan dan cubalah berfikir dengan tenang…
Mintalah petunjuk dari Yang Maha Esa. Buat istikharah. Allah akan memberi panduan kepada hambaNYA yang meminta. Lebih-lebih lagi jika di dalam persimpangan begini…
Berbincang dengan parent pun dapat membantu juga. Hati seorang ibu, dapat merasai apa yang terbaik unutk anaknya…
April 25th, 2008 at 9:44 am