18 Apr

Redahi Zalzalah Bersama…

138. (Al Quran) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa (Al-Imran)

Sekali lagi ayat yang penuh makna tersirat ini jadi pilihan hatiku. Semakin kubaca, semakin kuselami dan dalami, ia benar-benar membawa aku ke satu destinasi.

Dalam menghadapi zalzalah yang sebegini hebat, aku berusaha tukarkan segala bayangan tidak enak kepada sesuatu yang mengasyikkan. Sesuatu yang indah dan positif menghiasi ruang hidupku.

Ketika hati sedikit terusik, aku tau itu angkara laknatullah. Lalu aku berusaha peranginya dengan KalamNYA. Kerana aku tau, segala bisikan jahat itu hanya boleh dihambat keluar hanya dengan KalamNYA dan ketajaman akal pinjamanNYA. Dari situ, aku semakin kental. Tiap ujian, aku lalui dengan tenang berbekalkan KitabNYA.

Kata-kata semangat darimu dan KitabNYA adalah azimat utama dalam aku meneruskan hidup ini. Aku jadi tabah dan semakin cekal hati. Segala zalzalah kita hadapi bersama tanpa ada perselisihan. Kerana hatiku dalam hatimu dan begitu jua hatimu. Kerana kita saling melengkapi dan memerlukan. Kerana kita saling memahami. Kerana kita saling memberi dan merasai.

Perjalanan hidup kita begitu indah. Dengan gelak tawa permata hati pengubat jiwa. Hati terubat dan terhibur melihat keletah si comel. Senyum kepuasan terukir indah bila melihat kepetahan dan kebijakan si abang melayan adiknya. Segalanya buatku puas.

Ketika hati digigit resah, aku redahi malam dengan penuh keinsafan. Kucurahkan segala gelora hati. Kerana hanya DIA yang Maha Mengetahui. Ilham yang diberikan adalah tanda kasihNYA kepadaku. Rupanya rintihan dan rayuan hatiku didengari, bicara hatiku dihalusiNYA. Syukurku panjat, kerana Kau tetap memandangku dengan kasih sayangMU walau pun aku ini insan yang kerdil lagi hina di sisiMU.

Zalzalah ini…aku hanya menunggu keputusanMU Ya Allah. Setelah aku berusaha melahirkan segalanya, meluahkan segalanya…memberi seadanya, aku berserah padaMU Ya Allah.

139. Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Al-Imran)

Segalanya membuatkan aku semakin mengagungkanMU. Dalam keadaanku begini, Kau datang memujuk dengan pelbagai cara. Kau masih memberi peluang untukKu memanjatkan segala kesyukuran dan merintih di atas setiap dosaku. Kau masih menceriakan hidupku dengan ayatMU. Maha PengasihMU semakin aku sedari. Tika mengenang RahmatMU, terasa diri kurang bersyukur…

Setiap ujianMu, membuatkan aku semakin sedar diri. Mencari diri, mengenali hati budi sendiri. Biarpun sakit, pedih dan perit dengan segalanya, tapi Kau masih sudi mendatangkan penawarNYA. Maha PemurahMU Ya Allah.

Dan ujian dan zalzalah ini, meniupkan api semangat yang berkobar. Aku ingin seperti Aadiyat…aku ingin seperti Fajr…memerangi musuh yang datang seperti hebatnya semangat kuda perang, terang, bersinar dan suci laksana fajar yang indah.

Kiamatku sudah dekat. Namun aku tetap berharap padaMU. Aku tetap berusaha melakukan yang terbaik demi agamaMU. Aku tetap berdiri dengan cekal dan tabah demi seruanMU…Namun aku tetap sedar…segalanya dengan izinMU.

Segala ketentuan dariMU, aku terima dan redha. Kerana Engkau telah membantu aku menyiapkan tugu waja seperti binaan Zulkarnain. Kerana Engkau telah siapkan aku ke arah itu…Kerana Kau tahu kemampuanku. Kerana aku hanyalah ciptaanMu Ya Allah.

Menghitung waktu, jam, minit dan detik…namun aku tetap Kau hadiahkan kesabaran dan ketenangan. Berbicara tanpa debaran, bertentangan tanpa dusta. Kau telah meminjamkan kekuatan Mu…Syukur Ya Allah.

Dan saat ini…perkiraan dan perhitunganku bermula…keranaMU…

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

Leave a Reply