09 Apr

Syurga Idaman

Dan orang-oranng yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya. (Ath Thuur, 21)

Allah tidak pernah membezakan antara lelaki dan perempuan. Allah tidak pernah membezakan antara bangsa yang berlainan. Malah kelainan itu dicipta supaya manusia saling kenal mengenali antara satu sama lain. Saling menghubungkan silaturrahim. Saling bersaing antara satu sama lain. Agar akal anugerah Allah itu digunakan sebaik mungkin. Agar akal itu dipertingkatkan setinggi mungkin.

Apa yang membezakan hanyalah sekeping hati yang tidak sunyi daripada berkata-kata. Sekeping hati yang tidak pernah diam dari berbisik. Ada pepatah yang berbunyi “Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain”

Allah juga tidak pernah membezakan antara usia. Semua hambanya dipandang sama rata dari segi umur. Hanya amal soleh yang diiringi hati yang ikhlas mendapat tempat. Seorang pemuda yang beriman dengan penuh keikhlasan kepadanya lebih mendapat tempat dari seorang tua yang beramal kerana riak dan kerana terpaksa.

Iman itu tidak dapat diwarisi dan dipaksai. Kerana amalan kerana terpaksa atau riak, pasti akan Allah buka juga pekung itu. Allah akan perlihatkan juga apa sebenarnya yang terselindung di dalam dada.

Tiada beza yang muda dan yang tua dari segi ibadat kalau diiringi keikhlasan kerana Allah. Di syurga kelak, tiada yang membezakan taraf anak dengan ibu bapa, nenek atau datuk, bayi kecil atau sesiapa jua. Semua kita adalah sebaya. Sama remaja. Sama bertenaga. Sama gembira. Sama berhibur. Dan para suami serta lelaki dijanjikan bidadari-bidadari indah bermata jeli. Sebagai tempat berhibur disamping isteri-isteri tercinta. Mereka sama-sama memuji dan mengagumi Keagungan Ilahi. Tiada kata yang sia-sia. Tiap bicara adalah bersandarkan Al-Quran. Tiada ragu dalam pengucapan kerana telah bebas dari hasutan Iblis Laknatullah…

Dan pada hari ini, hari kegembiraan dan kemenangan kita semua. Bertelekan di dipan-dipan bersama suami tercinta. Dihiburkan dengan bidadari-bidadari indah. Dilayan umpama mutiara berharga yang tersimpan indah.

Dan semua ini hanya kita perolehi bila kita takutkan azab Allah di dunia ini. Walaupun tak nampak tetapi kita yakin dengan apa yang terkandung dalam Al-Quran. Dan apa yang tersurat dan tersirat dalam Al-Quran, kita mampu buktikan sejak di atas dunia lagi jika kita ada kekuatan dan keyakinan pada diri sendiri. Rasulullah mampu naik ke langit kerana yakin pada diri baginda sendiri. Kerana itu baginda mendapat Al-Quran ini tanpa bergantung harap pada manusia, tetapi kepada Allah semata-mata. Kita hanya bergantung padaNya tanpa dibayangi unsur lain. Kita tetap dengan agamaNya dan berusaha menggemilangkannya. Dan kita sentiasa tetap dengan shahadah yang dilafazkan.

Janji dikota amanah dilaksana.

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

Leave a Reply