Istana Menanti (Rahim Maarof)
Langkah ini
Terasa terhenti-henti
Depan kelabu
Pedih memilu
Masa bukan lagi temanku
Masih jua
Aku mengharap cahaya
Biarpun terus
Meredah belukar
Pecahan kaca
Menusuk tubuh berdarah
Sakitnya tiada terkira
Istana menanti
Bertakhta hati
Berseri…
Istana menanti
Tempat kita
Pasti…
Getar jari-jemari
Bertaut pada harapan ini
Aku membilang hari
Apa akan datang hari
Ku nanti
Istana menanti
Pasti…
p/s:
Lagu ini cukup bererti bagiku. Tak tahu kenapa sejak dulu sehingga ke hari ini lagu ini akan meninggalkan kesan pada jiwa ini. Di antara sebab-sebab yang menjadikan lagu ini faveretku:
1) Ia mengimbau kenangan ketika aku dibesarkan (zaman Rock Kapak tengah naik). Dan entah apa yang Tuhan nak tunjukkan, setiap kali berkumandang lagi ini, gambaran ibuku sedang bersolat pasti muncul. Terasa kerinduan kepada arwah ibu. Semoga ibu sentiasa dicucuri rahmat dan tenang di alam sana seperti ketenanganmu mengasuhku menjadi seorang insan…
Ibu mengertilah…Aku sengsara…Lemas berendam airmata,
Rendang kasihmu…Dalam gelora…Jadi rebutan selamanya…
2) Lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi yang bersuara macho bagiku (huhu). Tebal jiwa rocknya. Sebab itu menjadi kepuasan bagiku bila berjaya menyanyikan lagu ini apatah lagi pada part korus yang memerlukan semangat yang kuat untuk tarik pitch yang tinggi . Suatu keunikan lagu-lagu Rock Kapak yang susah nak jumpa pada lagu-lagu masa kini.
3) Liriknya mendalam maksudnya dan menyentuh jiwaku. Mengandungi semangat Sulaiman menyediakan Istana Menanti untuk Ratu Balqis. Biarpun baginda hanya memiliki kerajaan yang sederhana (Quran tidak menyebut Sulaiman menguasai perhiasan-perhiasan harta seperti kerajaan Firaun, tetapi memiliki kerajaan hikmah dan bijaksana sehingga mampu menguasai angin, jin dan binatang). Apabila Ratu Balqis menawarkan hadiah kepadanya, baginda tidak memandang perhiasan zahir. Tetapi kebijaksanaan dan kesucian hati Balqis yang didambakan untuk sama-sama mengagungkan Allah. Kerana bagi insan-insan yang berakal, anugerah hikmah dan kebijaksanaan yang Allah beri itu lebih bernilai dari segala perhiasan duniawi .
Apakah aku mampu mencontohi Sulaiman? Setelah tiga kali berturut-turut Allah memberikan kegoncangan, tibalah masa untukku menghadapi Kiamat atau hari keputusan atas segala usahaku ini. Adakah Allah mengizinkan terjadinya pertemuan dua lautan setelah ikan mengambil jalan yang aneh lagi sukar?
Sesungguhnya aku pasrah menanti keputusanMu berdasarkan petunjuk yang diberikan sama ada Istana Menanti itu pasti atau selepas ini aku hanya sekadar memendam rasa dalam perjuangan yang penuh cubaan dan dugaan ini.

























Posted
on
Friday, April 18th, 2008 at 4:34 am under


Lagu ni mengimbau banyak kenangan pahit dan manis…
Terlalu bermakna bagi diriku yang mengharapkan sesuatu keranaNYA. Terlalu bermakna demi perjuanganku…
Adakah masa bukan lagi temanku???
Aku ibarat seorang insan yang menawarkan cinta pada seseorang, diterima atau ditolak…Allah lah yang paling layak menentukan. Kerana aku hanya insan biasa…Istana Menanti Pasti…
Getar jari-jemari
April 18th, 2008 at 5:48 amBertaut pada harapan ini
Aku membilang hari
Apa akan datang hari
Ku nanti
Istana menanti
Pasti…
Jika sudah tiba masanya, apakah perlu membuang masa?
April 18th, 2008 at 9:13 amApakah masih ada keraguan atau sekadar bayangan gurauan?
Apakah keikhlasan yang diberi tidak dibalasi keikhlasan juga?
Sesungguhnya Allah Maha Pemberi balasan sebaik-baiknya.
Berserahlah kita kepada Tuhan di atas segala ketentuanNya.
Kerana masa terus berputaran meninggalkan apa yang dilalaikan untuk menuju kepada kesempurnaan insan….
Jika benar hatimu padaku keranaNYA, hapuskan segala keraguan, leraikan segala persoalan…
Jangan buang masa lagi…kita bertemu dan menyaksikan bersama keindahan pertemuan dua lautan…
April 18th, 2008 at 9:19 amDemi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian…
Kenapa Allah bersumpah terhadap masa? Begitulah tingginya nilai masa dalam hidup manusia.
Usah persiakan harta yang Allah bagi adil kepada semua manusia. Kita semua ada 24jam dlm sehari. Terpulanglah bagaimana kita habiskan masa ini.
Keikhlasan yang menjadi idaman pejuang…
April 18th, 2008 at 9:31 amMasa…tidak pernah terlewat atau tercepat..
Ia tetap berputar dan beredar seperti edaran malam dan siang…
Ia tidak pernah menunggu…malah sentiasa ditunggu
Cuma kita, tidak pernah merasa cukup dengan masa ini.
Kajilah cara kita membahagikannya…pasti ada yang terluang untuk diri sendiri…
April 18th, 2008 at 9:42 amSeperti hari kiamat ini tidak dilambatkan atau dicepatkan…tetaplah keputusan Allah itu yang terbaik.
Sekurang-kurangnya kita sudah berusaha. Menggunakan masa yang diberi untuk perjuangan agama.
Agar tiada penyesalan selepas tawaran yang Allah kurniakan.
April 18th, 2008 at 10:05 amMasa…nak tak nak ia tetap akan berlalu.
Peluang…
Perlukan dilepaskan andai itulah yang terbaik untuk kita? Kita perlu masa untuk berfikir. Tapi apakah masa yang kita ambil itu terlalu lama, sehinggakan peluang itu berlalu begitu sahaja…
Kita berdoa mengharapkan sesuatu, tapi bila ia datang, kenapa seakan tidak dihargai segala yang hadir…
April 18th, 2008 at 10:54 amHanya kepada Allah kita berserah. Perjuangan untuk memperindahkan agama Allah. Kita hanyalah hamba berbakti pada Yang Esa. Kita mencari sinar keredhaanNya. Kerana kita sama sahaja. Amalan yang membezakan kita. Kita ingin berjuang bersama-sama cintaNya yang suci.
April 18th, 2008 at 12:13 pmPerjuangan bersama semangat Aadiyat…berpaksikan kibaran panji hitam…
PadaMu Tuhan…berilah peluang untuk dibuktikan sesuatu…
Demi Islam, gemilang kembali…demi agamaMU…
April 18th, 2008 at 12:20 pmSemangat panji hitam digenggam bersama,
Menyemarak rasa memperindahkan agama,
Membawa manusia merasa bahagia,
Merasai ketenangan syurga sejak di dunia
Walaupun perit hati diuji,
Tetap memohon pada Ilahi,
Agar dibuka jalan rohani,
Mencapai erti cinta yang suci
Orang beriman berkasih sayang,
April 18th, 2008 at 2:31 pmKerana Tuhan Maha Penyayang,
Barulah Islam nampak gemilang,
Tiada syaitan menjadi petualang
Rindu yang bertemu…perlukah dipertikaikan lagi?
Hati yang bersatu, perlukah dileraikan lagi?
Bicara pada Tuhan…
April 18th, 2008 at 3:54 pmAllah Maha Mengetahui,
Apa yang dinyatakan dan apa yg disembunyikan,
Hanya keikhlasan yang diimpikan,
Agar perjuangan penuh kesucian
Katakan Allah itu Esa,
PadaNya kita menyembah dan bergantung harap,
Dia tidak beranak lagi tidak diperanakkan,
Tiada sekutu bagiNya…
Ampunilah kami kerana kezaliman diri kami,
April 18th, 2008 at 4:19 pmTempatkanlah kami dalam golongan yang tenang jiwanya…