25 Apr
Cinta Tuhan adalah cinta yang suci
Sucikanlah hati jika kita mahu menikmati
Kesucian hati perlukan keikhlasan
Buangkanlah keraguan bisikan syaitan
Cinta Tuhan adalah cinta yang abadi
Semakin ditolak semakin ia menghampiri
Kerana luasnya rahmat Tuhan
Yang tidak mahu kita dalam kealpaan
Cinta Tuhan adalah cinta yang bahagia
Semakin dimiliki semakin hidup ceria
Berlapang bila menerima ujianNya
Itulah tanda jiwa yang redha
Cinta Tuhan adalah cinta yang agung
Dia […]
Posted in Puisi by: Kerasma
1 Comment
24 Apr
Sering terjadi dalam hidup kita, peluang terbaik itu hanya datang sekali sahaja. Selepas itu peluang yang sama tidak akan berulang kembali. Ketika itu barulah terasa menyesal jika kita mengabaikannya. Namun bak kata perpatah, nasi sudah menjadi bubur. Bubur itu tidak boleh dijadikan nasi kembali.
Bagaimana kita hendak mengetahui sesuatu peluang yang Allah beri itu yang terbaik […]
Posted in Keagamaan by: Kerasma
1 Comment
24 Apr
Semakin ditolak semakin kudekati
Semakin dihambat semakin ku mengikat
Tiap masa aku dekati, tiap saat aku ikati
Tiada putus asa, dalam kusemat
Biar hud-hud terbang menjelajah awan
Membawa berita kerajaan hebat
Menjadi sanjungan tiap memandang
Menjadi gapaian tiap yang mendekat
Dari kejauhan hud-hud memandang
Biarpun dilepas bebas Balqis masih terikat
Biarpun dalam istana indah Balqis bagai tiada arah
Memandang kemewahan penuh kekosongan
Biarpun disanjung tiada pesona di […]
Posted in Puisi by: Adila
No Comments
24 Apr
Umpama hud-hud di atas sana
Terbang bebas merisik cerita untuk pemiliknya
Meredah awan membelah saujana
Mengintai Balqis di atas singgahsana
Panji hitam disarung bersama
Hud-hud perlu pandangan tajam
Hud-hud perlu toleh kiri dan kanan
Mengintai mencari rahsia terpendam
Kerana Balqis pintu perjuangan
Menerewang bebas di angkasa
Segala amanah disampai sudah
Bermula perang melawan tipu daya
Kerana yang indah bukannya mudah
Sekali lagi hud-hud terpana
Apakah ada cela dalam risikannya
Apakah […]
Posted in Puisi by: Adila
No Comments
24 Apr
Satu pejam satu celik
Depan manis belakang rasa pahit
Kata ibu buat baik
Biarpun rupamu tak menarik
Di akhir zaman kegemilangan Islam, umatnya sudah tertutup satu mata (Dajal). Umat hanya guna mata zahir untuk menilai. Sedangkan mata hatinya tertutup rapat. Mata hati tertutup bila akal tidak dibangunkan. Tidak tahu berfikir secara rasional dan waras.
Ada pula yang merasai dirinya berpengetahuan […]
Posted in Lagu by: Kerasma
1 Comment
23 Apr
Apabila manusia melupakan Tuhan, hidupnya penuh kesempitan. Biarpun nikmat duniawi melimpah-ruah, namun ketenangan bagaikan musnah.
Apabila manusia melupakan Tuhan, hidupnya penuh debaran. Biarpun dia cuba menyembunyi, namun Allah Maha Mengetahui apa yang terlindung di sebalik hati.
Apabila manusia melupakan Tuhan, wajahnya hilang seri. Biarpun guna plastik surgery, namun raut tua terus mengejari.
Apabila manusia melupakan Tuhan, pegangannya pada […]
Posted in Keagamaan by: Kerasma
2 Comments
23 Apr
Takdir pertembungan dua lautan,
Langit nan tinggi bersaksikan bulan,
Muhasabah diri menghayati Quran,
Agar waras imbangan fikiran
Amanah Allah disampai sudah,
Janganlah hatimu berasa lemah,
Setiap terjadi bernilai hikmah,
Kepada Ilahi kita berserah
Bagai titian musnah impian,
Mengejar hati bernaluri insan,
Tugasmu hanya sebagai penyampai,
Mesej yang berat penyeru damai
Kenali diri tiada berhenti,
Jalan menujuNya itu yang pasti,
Tertutup pintu bukan berkunci,
Tetap bersemi kasih nan suci
Hilangkan kedukaan bawa […]
Posted in Puisi by: Kerasma
1 Comment
22 Apr
Bingai lagi hidup ini
Nak cari makan susah sangat
Mahu ronda kota raya
Lepak kejap pasar budaya
Apabila manusia itu lalai membangunkan akalnya, Allah akan menyempitkan jalan ia mencari rezeki. Manusia itu akan rasa tertekan dengan kehidupannya sendiri. Rasa hidupnya tidak mempunyai erti sedangkan tidaklah diciptakan manusia itu melainkan untuk menghambakan diri kepada Allah. Bila kita terasa diri kita […]
Posted in Lagu by: Kerasma
2 Comments
21 Apr
Sebuah hadith yang masyhur dalam hal mencegah kemungkaran ialah hadith pada bilangan yang ke 34 dalam himpunan 40 Hadith al-Imam an-Nawawi. Abu Sa’id al-Khudri r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan (kuasa); maka sekiranya dia tidak mampu, (hendaklah dia mengubahnya) […]
Posted in Keagamaan by: Kerasma
1 Comment
21 Apr
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Al-Imran, 139)
Sekali lagi ayat ini jadi pilihan saya…
Dalam hidup ini, pelbagai cara ujian yang harus kita tempuhi selagi hayat dikandung badan. Dan ujian Allah ini tidak akan berhenti sampai kita pergi mengadapNYA.
Allah akan […]
Posted in Pelbagai by: Adila
2 Comments