Secret Of 5-Once Again??
Pagi ni, keluar rumah pukul 7 pagi lagi. Sambil hantar husband gi keje, saya bawa Abang Yie dan Sofea gi meronda beli nasi lemak. Kesian pulak Abang Yie, dia punya seronok nak jalan… lama tak keluar jalan-jalan dengan dia. Abang Yie sorong Sofea dengan stroller dia. yang si adik pulak, terintai-intai nak keluar dari stroller tu
Yang kelakarnya, bila sampai depan umah jiran, dia tegur saya. “Ingatkan dah pindah…lama tak nampak”.
Hehe, saya pun keluar umah pagi kejap, dalam kol 7, then kol 5.30 jap. itu pun sebab nak buka pagar untuk husband saya. Kalau orang tengok, memang tak salah diorang sangka dah pindah pun. Abang Yie sekarang lebih gemar habiskan masa dalam rumah. banyak in door games
Tengok tajuk tu teringat posting saya pasal Secret Of 5 yang pernah saya post kat sini sebelum ni.
Sebenarnya saya ni telah di tag oleh Leeza tentang 5 perkara pertama dalam hidup dalam beberapa hari lepas. Nasib baik 5 jer. Kalau minta 20 pun saya boleh senaraikan.
sebab terlalu banyak perkara pertama yang penting dalam hidup ni.
Hm..ok mari kita tengok apa yang penting sangat tu yer…
- Sekarang ni perkara paling untuk saya adalah untuk menggapai redhaNya. Untuk itu, ada pintu besar yang harus dilalui iaitu suamiku tercinta. Untukmu suamiku…redhailah aku. Kerana redhaNYA di atas redhamu. Saya dah memiliki cinta yang terindah dan suci dari suami tercinta. Anak-anak yang sihat, comel dan riang. Tq bang…
- Saya tersangat ingin menyatukan hati dua insan yang memendam rasa. Dua insan ini bercinta dengan cara psikik yang tidak pernah saya ketemui dalam hayat ini. Perhubungan mereka hanyalah melalui mimpi dan kata hati masing-masing. Seakan terasa mereka dalam diri saya ini…dan hati ini terpanggil dan terseru untuk menyatukan mereka. Moga ada jodoh di antara mereka. Ada hati yang terlalu berharap…ada jiwa yang terlalu merindu…ada jasad yang terlalu memerlu…
- Anak-anak. Harta tak ternilai. Segala masa ibu korbankan demi memastikan anak ibu sentiasa sihat dan selamat. Doa yang tak pernah habis, semoga dikau di bawah lindunganNya tiap masa. Diri ini terlalu bahagia dan seronok dengan kehadiranmu penghibur kati abah dan ibu. Terima kasih untuk suamiku kerana telah menjadi suami dan abah yang terlalu baik untukku dan anak-anakku.
- Pc. Itulah peneman penghilang segala kesepian. Tapi bersama pc tu kena ada line internet la…baru seronok kan…dan hasilnya blog ini la…
bersamanya, tak rasa hari dah nak malam, dan malam dah nak siang… - Shahdila.com. Inilah wadah komunikasi antara saya dan kengkawan dan penulis jemputan. Dengan adanya blog ni, saya seakan ada ada jer benda nak buat.
Sebenarnya banyak lagi nih…tapi sebab minta 5 jer, bagi 5 jer la
nanti terlebih ruin the rules la pulak… ![]()

























Posted
on
Wednesday, April 16th, 2008 at 11:00 am under


betoi tue Adila…
April 16th, 2008 at 1:11 pmDalam hidup kita nie byk sgt benda penting. Kalau nak disenaraikan mmg laju ja tangan menulis tapi nak menunaikannya belum tentu mampu melaksanakannya.Tapi Adila selalu mengingatkan saya jgn jadikan sesuatu itu sebagai alasan utk kita tidak berjaya, segala bergantung pada diri sendiri.
Ingatan itu adalah untuk diri saya jugak lela…kita saling ingat menginagti agar sentiasa ingat diri kita dan mengapa kita di sini…
Dulu sebelum kahwin…yang penting bagi saya, dalam doa saya tiap masa…
“Tuhan kirimkanlah aku kekasih yang baik hati…yang mencintaiku seadanya…familyku…dan bisa membawaku kepadaMU”
Terlalu banyak yang penting…kan lela. Sampaikan perlukan masa yang khas untuk sesuatu perkara penting itu
April 17th, 2008 at 8:29 am