4 April Yang Bermakna
Lahirku ke dunia di bulan ini,
Perit bagi ibu, alam baru bagiku,
Dengan ketabahan dia membesarkanku,
Menjadi insan berguna itu matlamatnya,
Setiap kenakalanku ibu didik dengan sabar
Setiap kedukaanku ibulah penawar,
Menjadi pendorong mencapai kejayaan,
Pengorbanannya besar tak mungkin kulupakan,
Setelah berkerjaya jauh di sisinya,
Terasa sunyi biarpun ditemani rakan,
Allah menakdirkan detik pertemuan,
Dengan senyuman menautkan impian,
Kasih bersemi diikati gelombang,
Diduga kemuraman tak berakal panjang,
Namun imbangan meneguhkan harapan,
Bidadari miliku dipermudahkan ikatan
Setelah bersuri cahaya mata diberi,
Hadir yang baru, yang berusia kan pergi,
Tibalah saat setiap jiwa kan merasai,
Ibuku menyahut seruan Ilahi,
Biar pun berduka Tuhan memujukku,
Ibu pergi penuh ketenangan,
Di kesunyian malam kedinginan salju,
Turuni hujan menangisi pemergian
4 April telah berlalu,
April ini melangkah perjuangan,
Menyedarkan manusia ke arah kesatuan,
Bersama mentauhidkan Allah itu harapan,
Pertemuan 2 lautan telah ditakdirkan,
Amanat disampai penuh keikhlasan,
Bersamalah kita menolong agamaNya,
Buangkan keraguan mententeramkan jiwa

























Posted
on
Sunday, April 27th, 2008 at 8:54 pm under


Kebetulan, dalam bulan ni juga ada hari yang di panggil April Fool.
Kalau kita tau peristiwa sebenar disebalik April Fool, nescaya tidak sekali-kali kita ingin menyambutnya.
Malah, kita semakin terpanggil untuk membuktikan kepada dunia, kita juga mampu mencipta sesuatu…
April 29th, 2008 at 7:17 amDikhabarkan hari April Fool itu disambut semperna hari umat Islam di Sepanyol diperbodoh-bodohkan sehingga mereka disembelih.
Sudah lumrah alam, bila manusia itu merendahkan keupayaan akalnya sendiri setaraf binatang ternak, bercakaran sesama sendiri berebut kuasa sehingga moral muda-mudi runtuh, Allah akan datangkan satu kaum yang lebih tinggi akalnya untuk memusnahkan manusia yang rosak akalnya itu. Biarpun manusia itu mengaku umat Muhammad sekali pun, tidaklah syafaat Nabi Muhammad akan diperolehi oleh manusia yang membodohkan dirinya sendiri.
Kerana itu bulan ini bermulanya perjuangan untuk membuktikan kita umat Islam bukannya berfikiran sempit, jumud, lembab dan segala-gala ciri yang menghinakan agama kita sendiri.
April 29th, 2008 at 7:49 am