Engkau, Aku dan Dia
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam surga dan kenikmatan, mereka bersuka ria dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka; dan Tuhan mereka memelihara mereka dari azab neraka. (Dikatakan kepada mereka): “Makan dan minumlah dengan enak sebagai balasan dari apa yang telah kamu kerjakan”, mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli. (Ath Thuur: 17-20)
Ku renangi lautan dalam kasihMu,
Menajamkan minda memantapkan ilmu,
Biarpun salah di mata mereka,
Ku tentang arus dengan akal sempurna
Ku tutupi diri dengan pakaian,
Pakaian takwa Engkau sarungkan,
Biarpun salah di mata mereka,
Baju hitamku bagai sutera syurga
Ku tinggalkan dunia dan kemewahan,
Mencari cintaMu penuh kenikmatan,
Biarpun salah di mata mereka,
Zahirku biasa jiwa ku bahagia
Ku tujahi daya api yang membara,
Membakar semangatku naik ke angkasa,
Biarpun salah di mata mereka,
Dari jalan akal ku mendapat idea
Pandangan yang jauh menerbitkan cita,
Mencari bidadari-bidadari menyentuh rasa,
Biarpun salah di mata mereka,
Keseimbangan fikiran adil ku sedia
Engkau dan aku terpisah jauh,
Seluas lautan perlu ku tempuh,
Biarpun salah di mata mereka,
Menghitung hari mengunjung tiba
Lautan berlainan bisa bertemu,
Apakah sudah tiada harapan bagiku?
Biarpun salah di mata mereka,
Yang ditakdirkan perlu ku redha

























Posted
on
Wednesday, April 9th, 2008 at 6:26 am under


Pertemuan dua lautan dalam mindaku
Segalanya enteng tiada yang benteng
Bila yang Kuasa memberi restu
Tiada apa dapat menghalang
Mengapa diyakin tiada harapan
Sedang pintuNYA terbuka luas
Hanya semangat perlu gandakan
Agar lapang fikiran meluas
Mengapa difikir mengapa dihitung
Manusia itu tak pernah senang
Biarpun salah di mata mereka
Di mata indahku engkaulah pejuang
Kau sediakan kau tunjuki
Dengan ikhlas aku cuba penuhi
Luka kau terima pedih kurasai
kerana kita dah satu hati
Ikhlas kita seiring jalan
April 9th, 2008 at 7:25 amMelangkah gagah demi perjuangan
Biarpun halangan juga rintangan
Menongkah arus, aku teruskan..
Dalam diri ada jalan,
Jalan menuju kepada Tuhan,
Tapi ramai yg tidak perasan,
Mengejar dunia dan juga perhiasan
Tenangku rindukan,
Bayangan semalam,
Biarpun harapan tidak menjelma,
DaripadaNya ku perolehi kekuatan
Perjalanan memerlukan masa,
Kerana perjuangan tidak memaksa,
Keikhlasan hanya yang dicari,
Agar perjuangan terus berdiri
Sempurna akhlak seorang insan,
Itu adalah harapan padaku,
Dendangan lagu aku nyanyikan,
Agar bersemangat setiap hari-hariku
Aku yang masih segar mengingatkan,
April 9th, 2008 at 7:50 amBiarpun kesepian diri tetap diiringi,
Bila larut malam, ku cari kekuatan
Kepada Allah kita bersama memuji