Kalau Balqis Masih Ingat…
Kalau Balqis masih ingat
Dia pernah bercerita mesra dengan hud-hud
Berkongsi segala rasa yang indah
Menerbitkan rasa kasih dan sayang di hati
Kalau Balqis masih ingat
Tiap katanya luahan tanpa fikiran
Memuja indahnya istana miliknya
Hud-hud mendengar dalam perhatian
Kalau Balqis masih ingat ini
Kata-kata bicaramu semalam
Amat berbeza dengan hari ini
Tanda istanamu mula suram
Wahai Ratu Balqis
Aku datang merisik khabarmu
Aku mendekati kau jauhi
Aku menjauhi kau dekati
Jangan kau harap hud-hud putus asa
Jangan kau harap hud-hud beralih rasa
Keyakinan hud-hud bersama Yang Esa
Sedangkan dikau penuh gelora
Dalam sinar mata gambaran
Hud-hud temui sinar harapan
Akan dikhabarkan pada Sulaiman
Berita indah berbunga impian
Indah rupamu idaman semua
Sedang aku hanyalah utusan
Layak memerhati dari kejauhan
Dalam hati bergunung harapan
Sampai masa aku pulang kepangkuan
Semasa hud-hud singgah di sana
Dilihat Balqis sedang berhibur ria
Namun ada sesuatu yang tak kena
Senyuman Balqis hambar terasa
Hud-hud tersenyum berlagu riang…
Allah telah sentakkan hatimu, Balqis
Allah telah tarik ceriamu, Balqis
Allah telah rampas ketenanganmu, Balqis
Allah telah alirkan sesuatu yang indah, Balqis
Sekalilagi hud-hud kepangkuan pemiliknya
Terbang tinggi sayapnya melayang
Sempat menjeling Balqis di sana
Di bibir tersenyum berlagu riang…
nanananananana…nanananana……

























Posted
on
Friday, April 25th, 2008 at 3:51 pm under


Nannananana ganu kite…

April 26th, 2008 at 5:43 amnanananan…satu satu lagu Awie yang macam ni gak
April 26th, 2008 at 7:24 am