25 Apr

Mengejar cintaNya

Cinta Tuhan adalah cinta yang suci
Sucikanlah hati jika kita mahu menikmati
Kesucian hati perlukan keikhlasan
Buangkanlah keraguan bisikan syaitan

Cinta Tuhan adalah cinta yang abadi
Semakin ditolak semakin ia menghampiri
Kerana luasnya rahmat Tuhan
Yang tidak mahu kita dalam kealpaan

Cinta Tuhan adalah cinta yang bahagia
Semakin dimiliki semakin hidup ceria
Berlapang bila menerima ujianNya
Itulah tanda jiwa yang redha

Cinta Tuhan adalah cinta yang agung
Dia mengasihi jiwa disanjung
Ketenteraman hidup dirasai pasti
Biarpun ditolak mahpun dibenci

Cinta Tuhan adalah cinta yang kaya
Semua diterima walau tak berharta
Kerana itu semua tidak penting bagiNya
Seluas semesta alam KekuasaanNya

Marilah bersama kita mengejar cintaNya
Memperlihatkan nilai keinsanan dalam jiwa
Tundukkan diri berserah padaNya
Saat yang diidam pasti tiba jua

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

One Response to “Mengejar cintaNya”

  1. Adila Says:

    Dalam mengejar cinta, yang penting ialah keyakinan dan keikhlasan.

    Sesudah terpahat segala keyakinan dan keikhlasan, barulah cinta akan mekar dan menjalar dalam hati.

    Cinta tanpa keikhlasan, bererti cinta tanpa kejujuran. dan ia tak kan ke mana.

    Begitu juga dalam mengejar cintaNYA, kita perlu ikhlaskan hati. Selagi tiada ikhlas kita akan rasa segala yang kita lakukan adalah kerana terpaksa dan tanpa rela.

Leave a Reply