27 Apr

Puisi si burung Hud-Hud

Burung hud-hud terbang tinggi,
Meneroka angkasa luas terbentang,
Imbangan sayap tenang meluncuri,
Bebas mengikut petunjuk Tuhan

Sampai ia ke negeri idaman,
Indah dan makmur diratui si puteri,
Namun kemegahan melalaikan insan,
Akibat tipu-daya bisikan berapi

Kembali hud-hud kepada khalifah,
Berita disampai untuk pertimbangan,
Bersama mereka mendekati Allah,
Mensuci hati tingkatkan fikiran

Ilham turun tertulislah warkah,
Mengajak si ratu mentauhidkan Allah,
Terbanglah si hud-hud membawa amanat,
Ikhlas disampai di dalam rahmat

Tinggal si ratu dalam persimpangan,
Beban amanah dirasakan telah,
Antara menerima ataupun enggan,
Rasa tak yakin hati berbelah

Khalifah menanti dalam kelegaan,
Itu sebahagian kurniaan dan nikmat,
Bukannya memaksa si ratu rupawan,
Sekadar menawar ke jalan selamat

Menolak peluang debaran menanti,
Kerana syaitan tak putus meragui,
Agar manusia terus membuta-tuli,
Jauh memuji Keagungan Ilahi

Kekayaan harta bukannya janji,
Ketenangan abadi itu yang dicari,
Hati bahagia wajah berseri,
Jiwa muda selama pasti

Kenangilah bersama nikmat diberi,
Agar insan tetap mesyukuri,
Menegakkan perjuangan panji hitam,
Seiring langkah menggemilangkan Islam

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

2 Responses to “Puisi si burung Hud-Hud”

  1. Adila Says:

    Hud-hud taat pada khalifah
    Titian untuk dekat padaNYA
    Menawan Balqis dipikul amanah
    Dengan senyum melebar sayapnya

    Tersenyum hud-hud dalam renungnya
    Jelita Baqis idaman semua
    Ingin dipasti Balkis bersamanya
    Menjalani hidup bahagia bersama
    Bersama khalifah setia menanti

  2. Kerasma Says:

    Amanat Allah disampaikan sudah,
    Tinggalkan Balqis dalam teka-teki,
    Menanti khalifah dengan pasrah,
    Ketentuan Allah diterima pasti

    Teruskan perjuangan walau apa keputusan,
    Janganlah lemah mahu pun gundah,
    Perjuangan kita menentang syaitan,
    Menegakkan Islam memuji Allah

Leave a Reply