Happy Birthday Sayangku…
Satu
Kasih nan abadi
Tiada ternilai Dia yang SATU
Dua
Sayang berpanjangan membawa ke syurga
Tiada tandingan cintamu itu
Meruntun hariku
Dengan penuh keindahan
Dan jiwa ini sentiasa
Sendat dan ketat dengan cintamu
Tiga
Cahaya cinta kita
Umpama harta yang tak ternilai
Sinar menyuluh di alam sana
Pelayaran ini
Umpama sketsa sebuah cinta
Aku tidak pernah sendiri
kerana cintamu mekar di hati
Bila ku dalam dilema
Kau sentiasa hadir membawa sinar
Mengukuhkan gravitiku
Meneluskan dari kacamata
Aku bahagia
Menjadi penghuni kota ini
Walau digelar
Jiwa karat dan wira cyborg
Hakikat perjuangan ini
Meniti suratan yang tertulis
Siapa kau untuk menilai
Kerana Dia Penilai yang HAQ


























Posted
on
Thursday, April 3rd, 2008 at 8:28 am under


Salam cayangku…
Terima kasih atas ucapan ini. Setiap apa yang cayang lakukan, abg menghargai. Tiada kurang di mata abg. Kerana itu cayang abg dahulu dalam setiap tindakan.
Isteri adalah sokongan di belakang suami. Ketika suami diuji dalam perjuangan ini, isterilah yang menghiburkan jiwa.
Hiburkan hati suami dengan tulisan-tulisan Ketuhanan dan Quran. Itulah yang mententeramkan jiwa abg. Tujahkan semangat baramu dgn mengkaji Quran dgn giat lagi agar kata-katamu semakin manis dengan ilham-ilham dariNya.
Setiap kesulitan, ada kemudahan. Yakinlah, setiap kesulitan ada kemudahan.
Sebagai org yg berada di front-line dlm perjuangan, abg sentiasa pasrah dan redha dgn ketentuan Tuhan. Biarpun apa yang dicita tidak menjelma.
April 3rd, 2008 at 8:48 amPergh!! cayang dah tambah dengan puisi lagu2 MAY pulak…wa cayang sama lu…huhu
April 3rd, 2008 at 9:11 amMy pleasure…
Sure abang tersenyum n tersengeh tengok tajuk lagu feveret abangg ni kan…segalanya untukmu my dear
April 3rd, 2008 at 1:25 pm