09 Apr

Kamu-Kamulah Syurgaku

Pernah ditanya oleh sahabat terdekat, jiran-jiran dan keluarga-”Tak boring ke duduk kat rumah? Terperuk jer. Tak berkembang”

Bukan sekali kata-kata tu saya dengar…

“Eee…kenapa tak nak kerja? Tak sayang ke kat degree tu? Belajar penat-penat, tapi dok kat rumah jer. Rugilah…Tengok orang lain, dapat pegang duit sendiri, ada kereta sendiri, ada rumah sendiri”

Ni antara kata-kata yang suatu masa dahulu buat saya jadi rendah diri sangat. Buat saya jadi sedih dan malu.

Suatu masa dahulu, saya pernah mengimpikan kehidupan bekerjaya seperti kawan-kawan yang lain. Ye la, ada segalanya. Saya tak pernah membayangkan hidup seperti ini. Kekadang dalam hati ni, ada gak rasa terkilan sebab tak kerja.

Bukan tak nak bekerja…tapi setelah dapat abang yie, pintu untuk bekerjaya seakan tertutup sedikit demi sedikit dengan sendirinya. Masa tu saya baru 25 tahun. Kahwin awal…umur 24. Kesibukan menguruskan dia dan keluarga membuatkan saya sedikit lupa tentang cita-cita sendiri.

Then ditambah dengan husband yang suka anak kami dijaga sendiri. Perkembangan Abang Yie yang sihat dan cepat membuatkan dia semakin yakin dengan jagaan sendiri. Lagipun husband jenis lembut hati. Tak sampai hati nak hantar anak kat orang lain… (mulanya saya agak tak suka dengar alasan ni… :( )

Then bila saya tengok sendiri, perkembangan Abang Yie, saya pun mula yakin.

Sedikit demi sedikit, keinginan untuk bekerja jadi menipis. Tapi still dok apply KPLI lagi. Dan keinginan dan cita-cita husband saya ke depankan…

Last panggilan interview saya akhir tahun lepas. Tapi tak jadi pergi sebab Abang Yie mengamuk-ngamuk dan menangis bila dapat tahu saya nak bekerja.

Lepas dapat Sofea…lagi-lagi la. Then sudahnya, tahun ni saya tak apply pun KPLI.

Ramai tanya apa yang saya rasa… :)

Sebenarnya semuanya adalah Rahmat dari Allah. Husband prefer saya jaga anak sendiri. Dia suka saya ada masa dia nak gi kerja dan balik kerja. Then dia tahu tanggungjawab dia. Keperluan dan kepentingan saya dia tak abaikan. And, tanda dia memahami dan tidak mahu saya rasa bosan kat rumah-dengan adanya Streamyx ini. Dengan adanya bussiness online yang kami share togather.

Sebenarnya saya sendiri seronok dengan kehidupan saya sekarang. Selain daripada work from home, dalam masa yang sama saya juga dapat jaga dan tengok anak-anak. Pembesaran mereka depan mata. Dan husband pun berpuas hati.

Sebenarnya ke dua permata hati inilah yang membuatkan saya tidak pernah bosan dok kat rumah. Kalau kerja banyak sangat, terasa tak cukup jer masa 24 jam tu…tapi segalanya tekanan dan bebanan hilang begitu saja bila wajah kecil itu saya tatap dan pipi tembam tu saya cium bertalu-talu.

Inilah yang saya perlukan…suami yang memahami dan anak-anak yang sihat lagi riang. Penghibur hati ibu….mucuk-mucuk ibu…muah. KepadaMu kupanjatkan kesyukuran ini…

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

6 Responses to “Kamu-Kamulah Syurgaku”

  1. mrozaidi Says:

    Bagus Juga Ada Bisnes Dari Umah.. Lagi Bagus.. Ramai Yang Buat Begitu…
    Bagus Jugak Tak Keje.. Laki2 Kan Suka Isteri Dok Umah.. Rehat2..

  2. Adila Says:

    Tq Rozaidi :)

    Hehe…dok kat umah pun bukan boleh berehat pun. Kerja tak pernah habis. Ditambah dengan anak-anak yang dah semakin pandai selerakkan itu ini…

    Tapi tu la, puas hati sebab mereka ada depan mata tiap saat dan ketika..

    dan bagi para suami yang suka isteri dok kat umah tu, jangan lokek yer… :)
    Sediakan segala keperluan yang penting bagi dia agar tiad arasa kesal menjalar dalam hati lantaran tak cukup keperluan… :)

  3. Leeza Says:

    hi dila, pekabar?

    mmg benar sapa kata kerja surirumah ni senang … nak online pun susah tau especially bila ada baby kan! Kita serupa lar … tapi dengan adanya sambungan streamyx ni alhamdullilah ada gak pengubat kesunyian …

  4. Adila Says:

    hai leeza…
    sihat. terima kasih…

    ye betul tu leeza…kekadang online pun ada baby atas riba. menaip sebelah tangan jer nih…
    tapi nak online gak… :)

  5. Ujang Says:

    Sambungan streamyx tu umpama ikatan percintaan suami-isteri bila berjauhan. Isteri yang romantik, sentiasa menulis warkah-warkah elektronik untuk memberi semangat kepada suami yang berdepan dengan cabaran dalam mencari rezeki. Rezeki yang diperolehi dikongsikan bersama. Terasa nikmat rumahtangga bagaikan di syurga.

    Bertelekan di dipan-dipan memuji-muji Kehebatan Tuhan. Tiada dusta dan nista diucapkan, melainkan kata-kata yang logik dan waras untuk merancang strategi-strategi menghadapi hari-hari mendatang. Sebelum kita melabuhkan tirai hidup ini untuk kembali kepada rahmat Allah.

    Kesukaan dan kedukaan dikongsikan bersama. Barulah suami tidak rasa terkilan dengan kegagalan apa yang diusahakan. Kehadiran isteri pemberi semangat, membuatkan si suami semakin redha ketentuan Tuhan. Usaha tetap dijalankan, dan kita berserah kepadaNya setiap yang ditakdirkan.

    Tertutup satu pintu, mungkin akan ada pintu-pintu lain yang disediakan setelah nyata pasti tiada harapan. Kita sama-sama menguji dalam petunjukNya.

  6. Adila Says:

    Tq for the streamyx, siap upgrade pada 2Mg lagi…suka sesangat. Laju jer bila download.

    RahmatMu luas tak terhingga..
    Aku insan yang masih mencari
    Akan ku tempuhi…segala dugaan

    Mereka mentertawakan aku
    sumber yang Kau ilhamkan kepadaku
    Yang ku berikan…kepada mereka

    Mengapa tidak diikhlaskan
    Panjatkan syukur padaMu Ya Rahman
    Oh Tuhanku Rahmatilah hidup ini

Leave a Reply