Setelah setahun Shahdila.com beroperasi
Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Kerana atas keizinanNya, Shahdila.com terus beroperasi di alam siber. Setelah setahun blog ini dilahirkan, pelbagai perubahan telah dilakukan baik dari segi theme dan isi kandungannya. Bermula dengan keazaman untuk mencari pendapatan sampingan secara online, kini blog ini telah beralih kepada mencari sinar
cintaNya.
Syukur juga dalam perjalanan mendekatiNya ini, Allah murahkan rezeki baik yang didapati melalui blog ini mahu pun secara tidak langsung. Dengan keyword “CyberBiz” yang Allah ilhamkan rupa-rupanya bukan setakat untuk melaksanakan bisnes di alam siber, tetapi juga bisnes dengan Allah. Masa yang diperuntukkan kepada kita yang sama banyak ini adalah emas yang digunakan dalam urusan bisnes ini. Hasil daripada bisnes ini bukannya mengharapkan ganjaran wang berlipat ganda, tetapi ganjaran pahala iaitu rasa kenikmatan dan kebahagian hidup. Ganjaran itu adalah pasti bagi manusia yang yakin dengan hari pertemuan denganNya.
Jika ketika di awal kemunculan blog ini terasa sukar hendak mencari idea untuk membuat posting, kini setelah menjalankan urusan bisnes dengan Allah, idea-idea untuk menulis turun laksana hujan. Sekali kita menceburi bisnes dengan Allah ini, tidak mungkin kita akan kerugian kerana Dia tidak menzalimi manusia, sebaliknya manusia itulah yang selalu menzalimi dirinya sendiri.

























Posted
on
Wednesday, April 30th, 2008 at 7:34 pm under

