Tag Oh Tag…
Hari ni saya berkesempatan untuk meluangkan masa untuk balas tag dari Rozaidi.
Sorry ye Rozaidi lambat sikit…Tapi selalu jer ingat nak balas tag ni…dan di waktu yang terluang dan penuh ketenangan, inilah masa yang terbaik.
Hm…8 fakta rambang berkenaan diri sendiri. Hm, kena fikir jugak ni, apa ye…
Ok, saya mulakan dengan…
1-Sejak akhir-akhir ni suka sangat dengar lagu-lagu yang sedikit keras especially yang ada kaitan dnegan perjuangan. macam lagu Samarkand dari Bloodshed. Seakan ada semangat baru mengalir dalam jiwa..
2-Saya semakin sukakan sesuatu yang pelik yang tidak melanggar hukum. Semakin sukakan sesuatu yang lain dari yang lain untuk membuka mata masyarakat kita semua agar tidak lagi hanya pandang pada zahir.
3-Saya semakin suka berfikir. Semakin berfikir, semakin banyak saya nampak faedahnya. Jangan tak percaya kalau berfikir adalah satu cara termudah untuk turunkan berat badan. Dah terbukti
Dan anak-anak pun saya cuba terapkan supaya berfikir
4-Suka Menongkah Arus macam lagu XPDC. Berfikir terbalik dari apa yang kita nampak pada zahir…Nampaknya cara ni adalah cara yang terbaik dari tengok dan terus menghukum. Dan berfikir sebelum berbicara menampakkan kematangan akal kita.
5-Sedang dan sentiasa mencuba untuk mempertingkatkan logik akal. Berfikir secara logik tanpa bayangan. Saya semakin mengakui setiap benda perlukan bukti yang logik.
6-Sentiasa percaya sesuatu perkara yang baik bermula dari diri dan begitu juga yang sebaliknya. Untuk melihat sesuatu yang baik dalam masyarakat kita, saya percaya, diri kita yang perlu berubah terlebih dahulu. Jangan harapkan orang lain buat sesuatu untuk kita berubah.
7-Semakin bersemangat nak belajar main alat muzik especially keyboard. Rasa seronok jer tengok husband dok kelek dan petik gitar dia dengan penuh feel. Nanti boleh buat band kat rumah ni. Abang, cepatla beli keyboard…
8-Kehadiran insan ini membuatkan saya dan husbad lebih bersemangat untuk menerokai alam ini berbekalkan nikmat akal anugerahNYA.
Ha!…dah cukup 8. Ada lagi ni…
Disebabkan tag ni sampai 8 jer, so saya pun kena ikut rules la. Tadi masa mula-mula nak tulis, punyala kena push otak ni. Tapi once dah dapat idea, mencurah-curahla pulak idea yang datang. Itulah nikmat kita berfikir. Idea yang datang mencurah-curah seumpama buah-buahan yang segar dari ladang. Semua idea ini adalah daripadaNYA. Dan kita hanyalah seorang hamba yang tiap detik-tiap ketika berada dalam kekuasaanNYA.

























Posted
on
Saturday, April 26th, 2008 at 9:21 am under


Setiap insan, punya nyawa yang tersendiri
Terokailah hidup dengan logik dan bukti-bukti yang nyata.
Bukannya setakat ikut atas nama imam-imam terdahulu untuk menunjukkan kita di pihak yang benar. Adakah kita tidak yakin pada diri sendiri? Apakah yang menyebabkan kita takut dengan agama sendiri?
Bukankah hanya kepada Allah sahaja kita bergantung harapan? Allah sudah beri kita imbangan akal sebagai tali yang teguh. Kita bukannya binatang ternak yang perlu diperuntakan.
April 26th, 2008 at 12:23 pm