30 May
Terjuih-juih bibir aku meniup-niup muncung tudung yang seakan tak kena dengan selera aku. Huih…masa ni la dia nak buat hal. Dah naik lenguh aku ngadap cermin ni. Dah puluk 8.00 pagi ni. Dengan mematikan segala pergerakan tangan yang dari tadi kalut membetulkan tudung, aku merenung jauh ke dalam cermin. Dan aku nampak satu sengehan panjang […]
Posted in Cerita Aku by: Adila
2 Comments
29 May
Ergh….segarnya…Tidur yang lena. Syukur Al-Hamdulillah kerana aku masih dipanjangkan umur untuk menghirup udara segar ini. Kerana aku masih diberi peluang untuk meneruskan hidup ini, menunaikan tanggung jawab sebagai hambaNYA di muka bumi ini.
Saat bersamaNYA, aku pnjatkan segala doa. Untuk ketenangan dan kebahagiaan hidup, di dunia dan di sana. Tak lupa juga untuk ke ma dan […]
Posted in Cerita Aku by: Adila
7 Comments
28 May
Dengan perasaan malas dan berbaur tak minat, aku terus menghala ke Klinik Pergigian Ilda Ilsani. Berenti kejap kat tepi kereta. Entah kereta sape ni. Aku belek muka, herot merot muka aku. Berlatih senyum. Tangan yang satu ni, aku tenyeh ke pipi dan mulut. Cuba membentuk senyum la katakan.
Aku membetulkan baju kurung dan tudung […]
Posted in Cerita Aku by: Adila
2 Comments
27 May
Malam tadi masa makan malam bersama husband, seperti yang saya jangka dia akan utarakan pasal ni.
Dengan senyuman sempoi dan senyuman yang sentiasa menggegarkan jiwa ini, dia mulakan pertanyaan.. “Abang tak pernah tau yang cayang ada bercakap-cakap depan cermin masa dok bercinta dulu…cayang cakap ape yer? ” Fullamak, bagai nak terkeluar nasi yang dalam mulut masa […]
Posted in Rehat Sejenak by: Adila
3 Comments
26 May
Adakah anda telah berjaya mendapat bayaran pertama dari Google Adsense? Adakah anda berpuashati dengan pendapatan adsense anda sekarang?. Jika tidak, janganlah anda kecewa, sebagai seorang usahawan internet anda tidak sepatutnya mudah berputus asa.
Mungkin cara yang anda lakukan selama ini kurang tepat & berkesan maka hasilnya pun kuranglah. Mahukah anda belajar dari seseorang yang bergiat sepenuh […]
Posted in Perniagaan Internet by: Adila
No Comments
25 May
Terjaga dari lena
Dikejut lembut mesra
Lalu aku mengingati mu
Sudah sekian lama
Aku rindu padamu
Kau dan aku
Bila kan menyatu…
Ternyata ada rindu terhalang
Mungkinkah kau pun begitu
Bagaimana harusku
Melupakan dirimu
Demi rindu ini…
Mungkinkah hanya kata
Yang dapat meredakan…
Rindu yang lama kian kusimpan
Perlukah aku bertahan
Demi cinta…demi rindu…
Viewed 2170 times by 756 viewers
Posted in Puisi by: Adila
1 Comment
24 May
Pada hayat ini…
Ku mimpikan sesuatu yang indah
Mewarnai hidup menghiasi alam
Menyuburi jiwa tiada gelora
Pada hayat ini…
Ku singkap rahsia menyemarak kasih
Ku bentang sayang tiada sempadan
Ku hampar rindu tiada penghujung
Pada hayat ini…
Diri ingin jadi yang terbaik
Menjadi contoh menjadi teladan
Agar indah tiada cacatnya
agar suci tiada kejinya
Tapi untuk sempurna
Di luar kemapuan diri ini
Pada akhir hayat ini…
Cinta ini ku bawa bersama
Meniti […]
Posted in Puisi by: Adila
3 Comments
24 May
Dalam cerita ini…
Celaru untuk dibicarakan…
Kerana tiap langkah dan kata
Seakan tersadung menyembah bumi
Dalam bicara ini…
Terlalu sukar gambarkan keikhlasan
Kerana tiap langkah dan kata
Sering selisih dengan kemungkinan
Dalam cinta ini…
Ku penuhi kasih dengan kerinduan
Ku isi tasik kasih dengan kecintaan
Kutaburi segala wangian dengan kemesraan
Dalam kerinduan ini…
Ku kalungkan kasih bukan hiasan
Ku persembahkan cinta bukan dongengan
Ku limpahkan sayang demi padaNYA
Dalam meniti hari […]
Posted in Puisi by: Adila
3 Comments
24 May
Dia…
Mengapa walau dekat…
Ku rasakan beribu batu jauhnya…
Tapi bila berjauhan…
Bagai terasa helaan nafasnya
Dia…
Mengapa semakin menjauh dalam rinduku
Kenapa semakin resah dalam bayangnya
Ke sana ke mari seiring dengannya
Tidur jagaku tetap bersama…
Dia…
Leraikan rindu membara dalam hatiku
Singkapkan segala rahsia terpendam
Agar damai hatiku rasa bahagia
Menggapaimu menuju padaNYA
Viewed 2267 times by 811 viewers
Posted in Puisi by: Adila
3 Comments
24 May
Ku meniti hari yang membisu
Kuredahi jalan yang beronak
Mencari cahaya untuk menerangi
Titian ke hatimu…
Kurindukan segala padamu
Kurindukan kemesraan lalu
Membawa sinaran dalam hatiku
Mengusir sepiku…
Langkah sepi bersama rindu
Ku atur tugu kuatkan cintaku
Pada matamu ku terpandang sendu
Mengintai daku digamit pilu
Wahai hati…
Kuatlah dikau…cekallah dikau
Jika ini yang harus aku bayar
Untuk sebuah bahagia…
Aku pasrah padaMU…Ya Rabb…
Viewed 2147 times by 755 viewers
Posted in Puisi by: Adila
1 Comment