Cinta (Part 2)
Ergh….segarnya…Tidur yang lena. Syukur Al-Hamdulillah kerana aku masih dipanjangkan umur untuk menghirup udara segar ini. Kerana aku masih diberi peluang untuk meneruskan hidup ini, menunaikan tanggung jawab sebagai hambaNYA di muka bumi ini.
Saat bersamaNYA, aku pnjatkan segala doa. Untuk ketenangan dan kebahagiaan hidup, di dunia dan di sana. Tak lupa juga untuk ke ma dan abah. Semoga mereka sentiasa sihat dan dipanjangkan umur untuk melihat anak-anak mereka. Dan, untuk aku, semoga aku dipertemukan dengan seorang insan yang menyayangi dan menerima aku seadanya. Tak minta lebih, sekadar disayangi dengan sejujur ikhlas. Susah senang, hadapi bersama.
Aku pernah terluka dan kecewa dengan perhubungan yang terlalu panjang tempohnya. Tempoh yang panjang tu, diibaratkan kalau pasangan yang dah kawin, mungkin dah anak 3 dah. Kecewa? Argh…Tuhan saja yang tahu. Kebetulan masa break tu, aku tak close sangat dengan kawan-kawan lain. Lagi la terasa. Roomate pulak tengah angau. Huwa…lagi la haru.
Tapi aku tak salahkan sesiapa. Mungkin dari salah dan kekurangan aku sendiri.
Parahnyer…sampai terpaksa balik kampung seminggu. Kebetulan masa tu tengan final exam. Dan masa tu tengah study week seminggu. Aku bercerita pada ma dan abah. Mereka lah kekuatan bagi aku. Aku naik dan bangkit semula kerana semangat abah yang menjalar hebat dalam tubuh aku. Aku berdiri kerana semangat ibu yang meresap hebat. Terima kasih ma dan abah. Sekalung Al-Fatihah untuk arwah abah aku.
Nyariang suara anak buah aku nangis. Naper la budak tu…
Abang dan kakak ipar aku dok kalut bersiap nak gi keje. Aku ambik anak buah aku tu dan bawa jalan tawaf rumah. Kalau aku ada kat umah tu, memang aku jaga budak comel ni. Comel sangat. Sarah namanya. Manja…
Dah seminggu interviu tu berlalu, tak der call pun. Aku pun relaks la. may be tak dapat pun. Teringatkan penipuan yang berlaku tu, aku pun tak simpan harapan pun. Adil la kalau aku tak dapat pun.
Asyik layan Sarah. Sambil tengok cd lagu bebudak. Then henset aku berteriak. lagu Winter Sonata. Wah…jiwang beb. wa cakap lu… hehe.
Nombor tepon saper ni? tak kenal. Aku jawab dengan rasa sedikit malas. Oh…rupanya staff klinik gigi tu. Dia mintak aku datang amik surat tawaran keje. hehe, dapat rupanya. Allah nak bantu aku hilangkan bosan masa nganggur. Tesis dah hantar…so nak buat apa lagi??? Ok la tu, aku pun tak der plan lagi. tapi semangat nak sambung buat master tetap menjalar dalam diri aku. Itulah harapan abah aku. Dia suka sangat anak-anak dia belajar. Cuma anak dia jer yang malas. maafkan diriku abah…
Lepas bersiap ala kadar, aku hantar Sarah umah pengasuh dia. Ingat lagi, aku pakai baju Adidas merah pemberian seseorang. Budak pengajian Islam. Ustaz tu. Suka baju tu, ala-ala sweater.
Lepas amik borang tu, aku dah tak ada hala tujuan. Tu yang cepat jer nak ke Billion bila ada orang ajak ke sana. Hoho…ada la tujuan aku…lepak, borak, makan dengan budak yang sama-sama frust dengan aku. Berat jugak hati ni, sebab hati macam suka, tapi tak sepenuhnya. Tapi aku serah pada Allah. Dia yang layak tentukan hidup aku. Tapi cara dia layan macam girl dia la pulak. Aiseyman…sarat hidup ini. Seronok pun ada. Ku bahagia….dan secara tak tersengaja, entah macam mana perbualan pun menjurus kepada macam orang bercinta. Lagi parah….
Bila diajak naik motor sama, aku menolak. Sambil tepuk-tepuk motor aku sendiri. Aku dah ada motor. hehe. Tau dek abah aku, fuh, sure tak ngaku anak.hehe. Aku, ada batasan aku sendiri. Mungkin mamat tu pun nak uji aku.
Ha, pasal tawaran keje kat klinik tadi. Aku kena start 1 April. Aku ok saje. Hari ni pun boleh. Tapi dia suh 1 April. Tarikh April fool, dan tarikh lahir insan yang bertahta dalam hatiku sekarang dan selamanya. Keramat betul bulan April ni…
Nak keje la katakan, aku pun terfikir kena iron 6 pasang baju kurung untuk seminggu. Aku cuti Ahad jer. Alahai…tak sempat nak merendek ni… Kat sana kena pakai baju kurung. Sopan. Ok la. Masa ni, aku tak berapa pasti apa aku rasa. Tapi yang pasti aku dah dapat keje. Itu jer. Ada berdebar jugak. Macam mana la nanti yer…Tapi serah kat Allah sajalah…senang citer. Kalau nak fikir benda yang kita tak tahu pun, tak ke mana juga. Berteka-teki saja lah.
Bermula lepas hantar tesis dan setelkan semua urusan kat fakulti, saat itu bermulanya hidup sebagai penganggur.
Rasa seronok jugak…dapat tidur dan bangun sesuka hati kita. Sepanjang nak tunggu 1 April, aku lepak kat umah abang kesayangan aku nih. Wife dia pun ok. Aku? Ok la. sambil-sambil sedar diri sebagai orang yang menumpang la. Jangan jadi dedalu pulak. Pagi dalam kol 7, aku bangun la. Bila diorang dah gi keje, aku pun sambung tido ngan anak buah aku tu. Pemalas betul… Abis tu, apa lagi nak buat?
Tapi…rupanya keseronokan tido ni tak lama. Sampai masa, aku jadi boring gak. jadi tak sabar lak nak keje. Itulah kehidupan. Dulu masa study, tak sabar-sabar nak tunggu weekend sebab nak tido puas-puas. Tapi bila dah ada peluang, hai, tak la pulak nak jadi macam tu. Manusia…nikmatNYA yang meluas, sentiasa didustai. Tapi masih mengharapkan nikmat yang lain… Bukankah bersyukur dengan apa yang kita ada adalah cara yang paling baik untuk diri kita…
So, dalam seminggu tu, aku habiskan masa dengan layan Sarah. Kekadang kuar gak gi fakulti kalau ada hal. Bukan hal apa pun, menyibuk. Ada geng buat master. Termasuk la DAD tu. Dia dok call suh datang sebab nak jumpa. Nak makan, nak borak…kekadang aku layan gak…hilang boring. lagi pun freewilly lagi masa tu. Walaupun terasa macam ada sesuatu dengan somebody, tapi tak clear. Tak per la…
Perasaan ni, kalau Allah dah campakkan rasa tu ke dalam hati kita, macam mana nak lari. Kalau kita suka, tapi orang tak suka pun, terpaksa pendamkan juga. Tapi kalau dah sama-sama suka, ok la kan…aku pun suka la…
Aku suka muzik. Aku suka sangat dengar petikan gitar. Dulu masa schollmate aku main gitar masa Karnival Dato’ On, fullamak, serta merta jatuh cinta. Dan hakikatnya…aku memang suka orang yang tau main gitar. Satu kedamaian. Indah sangat. mungkin sebab jiwa aku ni jiwa kepada muzik. Dulu ada satu keset yang penuh dengan petikan gitar, tapi entah ke mana dah…kawan aku punya tu. Dia dah ambil balik kot. tapi…aku tak pernah nak belajar gitar. Sebabnya aku suka dengar orang yang mainkan. Bukan aku. Aku lebih suka keyboard atau organ. Fix la dengan jiwa aku. nanti kalo kawin dengan somebody yang tau main gitar, boleh la aku main keyboard sama. Erk…jamming la katakan. Muahaha. Koya tahap gaban. memang pun…
Pada aku, selagi belum ada tanggungjawab besar, aku nak nikmati segala jalan yang ada di depan aku. Selagi tak salah. Kekadang yang salah pun teredah sama. Keampunan ku pohon padaMU Ya Rabbi…
Sekarang aku kawan dengan semua. Tiap yang ada, punyai kelebihan sendiri. tapi yang aku tak berapa nak gemar, kenapa la ada yang umur lebih muda dari aku leh masuk dalam kehidupan aku ni…sebagai kawan, aku tak kisah. Tak nak la benda lama jadi lagi…ketentuan Allah. Siapa la aku untuk menolak.
Nak tido dulu la….esok aku sambung lagi…sampai aku ke temu cinta sejati…
Viewed 11152 times by 2887 viewers
























Posted
on
Thursday, May 29th, 2008 at 9:42 am under


Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.Kadang2 terpikiq, andainya cinta hadir sekadar utk mengecewakan lebih baik cinta itu tak pernah hadir tapi kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.
May 29th, 2008 at 4:20 pmHidup ini indah jika tahu menghargainya,tapi ia menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa.
Bila watak hero nak masuk ni?
May 30th, 2008 at 7:53 amTak sabar menunggu sambungan cerita ni kan…
hero selalu dia akan lambat sket…mcm citer industan la…dkt2 heroin dah berjuang abis-abisan keseorangan pas tue baru hero muncul.
May 30th, 2008 at 8:23 amhehe…
Ooo… nak tunggu hero yer…
Cam lela kata la, hero ni lambat sket.
yang pasti, kehadiran hero ni akan memajnunkan si laila yang sedia nak majnun tu…kwa3
May 30th, 2008 at 4:27 pmHi what’s up all, been reading here for a while and decided to post. Something’s just spinning around in my head lol.
[url=http://frugaladmin.blogspot.com/2010/05/is-cheapest-vps-too-cheap.html]Is the cheapest VPS too cheap?[/url]
So I was reading an article today and my eyes strayed towards an ad for a VPS server going for $4.95 per month. Now bear in mind this wasn’t shared hosting which I have seen for $1 per month in various places but a full blown VPS. It got me thinking whether or not it would be worth it to buy servers now for “serving” anything or if in just a couple of years everything will be running on mainfaimes again. Retrooooo to 1950s?
When you think about it, before the IBM XT nobody routinely thought they could afford a computer even for their office let alone their home and businesses always grabbed those big mainframes and had dumb terminals running to the big bad boy in a metal cupboard. Today these cheap VPSes are becoming more and more like the dumbterms of yesteryear; while you may be sitting at an intelligent PC you are still just remote connecting to the processing power of the VPS cloud and you might as well just be typing at a dumb console in many cases. Those of you who shell remotely know what I mean. Now consider a few other seemingly random trends such as “google desktop” and “microsoft remote drive” and fast forward into the future where it seems plausible that all your storage and processing might be done outside your office or dwelling with all that control in someone else’s hands. In return for that control the user might just get their VPS for free, financed by advertising and the sale of marketing data. But right now $5 is about as good as it gets and without advertising involved.out advertising involved.
May 29th, 2010 at 4:31 amGive you free coffee gifts
August 2nd, 2010 at 5:53 amhey
great forum lots of lovely people just what i need
hopefully this is just what im looking for, looks like i have a lot to read.
August 14th, 2010 at 7:51 am