11 May

Hidup ini sebentar cuma…

Allah berfirman: “Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui” (Al Mu’minuun: 114)

Sedar atau tidak sedar, hidup kita di atas dunia ini hanya sebentar sahaja. Pejam celik-pejam celik, sudah pun hampir sampai pertengahan tahun 2008. Baru rasanya semalam mendengar dentuman mercun sempena tahun baru. Semakin kita berusia, semakin kita mula berfikir, apakah arah tujuan hidup kita setakat dunia ini sahaja? Melihat panggilan Tuhan kepada insan-insan di sekeliling kita, terfikir pula bilakah giliran kita akan menjelma. Apakah ada lagi masa dan peluang untuk kita membuat yang terbaik sementara nyawa dikandung badan? Sudah cukupkah bekalan untuk negeri akhirat? Sudah cukupkah aku mengenali diri sehingga syaitan-syaitan yang tersembunyi di dalam hati diperangi? Masih ada lagi dendam kesumat terhadap manusia lain yang belum dipadamkan? Apakah akhlak Rasulullah mampu dicontohi agar Islam mampu digemilangkan kembali? Banyak sekali persoalan-persoalan sebegini yang boleh kita fikir-fikirkan jika kita termasuk dalam orang-orang yang beriman kepada hari yang kekal abadi.

Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? (Al An’aam: 32)

Jika kita termasuk dalam kalangan yang lalai mengingati negeri akhirat, tidaklah kita hidup di atas dunia melainkan untuk bermain-main dan bersenda-gurau sahaja. Hidup kita dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti kosong yang tidak membawa erti melainkan untuk memuaskan nafsu duniawi. Kita jadi bermewah-mewahan untuk bermegahan sesama manusia. Tengok orang lain berkereta mahal, hati kita jadi tidak senang untuk menunjukkan kemegahan kita pula. Akhirnya kita tidak sedar penghujung hayat sudah menjelma. Jadilah manusia seperti itu sebagai orang yang rugi.

Tetapi jika kita sedar bahawa di hari muka, kita memang kena menuju ke negeri akhirat, biarpun belum puas enjoy dengan nikmat duniawi, kita akan melakukan sesuatu bagi menjamin kesejahteraan di kampung kita itu. Sebab itulah dikatakan orang yang selalu mengingati mati adalah orang yang bijak kerana dia tahu dia tidak berkuasa mengelak dari kematian. Maka dia berusaha membawa bekalan kebaikan sebanyak mungkin agar di negeri sana kebaikan itu akan dibalasi dengan kebahagian syurga. Buat baik dibalas baik, buat jahat padah diterima. Samalah seperti 1=1 dan 0=0 serta tidak mungkin 1=0. Secara logiknya 1 = Not 0. Itulah antara persamaan asas yang digunakan oleh komputer sehingga menjadi peralatan yang cemerlang. Manusia juga boleh menjadi insan yang cemerlang bila kita fahami logik asas ini dengan mengenal beza erti baik dan buruk.

Oleh kerana hidup kita ini sekejap sahaja, maka perbanyakkan membuat kebaikan dari membuat keburukan. Kelak kita bakal menghuni syurgaNya yang tiada tara sehingga kita tidak mengingati kehidupan dunia melainkan sebentar cuma.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

Leave a Reply