17 May

Malaysia Peneraju Dunia Islam

Malaysia mampu jadi pemimpin dunia Islam

Tidak mustahil apa yang diucapkan oleh Permaisuri Jordan ini menjadi kenyataan. Malaysia sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk mempunyai persamaan seperti negara Islam pertama yang dibina oleh Muhammad di Madinah lebih 1400 tahun yang lampau. Jika kita betul-betul menghayati apa yang pernah Rasulullah lakukan, kita mampu membuktikan kemampuan kita sebagai peneraju dunia Islam.

Ketika ini imej Islam tercalar teruk dengan sikap kita sendiri yang suka bertelagah sesama sendiri dan suka hidup berpuak-puak. Semuanya gara-gara cara kita beragama sehingga menjadi umat yang sekadar menurut membuta-tuli dan tidak berani untuk menerokai lagi ilmu Allah seperti zaman kegemilangan Islam dahulu. Sedangkan ilmu Allah itu adalah terlalu luas. Al Quran bukan hanya sedar diikuti berdasarkan pendapat-pendapat terdahulu, tetapi kita harus terbuka menghasilkan generasi yang berani mengkaji kitab yang benar ini agar setiap ajarannya mudah dipraktik setiap masa. Maksud Islam juga tidak boleh disempitkan lagi seolah-olah apa-apa yang berbudayakan Arab, itulah Islam dan sunnah. Apa yang datang daripada Barat biarpun benar dan baik, dilabelkan sebagai senjata Yahudi dan Kristian.

Perasaan prejudis umat Islam terhadap penganut agama-agama lain perlulah dibuang agar kita boleh hidup secara harmoni. Dibangkitkan Nabi Muhammad itu bukan untuk menolak kitab-kitab terdahulu, tetapi membenarkan kitab-kitab terdahulu. Dengan kata lain mengajak penganut Yahudi dan Nasrani di zaman baginda dahulu membangunkan akal fikiran supaya mereka tahu menilai buruk baik mengikut ajaran agama mereka serta mengajak manusia sama-sama bergantung harap kepada Pencipta alam semesta ini.

Jika dengan penggunaan nama Allah dalam kitab Bible terjemahan bahasa Melayu pun kita sudah jadi tidak keruan, itu menunjukkan kita tidak boleh berlapang dada dengan agama lain seolah-olah dunia ini milik kita seorang. Belajarlah hidup dalam suasana ada perbezaan kerana ia mampu merendahkan tahap kesombongan kita di muka bumi. Sebab itulah manusia diciptakan berbeza-beza. Bermula perbezaan jantina (Adam dan Hawa), keturunan, budaya, agama, negara dan bermacam-macam golongan.

Manusia ini bila hidup dalam keadaan berbeza-beza, gabungan dari setiap individu yang berbeza itu akan menghasilkan idea-idea baru yang cemerlang dan gemilang. Sebab itulah dalam perkahwinan umpamanya, berkahwin dengan keturunan yang jauh salasilahnya lebih baik untuk perkembangan otak anak yang dilahirkan, berbanding perkahwinan dengan kerabat yang terhampir. Itulah potensi yang ada pada masyarakat Malaysia yang berbilang etnik seperti yang dilihat oleh orang-orang luar tersebut.

Namun, kegemilangan Malaysia perlulah bermula dengan kesatuan kaum Melayu dahulu. seperti mana Rasulullah menggemilangkan masyarakat Arab dengan menyatu-padukan sesama mereka. Jika sesama Melayu sibuk bertelagah berebut kuasa, kita risau suatu hari nanti Allah datangkan azab sehingga musnah bangsa kita di tanahair sendiri. Lihatlah bencana tsunami yang Allah turunkan di Acheh beberapa tahun dahulu di mana sebelum itu mereka berpecah-belah dan berperang sesama sendiri atas alasan memperjuangkan Islam. Janganlah mencemarkan kesucian Islam lagi, sehingga Islam menjadi bahan ejek-ejekan dengan imej ganas dan suka berperang itu. Buangkanlah rasa ego yang bahawa kita sahaja yang benar ikut Quran dan Sunnah. Perbezaan pendapat bukannya jalan permusuhan, tetapi merapatkan rasa kasih-sayang sesama manusia.

Jika benar kita ikut Quran dan Sunnah, sepatutnya kita menuju kepada titik kesatuan manusia, bukannya titik permusuhan di kalangan kita. Janganlah tertipu dengan syaitan-syaitan yang berternakan dalam hati sendiri sehingga kita menjadi manusia yang sombong atas nama Islam. Tunduklah merendah diri kepada Allah. Sudah sampai masanya kita bangkit memperbetulkan imej Islam bermula pada diri kita sendiri. Bangkitkan Islam dengan permbangunan akal agar kita mampu berfikir secara waras, bukannya menurut membuta-tuli bagaikan binatang ternakan.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

8 Responses to “Malaysia Peneraju Dunia Islam”

  1. Adila Says:

    Rasulullah berjaya menyatukan masyarakat Arab bermula dengan Aus dan Khazraj. Diikuti dengan Muhajirin dan Ansar. Lihat, betapa baginda sendiri berusaha membentuk satu kesatuan di bawah satu pimpinan.

    Kita sekarang, dah terbalik. Kalau dulu Melayu begitu kuat dan kukuh di bawah UMNO. Tapi selepas itu mula berpecah kepada UMNO,PAS dan PKR.

    Lepas ni…nak pecahkan kepada apa lagi…

  2. Ida Says:

    Mungkin lepas ni umat Islam kat Malaysia ni nak tunggu jd mcm Iraq kot Kak Adila.Nampaknya kita kebanyakan umat Islam atas nama.tapi semangat dan tujuan dah seakan terpesong.Allah tak pernah suruh bermusuh dan berpecah.tapi,itulah yg terjd skarang bila masing2 dah merasa diri bagus dan nak tunjuk cara merekalah terbaik.

  3. mrozaidi Says:

    Wah.. Rajin La Akak Ni.. Banyak Entri Dalam Masa Sehari..

  4. Ujang Says:

    Thanks cik Ida sbb sudi singgah sini dan tinggalkan komen. Nanti komen la mana yang patut. Sebarang komen biar pun berbeza pendapat, kami tetap menerimanya dengan hati yang terbuka. Dan komen daripada orang yang berfikir sudah tentunya yang konstruktif kan..kan..kan :)

  5. Adila Says:

    Ni time banyak idea ni Rozaidi…

    Allah kurniakan ilham yang melimpah ruah seperti hujan yang turun yang menyegarkan tumbuhan dan kita semua.

    Kita berusaha untuk memikirkan sesuatu…dan Allah lah yang berkuasa menurunkan dan memberikan ilham itu. Kekadang ilham yang diberikan tak setimpal dengan usaha kita. Kita hanya berfikir sedikit sahaja, tapi Allah kurniakan ilham yang mencurah-curah. Maha Pemurah sifatNYA tak dapat didustakan oleh sesiapa pun..

    Itu yang jadi kes banyak entri dalam satu hari ni… :)

  6. Adila Says:

    Saya setuju dengan pendapat Ida.

    Takkan kita nak kena tunggu jadi macam negara lain baru nak berubah. Sebelum jadi, kita beringatla. Kaji cara hidup dan cara kita beragama. Adakah seperti yang digariskan dalam Kalamullah? Atau sekadar mengambil barisan atau potongan ayat untuk tujuan tertentu?

    Masa tenang dan damai inilah kita kena gunakan masa sebaiknya. Kenali diri, kaji diri dan cara hidup kita. Dalami ilmu Allah yang luas ini…indahkan hidup kita dengan RahmatNYA yang sentiasa meluas ini…

    Sebab kalo suasanan dah jadi macam negara lain yang dah berperang dan kacau bilau, kita hanya fikirkan cara nak selamatkan diri sahaja…

  7. Kerasma Says:

    Cuba renungkan kejadian tsunami dahulu…kemudian baru-baru ni taufan di Myanmar dan gempa bumi di China…siapa tuhan selain Allah boleh tolong kita dari bencana itu?

    Allah kalau nak azab kita senang sahaja. Tetapi sebelum Dia turunkan azabNya, dia akan bangkitkan pemberi peringatan supaya manusia di akhirat nanti tidak membuat alasan tidak pernah mendengar seruan-seruan ke arah mentauhidkan Allah…Allah Maha Melihat apa yang tersembunyi dalam hati…

  8. en_me Says:

    me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inih.. semoga kiter bisa jadi sobat yg baik..

Leave a Reply