Merama-ramakan diri
Mengislamkan diri umpama merama-ramakan diri. Ketika kita tidak mengenal cinta Allah, kita hidup umpama beluncas. Tiada keindahan akhlak pada diri. Otak berjalan dengan lembab. Tiada idea-idea untuk memperindahkan hidup. Tidak dilihat bernilai.
Bila kita berkesedaran memperbaiki diri, kita akan memanjat ke puncak pokok untuk membuat kepompong. Dengan kata lain, kita akan memanjat ke puncak fikiran kita dan memencilkan diri, seperti mana Nabi Muhammad bersusah-payah memanjat ke gua Hira’. Dalam kepompong itu kita mula berfikir. Muhasabah diri untuk mengenal apa erti kita diciptakan sebagai manusia. Mula berfikir kenapa umat menjadi lemah dengan melihat kelemahan diri sendiri.
Semakin kita mengkaji dan menerokai apa yang tersembunyi dalam diri, kita akan makin mengenali diri. Kita makin menghampiri Allah. Kita makin mengawal segala penyakit hati. Kita menjadi manusia yang tidak memusuhi manusia. Kerana musuh kita sebenarnya adalah syaitan yang tersembunyi dalam diri sendiri. Sehingga sampai satu tahap akhlak kita akan diperindahkan seperti rama-rama. Akal kita makin bebas berterbangan mencari idea-idea. Pandangan hidup kita juga semakin luas, bukan setakat melihat duniawi semata-mata. Itulah jiwa seorang Islam yang merdeka.

























Posted
on
Thursday, May 22nd, 2008 at 4:11 pm under


Seronok bila menjadi seekor rama-rama. Terbang bebas ke sana ke mari bersama kepak yang cantik dan berwarna-warni.
Itulah yang terjadi bila kita semua saling bersama bersatu memperbaiki diri. Individu akan membentuk masyarakat.
Kita semua akan kelihatan seperti sekumpulan rama-rama yang terbang beriringan menjelajah ke sana-ke sini dengan penuh riang dan bebas. Sebebas pemikiran kita kerana minda kita telah terbuka luas. Seindah akhlak yang kita pamerkan, kerana pancaran dari kalamNYA.
Masa sekolah rendah lagi kita dah belajar Kitaran hidup seekor rama-rama
1. Telur yang tersenyawa berkembang menjadi ulat beluncas.
2. Ulat beluncas berubah menjadi kepompong.
3. Akhirnya, rama-rama akan muncul.
4. Kitaran hidup berterusan apabila rama-rama dewasa bertelur.
Begitulah juga dengan kita, daripada perut ibu, kita dilahirkan, menjadi bayi, kanak-kanak, alam remaja, dewasa dan seterusnya kita pula akan mengambil alih peranan ibu dan bapa yang seterusnya melahirkan generasi yang seterusnya.
Semoga kita semua berjaya membentuk diri sendiri dan seterusnya generasi kita segaris dengan ajaranNYA dan berjaya merama-rama kan masyarakat kita.
May 22nd, 2008 at 10:52 pm