Samarkand (Bloodshed)
Dia antara debu, angin bersama
Pasir-pasir bertaburan di sana
Bersemadi langkah perjuangan
Bersaksikan kebenaran
Samarkand, kau tak terasing
Tindasan berlaku
Jiwamu satria
Walaupun getir di tempoh jua
Dilaluan sutera
Mengalir ketenangan
Titis darah, mensua kekufuran
Mengerat rasa kasih padanya
Samarkand, kaulah pentas perjuangan
Indera alam, tertumpu padamu
Demikian kesetiaanmu
Perjuangan murni
Keagungan jiwa
Samarkand sebahagian dari kebangkitan
Samarkand, kau tak terasing
Tindasan berlaku
Jiwamu satria
Tak hiraukan kekejaman
Semakin tertekan
Iman makin terbukti
Samarkand sebahagian dari kebangkitan
Samarkand adalah sebuah tempat di Asia Tengah iaitu ibukota negara Uzbekistan ketika ini. Kisah pengislaman negeri ini berlaku di zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Beliau adalah mujaddid kurun pertama Hijrah. Pemerintahannya penuh dengan ketaqwaan, kasih sayang dan keadilan. Suatu peristiwa yang menarik ketika penaklukan Samarkand, ia tidak berlaku dengan pertumpahan darah sebaliknya dengan rasa kasih sayang.
Mulanya Samarkand dicerobohi oleh pasukan muslim pimpinan panglima Qutaibah di waktu malam ketika penduduk Samarkand tidak bersedia. Keadaan ini menyebabkan penduduk kota ini menyuarakan rasa tidak puas hati cara penyerbuan kota ini yang tidak mengikut sunnah Rasulullah. Kerana mengikut ajaran Islam, sebelum sesuatu tempat ditawan oleh tentera Islam, mereka akan membuat tawaran kepada penduduk tempat tersebut sama ada mahu menerima Islam atau tidak.
Maka seorang utusan dikirim oleh penduduk Samarkand untuk memberitahu perihal penyerbuan ini kepada Khalifah. Setelah diadili, penyerbuan ini tidak sah mengikut Islam. Sebagai hukuman, tentera Islam yang terlibat dengan penyerbuan ini kena memohon maaf kepada setiap penduduk kota tersebut. Keadaan ini memeranjatkan penduduk kota itu melihat betapa mulianya akhlak tentera Islam, kerana tentera Islam sebenarnya bukan seorang pembengis dan pemarah, tetapi seorang yang bersemangat tinggi lagi merendah diri.
Kemudian tentera Islam itu pun berundur dari kota tersebut. Beberapa waktu selepas itu, tentara Islam datang kembali untuk menawan Samarkand. Namun kali ini mereka membuat tawaran terlebih dahulu. Walau bagaimana pun, penduduk Samarkand tidak menjawab tawaran yang diajukan. Maka, tentera Islam pun terus menggempur bumi Samarkand.
Kali ini tentera Islam pula yang terperanjat, kerana penduduk Samarkand menanti mereka bukan dengan senjata tetapi dengan hidangan dan makanan kerana mereka sebenarnya telah tertarik untuk menerima Islam setelah melihat keadilan Islam yang ada pada Khalifah ketika itu dan akhlak mulia tentera Islam.
Begitulah bila perjuangan murni yang disertai keagungan jiwa akan membuahkan hasil yang cemerlang. Ketaatan para tentera terhadap keputusan Khalifah dibalasi dengan penawan kali kedua yang mudah dengan penuh rasa kasih sayang.
Begitu juga dengan penduduk Samarkand, walaupun mulanya rasa ditindas dan tertekan oleh penyerbuan pertama, tetapi mereka membuktikan keimanan mereka untuk menerima Islam tanpa paksaan. Sesungguhnya amat beruntunglah orang yang tunduk dan berserah diri kepada Allah Tuhan Maha Agung lagi Maha Menguasai setiap jiwa manusia.
Islam boleh digemilangkan kembali jika kita mempunyai semangat perjuangan yang tinggi untuk mengalahkan syaitan-syaitan yang menguasai diri agar terpancarlah akhlak yang mulia. Utamakan pembentukan akhlak yang mulia bermula dengan mempertingkatkan akal fikiran. Bukan beragama secara menurut membuta-tuli, tetapi menggunakan rasional akal yang waras. Kita adalah insan bukannya binatang ternakan. Hanya orang-orang yang mempunyai akal akan memahaminya.

























Posted
on
Wednesday, May 7th, 2008 at 11:55 am under


Islam agama yang indah. Keindahan itu terpancar dari akhlak dan peribadi penganutnya.
Dalam cerita Samarkand tergambar peribadi mulia. Sanggup menerima teguran, mengakui kesalahan dan bisa merendah diri memohon maaf. Biar pun mereka adalah askar yang gagah berani, tetapi itu bukan penyebab untuk mereka bermegah dan berlalu tanpa kata maaf.
Kerendahan hati dan keindahan budi inilah yang menarik perhatian. Inilah kunci untuk kita menawan hati orang lain.
Beruntunglah mereka yang beroleh taufik dan hidayah dariNYA.
May 7th, 2008 at 10:21 pm