24 May
Dalam cerita ini…
Celaru untuk dibicarakan…
Kerana tiap langkah dan kata
Seakan tersadung menyembah bumi
Dalam bicara ini…
Terlalu sukar gambarkan keikhlasan
Kerana tiap langkah dan kata
Sering selisih dengan kemungkinan
Dalam cinta ini…
Ku penuhi kasih dengan kerinduan
Ku isi tasik kasih dengan kecintaan
Kutaburi segala wangian dengan kemesraan
Dalam kerinduan ini…
Ku kalungkan kasih bukan hiasan
Ku persembahkan cinta bukan dongengan
Ku limpahkan sayang demi padaNYA
Dalam meniti hari […]
Posted in Puisi by: Adila
3 Comments
24 May
Dia…
Mengapa walau dekat…
Ku rasakan beribu batu jauhnya…
Tapi bila berjauhan…
Bagai terasa helaan nafasnya
Dia…
Mengapa semakin menjauh dalam rinduku
Kenapa semakin resah dalam bayangnya
Ke sana ke mari seiring dengannya
Tidur jagaku tetap bersama…
Dia…
Leraikan rindu membara dalam hatiku
Singkapkan segala rahsia terpendam
Agar damai hatiku rasa bahagia
Menggapaimu menuju padaNYA
Posted in Puisi by: Adila
3 Comments
24 May
Ku meniti hari yang membisu
Kuredahi jalan yang beronak
Mencari cahaya untuk menerangi
Titian ke hatimu…
Kurindukan segala padamu
Kurindukan kemesraan lalu
Membawa sinaran dalam hatiku
Mengusir sepiku…
Langkah sepi bersama rindu
Ku atur tugu kuatkan cintaku
Pada matamu ku terpandang sendu
Mengintai daku digamit pilu
Wahai hati…
Kuatlah dikau…cekallah dikau
Jika ini yang harus aku bayar
Untuk sebuah bahagia…
Aku pasrah padaMU…Ya Rabb…
Posted in Puisi by: Adila
1 Comment
24 May
Hidup tidak semestinya nyata seperti yang diimpikan
Kegagalan dalam percubaan adakalanya memilukan
Namun itu bukan alasan untuk patah semangat
Ambillah Quran untuk memujuk hatimu
Kenalilah dirimu agar semakin merendah diri
Kerana kita hanyalah insan yang diciptakan
Rasa cinta dan rindu yang Allah beri tak mampu ditolak
Kerana tiada daya untuk kita menghalang takdirNya
Ambillah Quran untuk teguh dalam perjuangan
Biar sesepi mana hatimu dalam […]
Posted in Keagamaan by: Kerasma
1 Comment
23 May
Pagi ni diri ini dalam mood kerinduan…rindu pada kedamaian, rindu pada ketenangan dan rindu pada seseorang yang dekat di hati…
Rindu…rasa murni yang tulus dari hati anugerah dariNYA. Rasa ini tiada mungkin bisa dibuat-buat. Tapi, ia lahir dan hadir dengan sendiri. Tanpa di pinta.
Kerinduan pada seseorang membuatkan kita terlempar dan tercampak sepi di daerah asing. […]
Posted in Rehat Sejenak by: Adila
4 Comments
23 May
Ini lirik alternatif untuk lagu Semangat Yang Hilang. Tapi tajuk pun kena tukar untuk disesuaikan dengan lirik. Belajar buat lagu daripada lagu yang sudah ada. Macam Proton belajar buat kereta dari model Mitsubishi lah
Tinggal aku seorang
Juang hingga habisan
Rempuh dalam dugaan
Nanti hari di sana
Meniti ufuk fikiran
Gelora kudamaikan
Di dalam bumi manapun
Jasad aku terkubur
Satu kepastian
Kita umpamakan
Sinar […]
Posted in Lagu by: Kerasma
1 Comment
22 May
Dalam diri gelisah…
Hati kian gundah
Aku diam di sini
Merenung yang terjadi
Diantara kita berdua
Ku cuba untuk bernyanyi
Walau dalam sepi
Harus aku berkata
Kisah kasih kita
Masih tiada penghujung
Walau terpinggir sepi
Rindu ini masih bertandang
Walau terlempar jauh
Kasih ini masih bersisa
Terikat teguh dengan takdirNYA
Dalam garis pemisah…
Rindu yang sarat ini
Tetap utuh untukmu
Biar terhalang biar terpendam
Untuk melemparmu jauh
Di luar kemampuanku
Izinkan cintaku
Berbunga di hatimu
Biar terus mekar
Jadi […]
Posted in Puisi by: Adila
1 Comment
22 May
Ketika sepi
Ku dambakan secebis kasih
Air mataku yang bergenang
Kau biar jatuh…
Terus berlinangan…
Dengan payah ku pujuk hati
Kerana tanpa pintaku
Tiada kau ubati luka ini
Berbulan lamanya…
Aku rawat hati sendiri
Bertingkah tawa dan duka
Apa mungkin takdirku begini
Apakah aku yang berdosa
Di atas semua ini
Tuhan tunjukkilah diri ini
Apa harus aku lakukan..
Akhirnya Tuhan berikan jawapan yang pasti
Bukannya aku yang berdosa
Dambakan cinta suci
Sebaliknya kau terus […]
Posted in Puisi by: Adila
1 Comment
22 May
Mengislamkan diri umpama merama-ramakan diri. Ketika kita tidak mengenal cinta Allah, kita hidup umpama beluncas. Tiada keindahan akhlak pada diri. Otak berjalan dengan lembab. Tiada idea-idea untuk memperindahkan hidup. Tidak dilihat bernilai.
Bila kita berkesedaran memperbaiki diri, kita akan memanjat ke puncak pokok untuk membuat kepompong. Dengan kata lain, kita akan memanjat ke puncak fikiran kita […]
Posted in Keagamaan by: Kerasma
1 Comment
22 May
Pagi ini, setelah dengar lagu Ku Merindu dari Ella dan Shah, mood lagu yang ceria dan penuh dengan rasa cinta tu terus melekat dan meresap ke dalam diri saya. Hehe…seronok bercinta nih. Dan cinta yang paling seronok dan indah adalah bersama husband tercinta.
Walaupun perkenalan hanya bersandarkan sms dan e-mail, tapi jodoh yang kuat membawa ke […]
Posted in Pelbagai, Lagu by: Adila
2 Comments