17 May

Cinta Mistik

Terhumban sepi ke dunia pilu
Ku cari diri hanyut terbuang
BersamaNYA ku temui damai
Walau terpaksa sendiri

Cinta…
Perit terasa dikecewakan
Meraung merintih
Tak siapa peduli….
Pada Dia aku hampiri

Menghitung, ku hayati
Segala dosa penghalang niat
Memohon ampunNYA
Mengharap redhaNYA
Pada DIA aku berserah

Ku dekatimu dengan hati
Ku sapamu tanpa suara
Kau kusentuhi penuh keinsanan
Moga takdir akan menyatukan

p/s- Puisi ni dapat ilham masa dok pegang Sofea sambil dia nak gapai keyboard. Huhu…keyboard ni pun dia nak makan. Kebetulan keybord ni jeis foldable. Senangla dia gapai, tarik dan masukkan dalam mulut. Macam iklan Oreo la…putar, celup, makan!

Tu dah tido comel ibu tu. Lena atas pangku, saya dah masukkan dalam buai. Abang Yie pun tadi bangun jap, minta nak tido dalam buai.

Alkisah malam tadi, saya dan anak-anak tido depan tv. Mulanya memang semua macam nak tido. Apa lagi saya pun lena la dengan tenangnya. Sekali tersedar, Sofea tak ada kat tepi. Tengok dia dah merayap ke mana-mana dah. Dah tidokan dia, saya lena lagi. Wah..kali ni jadi lagi, dia dah merayap nak ke dapur. Nak cari makan la tu… :) . Dia memang kuat makan…saya ambil lagi.

Dalam tiga kali gak la dok sedar dan jaga tengok dia tak ada kat tepi. Kalau tido atas katil, dia susah nak bergerak sikit. Sebab limited area. Ni, kawasan luas, niat pun besaar la… :) Kelakar betul anak ibu nih….

Baru jer siap basuh akuarium Kiddie. Kiddie tu sebenarnya sejenis kura-kura kecil. Kitorang bela dari umur Abang Yie kecil lagi. Ni dah nak 4 tahun. Abang Yie dah besar pajang, tapi Kiddie tu tetap macam tu jugak. Tak besar-besar. Selain Kiddie, kitorang ada gak bela ikan. Dah beranak pinak pun. Seronok sangat bila tengok. Wonderpet:)

Pagi ni banyak sangat benda nak buat…rasa macam tak cukup masa pulak…hehe. Husband saya yang kat studio dia tu pun cam tu gak…nak praktis lagu, belajar keyboard, berforum…bla…bla…bla…dan satu lagi…nak masak kue tiow. Dah dua hari abang Yie dok minta nak makan kue tiow ibu masak. Nak beli dia tak nak…huhu…Dia tido lagi tu. Nanti bangun, ibu masakkan yer sayang…cian anak ibu tu…manja sangat.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

One Response to “Cinta Mistik”

  1. Kerasma Says:

    Hidup akan jadi sibuk bila macam-macam idea hendak dibuat. Setiap kejayaan merealisasikan idea itu akan memberikan rasa kepuasan kepada diri sendiri. Kemudian kita akan berfikir lagi hendak buat benda lain pula. Lagi sukar sesuatu cita-cita itu, jika kita berjaya mencapainya dengan pertolongan Yang Esa, lagi kita rasa berharga dan bersyukur.

    Hidup kita makin bermakna dan tidak rasa kosong lagi. Biarpun tidak berharta, tetapi jiwa tetap bahagia. Itulah kurniaan dariNya. Sama-samalah kita mensyukurinya dengan memperbaiki diri lagi.

    Usaha memperbaiki diri itu tiada henti. Jika berhenti, rasa bangga diri terbit diri hati. Akibatnya kita tertipu dengan syaitan yang durjana.

    Segala kesulitan yang dirasa bukan untuk kita menjauhiNya, tetapi menambahkan keimanan kepadaNya. Dialah Tuhan Pencipta kita, kepadaNya kita menunduk berserah diri. Segala puji-pujian kepada Allah yang mengurniakan kenikmatan dan ketenangan jiwa ini…

Leave a Reply