Indahnya Cinta
Pagi ini, setelah dengar lagu Ku Merindu dari Ella dan Shah, mood lagu yang ceria dan penuh dengan rasa cinta tu terus melekat dan meresap ke dalam diri saya. Hehe…seronok bercinta nih. Dan cinta yang paling seronok dan indah adalah bersama husband tercinta.
Walaupun perkenalan hanya bersandarkan sms dan e-mail, tapi jodoh yang kuat membawa ke jinjang pelamin. Walau ada beberapa kejadian yang seakan menghalangi cinta kami, tapi kerana keyakinan dan pergantungan yang sepenuhnya pada Allah, akhirnya Allah merestui dan meredhai cinta antara kami.
Pernah seakan ada tentangan antara kami berdua, tapi siapalah kita untuk menolak takdir. Semakin ditolak ia akan semakin menyeksa dan menyebakkan dada. Semakin menghimpit dan meresahkan. Terasa permasalahan tiada pernah selesai. Hari yang dilalui seakan suram dan hidup seakan tidak ceria. Untuk apa diengkari takdir Allah kalau itu yang terbaik dan terindah buat kita.
Di saat penolakan itu, terasa tiada keindahan yang dirasai sebelum ini. Jiwa resah meronta untuk bersama. Tapi tersekat dengan rasa yang berbelah bagi. Tiada lagi senyum lebar ketika membaca sms dan e-mail. Tiada lagi senyuman indah yang terukir di depan cermin. Tiada lagi kata-kata semangat dan penuh kecintaan ketika berkata-kata sendirian di depan cermin. (Fuh…ni husband saya sendiri tak pernah tau…lepas ni mesti dia datang bertanya
Tiada lagi kebiasaan tersenyum riang sambil menyebut namanya depan cermin. Ni memang spesis angau yang paling kronik.
Masa bercinta, walaupun hanya dari sms, aura tu…wah hebat betul. Sampai tidur pun dengan handset. Fullamak…malu pulak kalau ingat. Tapi seronok…itulah kenangan yang paling indah dalam hidup ini. Kredit??? Uish…tak usah cakap. Tambah lagi dari Maxis ke Celcom. 20sen satu sms. Wah…sanggup! Nasib baik masa tu dah ada duit sendiri, hasil kerja sebagai RA.
Itulah jodoh…sejauh mana kita lari, sederas mana kita menjauhi, sekuat mana kita menolak, kalau Allah dan tentukan jodoh kita…tiada daya upaya dan kuasa kita untuk menolaknya.
Setelah melalui zaman kegelapan dalam cinta kami, rindu kembali bertaut dan hati semakin mendekat. Dari situ kami kenali hati budi masing-masing.
Dari kisah saya sendiri, saya dapat pelajari penerimaan seadanya pada pasangan masing-masing adalah resepi yang paling kuat dan menjadi dalam hubungan. Tiada terlalu over expected. Malah penerimaan yang seadanya adalah jalan paling bijak dan menjadi.
Dan pengalaman kegagalan cinta lalu adalah pengajaran dan pengalaman yang berharga untuk kita semua. Dari situ kita akan semakin bijak dan pandai menilai untuk membuat keputusan. Agar tidak terulang peristiwa luka berdarah menghiris kalbu itu.
Walau diri tidak secantik Amy Mastura, tiada seayu dan sesopan gadis yang sentiasa berbaju kurung, tapi cinta ini ikhlas dan setia untukmu…chewah…Sebab, aku cuba untuk menjadi diriku sendiri, bukan dibayangi orang lain.
Walau tempoh bercinta antara kami terlalu singkat, tapi yakin dengan Allah bahawa inilah jodoh yang terbaik untuk diri saya, kami bersama-sama mendapatkan restu keluarga untuk bersama. Dalam hal ini, restu dari keluarga adalah azimat paling berharga dalam hidup saya. Kerana saya sentiasa percaya dengan janjiNYA kerana redha Allah itu adalah di atas redha ke dua orang tuanya.
Walaupun dalam usia agak muda, saya tak kekok untuk menerima lamaran terindah itu kerana keyakinan padaNYA. Saya serahkan segala perjalanan hidup sepenuhnya padaNYA kerana yakin DIA tidak akan menzalimi hambaNYA.
Dan sampi ke hari ini, keyakinan itu tidak pernah pudar. Malah makin bertambah dengan kehadiran dua permata hati yang sentiasa membuatkan harian saya tiada pernah kosong.
Syukur padaMU Ya Allah di atas anugerah dan kurniaan yang tiada terhingga ini…Jangan bilang tidak…andai itu yang terbaik untuk kita…
Lagu ni mengingatkan saya pada peristiwa lepas. Penuh makna dan tersirat. JANGAN BILANG TIDAK BY AYUSHITA DAN RAFFI AHMAD
Ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
Cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu
Ku pernah menyendiri di sini ku akan terasa sepi
Walaupun bibir penuh gelak tawa namun hatiku sepi
Jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
Siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
Banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
Kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
Cinta kita kan abadi
Ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
Cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu
Jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
Siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
Banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
Kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
Jangan bilang tidak waktu dicium aku bingung
Namun dada ini bergetar
Makanya sungguh aku mohon
Jangan bilang tidak
Ku tahu
Kau bukan lawan untukku
Sampai aku harus cemburu
Fikirkan dirimu
Bukan mahu
Cuba dabik dada denganmu
Siapa dia kasihku
Aku lebih tahu
Luar dan dalam
Tiada rahsia
Lafaz dan diam
Dah pun ku bacanya
Langkah dan ragam
Hanya mencinta bahagia

























Posted
on
Thursday, May 22nd, 2008 at 9:02 am under


Mengimbau kembali kenangan indah masa bercinta…
Dan hanya kepadamu…
May 22nd, 2008 at 10:16 amKu serah jiwa ragaku
Walau berjuta seteru….tak ku ragu
[…] Malam tadi masa makan malam bersama husband, seperti yang saya jangka dia akan utarakan pasal ni. […]
May 27th, 2008 at 10:03 am