21 May

Syurgaku…

Sejak dua tiga hari ni, saya asyik dok follow sinetron Indonesia yang bertajuk “Soleha”. Kalau sebelum ini, saya selalu ikut cerita Taqwa. :)

Jalan cerita dia agak menarik…lagipun, itu masa saya bersantai dengan anak-anak. lepas semua kerja rumah siap, sambil-sambil tunggu husband, layan citer tu kejap. Husband sampai, kitorang borak-borak kejap sambil makan buah. Dia layan anak-anak. Mandi dan terus makan. Kitorang amalkan makan awal. Supaya tak tidur dalam keadaan kekenyangan dan makanan masih tak terhadam. Nanti tak pasal-pasal, masa jalan tu perut yang pergi dulu :)

Berapa lama proses makanan terhadam ini bergantung kepada jenis makanan yang kita ambil. Jika kita makan banyak buah dan sayuran, makanan akan bergerak dengan lebih cepat. Ini adalah kerana tindakan selulosa (bahan serat). Kalau kita banyak makan makanan berlemak, mungkin masa untuk penghadamannya lebih lama.

Lepas solat, kalau tak habiskan masa dengang berborak, destinasi ke dua adalah studio kecil kami. Masa kami lebih tertumpu pada pc dan belajar keyboard. Pernah ada kawan husband tanya “Kenapa tak pasang Astro kat umah…tak boring ke wife engkau?” Sebenarnya kalau nak banding masa depn pc dengan depan tv, 80% masa depan pc. Sebab bagi saya, dengan pc dan internet, dunia saya bukan setakat dalam rumah ni, tapi saya boleh ke mana sahaja. berbeza dengan situasi kalau mengadap tv.

Lagi pun di rumah yang indah seperti syurga ini, saya tak nampak di mana yang harus terasa boringnya. Lain la kalau saya tak ada anak. Setiap masa dipenuhi dengan gelak tawa Abang Yie dan rengekan dan keletah Sofea. Kekadang kalau Sofea asyik merengek, memangla tension jugak. Tapi, bukankah itu satu ujian Allah untuk melihat sejauh mana ketabahan dan kesabaran saya sebagai seorang ibu? Dan, saya ada pc peneman setia. Beserta dengan kawan baru yang sentiasa merindukan saya… :)

Dan bila husband balik, senyuman, gurauan senda, petikan gitar dan nyanyian dia mendamaikan dan menenangkan jiwa saya. Hilang segala rasa penat melayan anak dan menguruskan rumah tangga.

Kekadang tu, kalau masa Sofea merengek, nak berkemas pun tak dapat. Tapi syukur Abang Yie dah besar. Dia dah pandai simpan dan kemas sendiri segala mainan dia. Itu memang saya ajar dan terapkan dari kecil lagi. Be responsible on what you do! Tak ade la saya ke sana dan ke sini terpaksa kutip mainan dia

Lagipun Sofea sekarang ni suka merengek. Asyik minta dukung jer. Kalau saya ada sama dengan dia, bukan main seronok lagi dia main. Tapi kalau tengok jer saya bangun nak ke dapur, ha, siapla. Cepat-cepat dia masuk gear satu kejar saya :) . Dia nampaknya dah tak berapa gemar dok atas walker. Ayik nak bangun sendiri jer. Ye la…orang dah dapat bangun katakan :)

Berbanding dengan Abang Yie, saya perhatikan proses pembesaran Sofea lebih cepat. Umur baru 3 bulan, dia dah ada 2 batang gigi. Dan dia juga mula bangun berdiri umur 7 bulan. Dan satu lagi, umur 5 bulan dia dah terjun katil yang setinggi peha orang dewasa… yang ni paling tak seronok :(

Abang Yie dulu, dia mula jalan seawal umur 9 bulan. Tapi dia lebih cepat dan awal meniarap dari Sofea. AbangYie mula meniarap umur dia 2 bulan. Manakala Sofea lak, akhir bulan ke 2 baru dia meniarap. Tapi Sofea skip merangkak. Terus bangun. Dia dah pandai berpegang di sofa dan atur langkah perlahan-lahan. Biasanya kalau nak suruh dia melangkah saya akan pancing dia dengan letakkan mainan jauh sedikit dari gapaian dia. Baru dia bersemangat. Semangat Aadiyat. Ha..mungkin Sofea ni dapat semangat Aadiyat. Sebab kelahirannya adalah bersama dengan penghijrahan keluarga kami ke suatu daerah yang lebih bermakna.

Sejak dekat dengan Al-Quran, saya lihat anak-anak lebih matang berbanding usia, especially Abang Yie. Kata-kata dia tak menggambarkan budak usia 3 tahun lebih. Dengan penggunaan imbuhan yang betul dan kata-kata yang kekadang balikan daripada kata-kata saya dan husband padanya, membuatkan kami teruja untuk lebih bereksperimen dengan anak-anak.

Kami jadikan anak-anak dan diri sendiri sebagai spesimen untuk kajian kami. Dan dunia ini, umpama sebuah lab yang teramatla besarnya bagi kami. Then, kami narrow down kepada rumah kami. Sebagai permulaan.

Apa yang kami dapat dan kami fahami daripada AL-Quran, kami cuba terapkan kepada anak-anak. Especially dengan berfikir dan penggunaan akal. Dan saya sendiri agak terkejut bila Abang Yie pulangkan paku buah keras “Ibu jangan cakap banyak kali. Cakap sekali jer Abang Yie dah faham. Ibu kan ada otak. Ibu fikirla guna otak ibu tu…” Ayya…terdiam saya dengar kata-kata dia. Dan kesyukuran untukMU Ya Allah kerana anugerah yang begitu bernilai ini.

Selain itu kami terapkan tentang kehebatan Allah dan ciptaanNYA. Setiap di dalam alam ini Allah lah yang menciptanya. Dan saya paling seronok bila mendengar ucapan ini keluar dari mulut comel itu.. “Awan dah bercampur ibu..nak hujan la tu. Allah nak turunkan hujan. Allah yang buat hujan” “Kalau hujan turun, pokok pun dapat minum air. Pokok dahaga tu…” Masya Allah, janjiMU tak pernah kosong. Anak yang sekecil itu dapat melihat dan merasakan keagunganMU…apa lagi kami yang KAU kurniakan akal yang seimbang dan waras ini…

kami bagi kebebasan kepada Abang Yie untuk main game dan tengok video kegemaran dia dalam youtube. Penngunaan tangannya pada keyboard noleh merangsang pergerakna otak dia. Dan saya perhatikan, selepas dia tengok video kren atau lori dalam youtube, dia kaan bereksperimen sendiri. Dia akan bcuba uat apa yang dia tengok tadi menggunakan lego dan lori mainannya. Dan salotape dan rubberband adalah benda paling penting dalam agendanya. Seronok tengok dia bereksperimen…kalau tak dapat buat, dia akan mengamuk. Di sinilah kita nak pupuk kesabaran dalam diri dia.

Dan saya semakin merasakan setiap saat dan waktu bersama anak-anak adalah waktu yang berharga. Banyak eksperimen yang nak disiapkan dengan menggunakan kami dan anak-anak sebagai spesimen. Semakin terasa keseronokan hidup ini…seperti burung yang bebas lepas di atas sana. Begitulah jua kami bebaskan pemikiran kami dari suatu belenggu kebiasaan.

Kalau sebelumnya pandangan orang kita terhadap muzik ni lebih menjurus kepada hiburan yang melalaikan…kenapa kita tidak jadikan ia sesuatu hiburan yang mendamaikan dan untuk mengindahkan hidup kita. Seperti siulan beburung untuk menghiburkan mereka, begitu juga kita. Kita bernyanyi riang untuk menghiburkan hati. Muzik, tiada salahnya selagi kita tidak melampaui batas. Batas sebagai seorang hambaNYA dan batas kemanusiaan. Fikirkanlah…

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas”
(Al Maa’idah, 87)

Allah sendiri tidak suka hambaNYA melampaui batas dalam setiap hal dan perbuatan, walaupun dalam beragama. Penurutan yang secara taksub tanpa berfikir hanya akan merosakkan diri kita sendiri. Gunakan akal anugerahNYA untuk menimbang dan menilai mana yang baik dan mana yang sebaliknya untuk diri kita.

Kalau kita masih sempitkan pemikiran kita dengan muzik, tolehlah ke belakang. Baca dan kaji sejarah terdahulu. Berapa ramai sarjana Islam yang pandai bersyair dan berpuisi. Berapa ramai di kalangan mereka yang pandai memainkan alat muzik.

Muzik boleh merangsang minda. Pernah dengar kan? Kekadang bunyi muzik yang agak rancak dan keras beriringan dengan kadar otak kita bergerak. Ini bergantung kepada individu. Ada yang suka dengar muzik yang lembut dan sentimental. Apa pun jenisnya, yang jelas ia adalah hiburan untuk kita. Tak salah berhibur selagi kita ada batasan dalam hiburan kita. Tepuk dada, tanya selera…

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

One Response to “Syurgaku…”

  1. Kerasma Says:

    Muzik dan lagu memerlukan kesenian (halus) dan kreativiti. Ia mampu mengasah kedua-dua otak kiri dan kanan kita. Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Bijaksana.

    Bila ada kedukaan, ubatilah hati dengan bermain muzik dan menyanyi. Terasa bahagia sentiasa. Dan Allah sentiasa memujuk hati orang-orang yang bersabar.

Leave a Reply